Connect with us

SEMASA

Sumbangan Kesihatan Rahmah: Warga Felda Terima RM300 Untuk Penjagaan Kesihatan

Avatar of Admin NP

Published

on

Sumbangan Kesihatan Rahmah Warga Felda Terima RM300 Untuk Penjagaan Kesihatan

 

Sumbangan Kesihatan Rahmah: Warga Felda Terima RM300 Untuk Penjagaan Kesihatan

Untuk pengetahuan anda, sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2023 baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan beberapa inisiatif dan insentif untuk warga FELDA. 

Ia bertujuan untuk membantu meningkatkan kualiti hidup serta memelihara kebajikan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Insentif tersebut meliputi beberapa aspek seperti penyediaan infrastruktur, pendigitalan, perumahan, penjagaan kesihatan termasuk Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR). 

Mari teruskan membaca untuk mengetahui info lebih lanjut. 

Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR)

Seperti yang dinyatakan di atas, Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) adalah merupakan salah satu insentif khas buat warga FELDA yang diumumkan oleh Perdana Menteri sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2023. 

Melalui inisiatif ini, peneroka FELDA yang berumur 65 tahun ke atas bakal menerima insentif khas SKR sebanyak RM300 untuk penjagaan kesihatan. 

Sumbangan Kesihatan Rahmah: Warga Felda Terima RM300 Untuk Penjagaan Kesihatan

Insentif yang melibatkan peruntukan sebanyak RM21.21 juta ini bakal memberi manfaat kepada lebih kurang 70,715 peneroka FELDA. 

Selain itu, pembinaan pusat hemodialisis juga bakal dilakukan dengan peruntukan RM21 juta dan dijangka bakal memberi manfaat kepada 2,000 pesakit.

Terdapat 12 pusat hemodialisis akan dibina di semua wilayah Felda dan sebuah lagi di premis Yayasan Felda di Kelana Jaya bagi kegunaan warga FELDA yang berkeperluan. 

Sumbangan Kesihatan Rahmah 4

Pembinaan pusat hemodialisis in dilakukan kerana kerajaan sedia maklum tentang kesusahan peneroka yang terpaksa berulang alik jauh ke hospital untuk menjalani rawatan hemodialisis.

Cara Permohonan SKR

Buat masa ini, Perincian mengenai cara memohon Sumbangan Kesihatan Rahmah belum diumumkan lagi. 

Maklumat mengenai cara memohon SKR akan dikemaskini dari masa ke semasa di laman web ini bagi mengelakkan warga FELDA terlepas untuk memohon. 

Inisiatif Lain Buat Warga FELDA

  1. Kos Operasi Lampu Jalan: Kerajaan juga tidak meminggirkan warga peneroka di Sabah. Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan perbelanjaan untuk kos operasi lampu jalan dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.7 juta setahun. 
  1. Subsidi Diesel: Subsidi diesel RM36 juta setahun bagi tiga Felda di Sabah juga turut diumumkan. Insentif itu akan memanfaatkan hampir 43,000 penduduk di kawasan berkenaan.
  1. Program Digital MADANI: kerajaan turut mengumumkan Program Digital MADANI. Dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), program ini akan dilaksanakan di 30 pusat ekonomi digital (PEDi) yang dikenal pasti di seluruh negara untuk menjadikan Felda peneraju transformasi digital. 
  1. Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF): Kerajaan akan menyediakan peruntukan sewajarnya bagi segera menyiapkan baki 283 unit Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF). 
  1. Tanaman Komoditi Lain: Kerajaan juga mempertimbangkan usaha drastik bagi membantu peneroka getah beralih kepada tanaman komiditi lain seperti sawit, kelapa, atau yang bersesuaian. 
  1. Peruntukan Untuk Tempoh 10 Tahun: Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sehingga RM1 billion setahun bagi tempoh 10 tahun untuk menjamin kelangsungan FELDA. 

Maklumat Lanjut

Layari laman web rasmi FELDA untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Sumbangan Kesihatan Rahmah di pautan berikut: https://www.felda.gov.my/

Anda juga boleh ikuti  Twitter Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia untuk maklumat terkini. 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.