Connect with us

SEMASA

Sedih! Momen Bapa Tunaikan Permintaan Anak Menghidap Kanser

Published

on

bapa tunaikan permintaan anak kanser

Sedih! Momen Bapa Tunaikan Permintaan Anak Menghidap Kanser ~ Dalam kehidupan ini, kita tidak lari daripada diuji daripada pelbagai sisi. Ada yang diuji dengan masalah kewangan, kerjaya dan tidak kurang yang diuji dengan masalah kesihatan keluarga. 

Begitu juga dengan keluarga ini. Sayu hati melihat sang ayah cuba berusaha menunaikan permintaan anaknya yang menghidap kanser. 

Mari ikuti kisah ini dengan lebih lanjut dibawah.

Bapa Tunaikan Permintaan Anak Tercinta

Momen seorang bapa berusaha menunaikan permintaan anak tercinta, Nurul Jannah, untuk mandi kolam menarik perhatian ramai apabila video tersebut dikongsikan oleh sebuah akaun TikTok (@syukrilazizi) milik keluarga ini. 

Video yang mendapat lebih 9.1M tontonan tersebut memaparkan bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan sedang mengangkat anaknya yang dibaringkan di atas sebuah pelampung besar berwarna merah jambu. 

Kanak-kanak tersebut kemudian dibawa ke sebuah kolam untuk merasai pengalaman mandi kolam bersama beberapa kanak-kanak lain. 

Dalam caption yang ditulis, besar harapan dan doa agar itu bukanlah permintaan terakhir yang dapat ditunaikan daripada anakanda tercinta. 

@syukrilazizi

Assalamualaikum shbt Tt semua, sekadar perkongsian permintaan anaknda Nurul Jannah utk pergi kolam.Moga bukan yg terakhir papa & Ummi dpt tunaikan permintaan kamu 🥹😭

♬ Sayang Sampai Mati – Firman Khan

“ Assalamualaikum sahabat TikTok semua, sekadar perkongsian permintaan anakanda Nurul Jannah untuk pergi kolam. Semoga ini bukan kali terakhir papa dan ummi dapat tunaikan permintaan kamu.

Kanser Saraf Tahap 4

Menelusuri komen yang ditinggalkan, kanak-kanak tersebut sedang menghidap kanser saraf tahap 4 sejak berusia 4 tahun lagi. Kini, kanak-kanak tersebut mencecah umur 9 tahun. 

 Sedih! Momen Bapa Tunaikan Permintaan Anak Menghidap Kanser

Warganet Doakan Kesembuhan 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat keadaan kanak-kanak tersebut dan mendoakan kesembuhan buatnya.

 Sedih! Momen Bapa Tunaikan Permintaan Anak Menghidap Kanser

[UPDATE] Kembali Ke Rahmatullah

Terkini, adik Nurul Jannah telah pun kembali ke rahmatullah setelah berjuang melawan kanser yang dihidapinya selama lebih kurang 5 tahun. Sesungguhnya, ia satu perjuangan yang panjang dan memerlukan kekuatan yang besar. 

 Sedih! Momen Bapa Tunaikan Permintaan Anak Menghidap Kanser

Semoga ahli keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan dan ksebaran menghadapi dalam menghadapi kehilangan besar ini. 

 

Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 5 tahun yang lalu. Menulis pelbagai jenis artikel terkini untuk panduan rakyat Malaysia.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

Ilmuwan Ulung Negara Syed Muhammad Naquib Al-Attas Meninggal Dunia

Published

on

Syed Muhammad Naquib Al-Attas Meninggal Dunia

Ilmuwan Ulung Negara Syed Muhammad Naquib Al-Attas Meninggal Dunia

Syed Muhammad Naquib Al-Attas Meninggal Dunia

Dunia ilmu tanah air hari ini kehilangan seorang tokoh besar apabila ilmuwan ulung negara, Syed Muhammad Naquib Al-Attas, dilaporkan meninggal dunia pada petang tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 95 tahun, meninggalkan legasi ilmu dan pemikiran Islam yang sangat besar kepada dunia akademik, khususnya di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

Berita pemergian tokoh pemikir Islam itu dimaklumkan oleh beberapa pihak termasuk pendakwah terkenal, Syed Abdul Kadir Aljofree.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas Meninggal Dunia

Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas Dikurnia Gelaran Profesor Diraja

Menurut beliau, jenazah Allahyarham dijangka akan disolatkan pada Isnin pagi di Masjid Al-Taqwa TTDI sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Pemergian Allahyarham pastinya memberi kesan besar kepada dunia keilmuan Islam. Sepanjang hayatnya, beliau dikenali sebagai tokoh yang banyak menyumbang kepada perkembangan pemikiran Islam moden serta konsep Islamisasi ilmu.

Nama Naquib Al-Attas bukan sahaja dihormati di Malaysia, malah karya dan pemikirannya turut menjadi rujukan di universiti serta institusi akademik di seluruh dunia.

Ramai tokoh akademik dan masyarakat kini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian ilmuwan yang disifatkan sebagai antara pemikir Islam paling berpengaruh dari rantau ini.

Pemergian beliau bukan sekadar kehilangan seorang sarjana, tetapi juga sebuah khazanah ilmu yang sukar dicari ganti.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman.

Al-Fatihah. 🤲

sumber

Continue Reading

SEMASA

“Netizen Tersentuh! Anak Pendakwah Terkenal Ustaz Jafri Bergelar Hafiz Di AIU”

Published

on

Anak Pendakwah Terkenal Ustaz Jafri

“Netizen Tersentuh! Anak Pendakwah Terkenal Ustaz Jafri Bergelar Hafiz Di AIU”

ALOR SETAR, 31 Januari 2026 – Lebih 500 orang Huffaz Al-Quran diraikan dalam majlis graduasi penuh keberkatan di AlBukhary International University (AIU), yang berlangsung di Dewan Konvokesyen Al-Bukhary.

Antara yang mencuri perhatian ramai ialah anak kepada pendakwah terkenal, Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi, yang turut berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran dan menerima anugerah Hafiz dalam majlis berprestij itu.

Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan keluarga, malah menjadi sumber inspirasi kepada ibu bapa dan generasi muda bahawa didikan Al-Quran bermula dari rumah, diperkukuh dengan sistem pendidikan yang tersusun.

625279792 18557667007006104 6950280498084932807 n 1

👨‍👦 Warisan Dakwah & Ilmu

Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi dikenali sebagai penceramah agama yang aktif berdakwah melalui kuliah, media sosial dan pelbagai platform digital seperti YouTube, Facebook, Instagram dan TikTok.

624372363 18557666989006104 6211214888954355580 n 1

Beliau juga aktif menyokong pendidikan tahfiz serta terlibat dalam pembangunan Kompleks Islam Darul Faizin, sebagai usaha melahirkan generasi berakhlak, berilmu dan berdaya saing.

Kejayaan anak beliau hari ini menjadi simbol kesinambungan dakwah melalui institusi keluarga, di mana ilmu bukan sekadar diajar, tetapi dicontohkan.

624372363 18557666989006104 6211214888954355580 n

🤝 Penganjuran

Majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Maahad Tahfiz Negeri Kedah (PETANDA) dengan kerjasama HESA Kedah, serta menghimpunkan 500+ Huffaz dari seluruh Malaysia.

623837446 18557667016006104 8535120828750178925 n

Turut diraikan, 17 orang graduan berasal dari negeri Kedah, membuktikan negeri ini terus subur dengan generasi Al-Quran.

Continue Reading

SEMASA

Kehilangan Ibu Bapa, Terpaksa Kerja Siang Malam — Menteri Hulur Bantuan RM20,000

Published

on

Kehilangan Ibu Bapa Terpaksa Kerja Siang Malam — Menteri Hulur Bantuan RM20000 2

RM20,000 Untuk Sebuah Harapan

Kisah Selveston, Anak Yatim yang Tidak Pernah Berhenti Bermimpi

Seorang pelajar universiti yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya dalam tempoh singkat kini menerima bantuan kewangan berjumlah RM20,000 bagi menamatkan pengajiannya. Bantuan itu disalurkan selepas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim, tampil menghulurkan pertolongan.

Kisah menyentuh hati itu kemudian dikongsi oleh Sim di laman Facebook beliau sebagai peringatan bahawa di sebalik angka dan dasar, wujud insan biasa yang berjuang demi masa depan. Ia juga menjadi seruan agar masyarakat tidak berputus asa walaupun diuji dengan dugaan paling berat.

622274868 1452632699551971 5099735688432486193 n

Kehilangan Dalam Masa Singkat

Menurut Sim, Selveston terlebih dahulu kehilangan bapanya akibat komplikasi jantung. Tidak lama kemudian, ibunya pula meninggal dunia setelah lama bertarung dengan penyakit kanser.

Sejak kecil, kehidupan mereka tidak pernah mewah. Namun rumah kecil itu penuh dengan kasih sayang. Kini, pada usia 25 tahun, Selveston terpaksa berdiri sendiri, tanpa tempat bergantung, sedangkan ramai rakan sebayanya masih mempunyai keluarga sebagai sokongan.

Sim menyifatkan Selveston sebagai seorang yang pendiam, tetapi setiap kata yang dilafazkan jelas menggambarkan beban berat yang dipikul seorang diri.

622096279 1452632659551975 8260800879826697 n

Mula Bekerja Seawal Usia 15 Tahun

Sejak remaja, Selveston sudah belajar tentang erti berdikari. Pada usia 15 tahun, dia mula bekerja sebagai pengawal keselamatan bagi membantu perbelanjaan keluarga.

Dia menyimpan wang sedikit demi sedikit dengan satu impian — melanjutkan pelajaran ke universiti tanpa membebankan ibu bapanya. Usahanya membuahkan hasil apabila dia diterima masuk ke University of Cyberjaya.

Namun, walaupun bergelar mahasiswa, dia tetap bekerja setiap hari, termasuk melakukan penghantaran Grab, demi menyara kehidupan. Dia percaya, selepas tamat pengajian, dia mampu memperoleh pekerjaan lebih baik dan membalas jasa ibu bapanya.

Takdir, bagaimanapun, mengubah segalanya.

617416805 1452632722885302 1225177509207855985 n

Beban Kewangan yang Menghimpit

Selepas pemergian kedua-dua ibu bapanya, Selveston terpaksa menanggung kos rumah keluarga di Pulau Pinang serta membantu sepupunya yang berstatus OKU. Dalam masa sama, dia juga perlu membayar yuran universiti dan sewa rumah di Kuala Lumpur.

Setiap hari selepas tamat kelas, dia menunggang motosikal berjam-jam mencari rezeki. Hujung minggu juga tidak pernah menjadi waktu rehat.

Sim mendedahkan bahawa ada hari Selveston tidak mempunyai wang mencukupi sehingga terpaksa berlapar.

Lebih memilukan, Selveston baru-baru ini terlibat dalam kemalangan langgar lari ketika bekerja, menyebabkan kecederaan di bahagian lutut. Akibatnya, dia tidak lagi mampu bekerja buat sementara waktu dan kehilangan sumber pendapatan.

“Saya Cuma Mahu Habiskan Ijazah”

Apabila ditanya sama ada dia mampu terus bertahan, Selveston hanya tersenyum kecil, menunduk, dan berkata dengan suara perlahan:

“Saya cuma mahu habiskan ijazah.”

Dia dijangka bergraduasi pada bulan November dan kini berada di fasa terakhir pengajian. Sim menenangkannya dengan berkata bahawa dia sudah hampir ke garisan penamat dan tidak perlu lagi memikul semuanya seorang diri.

622219271 1452632706218637 2702808332191496692 n

Bantuan RM20,000, Harapan Baharu

Steven Sim memberikan bantuan awal sebanyak RM5,000 bagi memenuhi keperluan mendesak Selveston. Beliau turut berjanji menanggung baki kos termasuk yuran pengajian, sewa rumah dan perbelanjaan sara hidup.

Jumlah keseluruhan bantuan mencecah hampir RM20,000.

Matlamat utama, kata Sim, adalah supaya Selveston dapat memberi sepenuh tumpuan untuk menamatkan pengajian tanpa dibelenggu tekanan kewangan.

Beliau menutup perkongsiannya dengan kata-kata penuh harapan, bahawa ibu bapa Selveston pasti bangga dengan ketabahan dan pencapaiannya hari ini.

Kehilangan Ibu Bapa, Terpaksa Kerja Siang Malam — Menteri Hulur Bantuan RM20,000

Continue Reading

Trending