AGAMA
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar

Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
Malas Untuk Belajar : “Saya dah tak tahu nak buat apa lagi. Dimarahi sudah, dirotan pun sudah, nasihat jangan ceritalah. Berbuih mulut cakap suruh dia belajar. Tapi semua tu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sudah-sudahnya saya yang tension…” Itu luah yang kerap kita dengar daripada ibu-ibu mengenai anak yang malas belajar dan malas membuat kerja rumah. Kenapa budak malas belajar?
Banyak kajian menunjukkan persekitaran yang tidak ceria dan membosankan membuat anak-anak malas buka buku. Ibu yang suka berleter, ayah yang tak ambil kisah sangat dan persekitaran rumah yang lebih mementingkan perkara lain daripada pelajaran, buat anak-anak ambil kesempatan.
Cara paling digalakkan dalam menumbuhkan semangat belajar anak yang malas adalah ibu dan ayah bergabung tenaga. Jangan sebelah pihak je. Lagipun bila ayah ada bersama memberi tumpuan pada pelajaran anak, pasti anak-anak rasa lebih `semangat’ sebab ayah biasanya tegas. Mak-mak pun tak lah kelam kabut seorang diri risaukan perkembangan sekolah anak-anak.
Ibu bapa blh amalkan amalan ini, insyallah dengan izin Allah SWT mujarab. Mari kita lihat Ilmu Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar :
Ambil air hujan segelas bila tidak ada, ambillah air sumur segelas, kemudian bacakan :
Surat al-Alaq ayat 1 sampai 5, sebanyak 11 kali, sebagai berikut:
ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ
ﺍﻗْﺮَﺃْ ﺑِﺎﺳْﻢِ ﺭَﺑِّﻚَ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﺧَﻠَﻖَ ( 1 ) ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟْﺈِﻧْﺴَﺎﻥَ ﻣِﻦْ ﻋَﻠَﻖٍ ( 2 ) ﺍﻗْﺮَﺃْ ﻭَﺭَﺑُّﻚَ ﺍﻟْﺄَﻛْﺮَﻡُ ( 3 ) ﺍﻟَّﺬِﻱ ﻋَﻠَّﻢَ ﺑِﺎﻟْﻘَﻠَﻢِ ( 4 ) ﻋَﻠَّﻢَ ﺍﻟْﺈِﻧْﺴَﺎﻥَ ﻣَﺎ ﻟَﻢْ ﻳَﻌْﻠَﻢْ ( 5 )
Lalu tiupkan ke gelas tersebut 3 kali dan minumkan ke anak yang bersangkutan. Dengan izin Allah Ta’ala anak tersebut tidak nakal dan semangat belajar.
Lakukan sampai beberapa kali.
Bagi yang mau mengamalkan, silakan ucapkan “QOBILTU”
Jika artikal ini bermanafaat untuk anda jangan lupa kome like dan share. terima kasih kerana memberi sokongan kepada majalah ilmu.
Al Habib umar bin salim bin hafidz
AGAMA
Wirid Lepas Solat & Zikir – Panduan Lengkap

Wirid Lepas Solat & Zikir – Panduan Lengkap
Solat adalah merupakan rukun islam yang kedua dan perintah yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam. Selepas menunaikan solat, membaca wirid lepas solat dan zikir adalah salah satu amalan yang dianjurkan.
Rasulullah SAW bersabda kepada Muaz:
يَا مُعَاذُ إِنِّي اُحِبُّكَ لا تَدَعْ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ، اَللَّهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Maksudnya: “Hai Muaz, aku menyayangimu. Justeru jangan kamu tinggalkan untuk berdoa setiap kali selepas solat dengan membaca doa ini: Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingatimu, bersyukur kepadamu dan membaikkan dalam beribadah kepadamu.”
Riwayat Ahmad (no: 22119), Abu Daud (no: 1524), dan al-Nasaie dalam Sunan al-Kubra (no: 9937). Dinilai sahih oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya (no: 2020), dan Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya (no: 751)
Makna Wirid Lepas Solat & Zikir
Wirid lepas solat merujuk kepada bacaan atau amalan yang dilakukan selepas menunaikan solat fardhu. Ia biasanya terdiri daripada ayat-ayat Al-Quran, zikir, dan doa-doa tertentu.
Wirid lepas solat bukanlah satu ritual, tetapi merupakan cara untuk memanjatkan kesyukuran, memohon keberkatan, keampunan dan sebagainya daripada Allah SWT.
Zikir pula bermaksud mengingati Allah dengan menyebut nama-nama-Nya yang mulia atau memuji-Nya. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa termasuklah selepas menunaikan solat.
Seperti yang didefinisikan oleh Syeikh Abdul Rahman al-Sa’di, zikir secara umum adalah meliputi segala perkara yang mendekatkan seseorang hamba dengan Allah SWT dari segi aqidah, pemikiran, amalan hati, amalan badan atau pujian ke atas Allah atau mempelajari ilmu berfaedah atau mengajarinya atau seumpama dengannya. (Lihat Al-Riyadh al-Nadhirah, hlm. 245)
Secara khususnya pula, zikir merujuk kepada lafaz-lafaz tertentu yang disyariatkan oleh Allah SWT seperti membaca al-Qur’an, menyebut nama-nama dan sifat-sifat-Nya yang Maha Tinggi dengan bibir atau di dalam hati sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an, atau pun lafaz-lafaz yang disyariatkan menerusi lidah Rasulullah SAW yang memberi erti pujian, penyucian, pengudusan dan pengesaan terhadap Allah SWT. (Lihat Al-Zikr wa Atharuh fi Dunya al-Muslim wa Akhiratih, hlm. 17-20)
BACA JUGA: Doa Iftitah Rumi: Bacaan Doa Iftitah Dalam Solat (Video)
Bacaan Wirid Selepas Solat & Zikir
1. Beristighfar
Selepas memberi salam, dimulakan dengan berzikir sebagaimana diterangkan oleh Baginda Rasulullah SAW, maksudnya:
Daripada Tsauban berkata: Rasulullah SAW apabila selesai menunaikan solat, Baginda beristighfar tiga kali.. (SAMBUNGAN)
أَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ
(lafaznya sekadar mengucapkan) : Astaghfirullah – Maksudnya : Aku memohon ampun kepada Allah)
Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas‟ud, katanya
Maksudnya : Daripada Ibnu Mas‟ud berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW; “Sesiapa yang beristighfar dengan lafaz:
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه
Nescaya akan diampunkan dosa-dosanya walaupun antara dosanya itu adalah kerana melarikan diri dari medan perang”.
Hadis ini adalah sahih dan boleh diamalkan pada bila-bila masa tanpa terhad kepada selepas waktu solat sahaja.
2. Membaca Zikir Al-Salam
Selepas memberi salam, dimulakan dengan berzikir sebagaimana diterangkan oleh Baginda Rasulullah SAW, maksudnya:
Daripada Tsauban berkata: Rasulullah SAW apabila selesai menunaikan solat, Baginda beristighfar tiga kali.. (SAMBUNGAN) >> kemudian menyebut:
اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ
Maksudnya : Ya Allah, Engkaulah yang memiliki kesejahteraan, dan daripada-Mu asal kesejahteraan itu, segala keberkatan adalah milik Engkau Ya Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
Amalan bacaan yang diamalkan oleh para solihin Madinah al Munawwarah dengan bacaan :
للَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلَامُ، وَإِلَيْكَ يَعُوْدُ السَّلَامُ فَحَيِّنَارَبَّنَا بِالسَّلَامِ وَاَدْخِلْنَا الْـجَنَّةَ دَارَ السَّلَامِ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ يَا ذَاالْـجَلَالِ وَاْلإِكْرَام
Maksudnya : Ya Allah, Engkaulah Penyelamat, daripada Engkaulah keselamatan, dan kepada Engkaulah kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan dalam selamat sejahtera. Masukkan kami ke syurga, tempat yang penuh kesejahteraan. Maha sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
3. Membaca Zikir Mengesakan Allah & Menjauhi Syirik
“Daripada Abu Zar bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang membaca selepas sembahyang subuh dan ia masih kekal kedua kakinya (masih tetap di tempat solatnya), sebelum dia berkata-kata sesuatu yang lain:
لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ
sebanyak sepuluh (10) kali, maka tercatat baginya sepuluh kebaikan dan dihapuskan darinya sepuluh kesalahan serta diangkat baginya sepuluh darjat, dan pada hari itu ia berada dalam perlindungan dari segala yang tidak disukai, serta terjaga dari gangguan syaitan, dan tidak ada dosa yang dapat membatalkan amal perbuatannya pada hari itu kecuali syirik kepada Allah.”
(Hadis Riwayat At Tirmidzi no. 3474)
4. Membaca Tasbih, Tahmid Dan Takbir
Terdapat banyak hadis yang membicarakan tentang Nabi SAW membaca zikir tasbih, tahmid dan takbir selepas solat. Namun begitu, hadis-hadis yang diriwayatkan adalah berbeza dari segi kaifiat dan bilangannya.
Kebanyakan ulama mentarjihkan bacaan zikir:
- Subhanallah – 33 kali
- Alhamdulillah – 33 kali
- Allahuakbar – 33 kali
Lalu mencukupkan bilangan ke-100 dengan membaca:
لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Daripada Abi Hurairah daripada Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang bertasbih “Subhanallah” setiap kali selesai solat 33 kali, dan bertahmid “Alhamdulillah” 33 kali, dan bertakbir “Allahuakbar” sebanyak 33 kali lalu disempurnakan bilangan 100 dengan:
لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ
Maka diampunkan semua dosanya, meskipun sebanyak buih di lautan.
(Hadis riwayat Muslim)
5. Membaca Zikir Menjauhi Api Neraka
“Apabila kamu selesai solat subuh, bacalah doa berikut sebelum kamu berbicara dengan orang lain:
اَللَّهُمَّ أَجِرْنِـى مِنَ النَّارِ
(sebanyak 7 kali)
Jika pada hari itu kamu mati maka Allah akan menetapkan bahawa kamu dijauhi daripada api neraka. Jika kamu selesai solat maghrib, ucapkanlah doa ini sebelum kamu berbicara dengan orang lain:
اَللَّهُمَّ أَجِرْنِـى مِنَ النَّارِ
(sebanyak 7 kali)
Jika malam itu kamu mati, maka Allah tetapkan bahawa kamu dijauhi daripada api neraka.”
Hadis ini adalah sahih menurut Al-Imam al-Hafiz Ibnu Hajar maka diperbolehkan untuk beramal.
6. Membaca Ayat Kursi
ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌۭ وَلَا نَوْمٌۭ ۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍۢ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ
Maksudnya:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
“Daripada Abi Umamah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Siapa yang membaca ayat al-Kursi tiap-tiap lepas solat fardhu, maka tidak ada yang menghalangnya untuk masuk syurga kecuali menunggu saat matinya.”
(Hadis Riwayat an Nasa‟i dan Ibnu Hibban) – Hadis ini adalah sohih.
7. Membaca Al-Mu’awwidzat
Daripada Uqbah bin Amir berkata: Rasulullah SAW telah memerintahkan aku supaya aku membaca al-mu’awwidzat (surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq, dan surah An-Nas) setelah selesai solat.
8. Membaca Al Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ ٢
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ٤
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ٦
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
9. Membaca Doa Selepas Solat
Selesai membaca wirid selepas solat, zikir dan Al fatihah, anda boleh teruskan dengan membaca doa-doa pilihan selepas solat atau berdoa mengikut kesesuaian anda. Antara doa pilihan selepas solat ialah:
Muat Turun Bacaan Wirid Selepas Solat & Zikir (PDF)
Muat turun panduan bacaan wirid selepas solat dan zikir yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang >>>HUKUM-ZIKIR-SELEPAS-SOLAT
Adab dalam Berzikir
Walaupun zikir boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja, terdapat beberapa adab yang harus diikuti untuk memastikan zikir yang dilakukan diterima oleh Allah SWT. Antaranya ialah:
1. Bersih dari Hadas
Walaupun tidak diwajibkan, adalah lebih baik jika seseorang itu berada dalam keadaan bersih atau berwudhu sebelum berzikir. Ini menunjukkan penghormatan kita terhadap amalan yang dilakukan.
2. Menghadap Kiblat
Sebaiknya ketika berzikir, kita duduk menghadap kiblat. Ini adalah sunnah yang menunjukkan disiplin dan tertib dalam beribadah.
3. Berzikir dengan Suara Perlahan
Zikir yang dilakukan dengan suara yang perlahan lebih baik daripada yang dilakukan secara kuat. Ini kerana ia lebih mendekatkan diri kepada Allah dan membantu kita lebih fokus kepada makna setiap bacaan.
BACA JUGA: Adab Bangunkan Anak Dari TIDUR, Supaya Otak Cerdas Dan Badan Segar
Kelebihan Mengamalkan Wirid Selepas Solat & Zikir
1. Mendapat Keberkatan Hidup
Salah satu kelebihan utama mengamalkan wirid lepas solat ialah memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Setiap kali kita selesai menunaikan solat, kita berpeluang untuk bermunajat dan mengingati Allah SWT.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan ‘Subhanallah’ sebanyak 33 kali, ‘Alhamdulillah’ 33 kali, dan ‘Allahu Akbar’ 34 kali selepas solat, maka segala dosanya akan diampuni walaupun sebanyak buih di lautan” (HR. Muslim).
Ini jelas menunjukkan betapa besarnya ganjaran bagi mereka yang konsisten dalam mengamalkan wirid
2. Ketenangan Jiwa dan Hati
Zikir merupakan salah satu cara untuk menenangkan hati dan jiwa. Bagi mereka yang sering merasa resah atau gelisah, memperbanyakkan zikir selepas solat dapat membantu menenangkan fikiran dan jiwa. Amalan zikir ini juga mampu membantu kita lebih fokus dalam kehidupan harian, sekaligus menjauhkan diri dari gangguan syaitan.
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran: “Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang” (Surah Ar-Ra’d: 28).
3. Menghapuskan Dosa-dosa Kecil
Selain itu, wirid dan zikir lepas solat juga berfungsi untuk menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan tanpa sedar.
Rasulullah SAW mengajarkan kita beberapa bacaan wirid yang mempunyai keistimewaan dalam menghapus dosa-dosa kecil.
Sebagai contoh, membaca “Astaghfirullah” sebanyak 3 kali selepas solat adalah salah satu cara untuk memohon keampunan daripada Allah SWT atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Walaupun kita tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan, Allah SWT Maha Pengampun kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat.
Rujukan:
- IRSYAD HUKUM KE-9: BACAAN WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT – Mufti WP
- HUKUM-ZIKIR-SELEPAS-SOLAT – JABATAN MUFTI NEGERI PAHANG
- Zikir Selepas Solat – Jabatan Mufti Negeri Perlis
- Doa Pilihan Selepas Solat – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
AGAMA
Doa Khatam Quran Lengkap – Teks Arab & Bacaan Rumi

Doa Khatam Quran Lengkap – Teks Arab & Bacaan Rumi
Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup bagi umat Islam. Ia mengandungi petunjuk, hukum, dan ajaran yang membimbing kita dalam menjalani kehidupan seharian.
Di dalam Al-Quran terdapat 30 juzuk yang merangkumi 6,236 ayat, masing-masing mengandungi pelbagai kisah dan pengajaran yang bernilai.
Setelah selesai membaca semua 30 juzuk, adalah disarankan untuk membaca doa khatam quran seperti yang dijelaskan dalam artikel Mufti WP;
Tsabit bin Qais R.A berkata:
كَانَ أَنَسٌ إِذَا خَتَمَ الْقُرْآنَ جَمَعَ وَلَدَهُ وَأَهَلَ بَيْتِهِ فَدَعَا لَهُمْ
Maksudnya: Adalah Anas apabila mengkhatamkan al-Quran, beliau menghimpunkan anaknya dan ahli keluarganya di rumah beliau kemudian berdoa bagi mereka.
Riwayat al-Darimi (3801)
Imam Al-Nawawi juga menyebutkan sejumlah riwayat berkenaan kelebihan berdoa selepas khatam al-Quran berkata: “Dan tersangatlah disukai (oleh syarak) akan perbuatan berdoa selepas mengkhatamkan al-Quran sebagaimana yang telah kami sebutkan sebelum ini”.
Apa Itu Khatam Quran?
Khatam berasal dari perkataan Arab yang bermaksud “menamatkan” atau “menyelesaikan”. Khatam Quran bermaksud membaca Al-Quran secara lengkap dari surah Al-Fatihah hingga surah An-Nas.
Khatam Quran dianggap pencapaian spiritual yang penting bagi umat Islam. Ia melambangkan komitmen seseorang dalam mendalami kitab suci.
Tiada had masa tertentu untuk mengkhatamkan Al-Quran. Ada yang melakukannya dalam tempoh sebulan, seminggu atau lebih lama bergantung kepada keupayaan individu. Bulan Ramadhan sering menjadi pilihan ramai untuk mengkhatamkan Al-Quran.
Khatam Quran bukan bermakna tamatnya hubungan dengan Al-Quran. Sebaliknya ia menjadi pemangkin untuk terus membaca dan mengamalkan ajaran Al-Quran.
Selepas tamat membaca keseluruhan Al-Quran, digalakkan untuk membaca doa khatam Quran sebagai tanda kesyukuran akan kejayaan berjaya menghabiskan bacaan Al-Quran. Terdapat beberapa versi doa khatam quran yang boleh dibaca, ada yang pendek dan panjang.
Doa Khatam Quran – Versi Pendek
الّلَهُمَ ارْحَمْنَا بِالْقُرْآن، واجْعَلْهُ لَنَا إمَامَاً وَنُوْرَاً وَهُدَىً ورحمةً الّلَهُمَ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نسيْنَا، وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأطْرَافَ الْنَهَار واجْعَلهُ لَنَا حُجَّةٌ يَا ربَّ الْعَالَمِيْن
Bacaan Rumi:
Allaahummarhamnaa Bil Qur’aan, Waj’alhu Lanaa Imaaman Wa Nuuran Wa Hudan Wa Rohmah, Allaahumma Dzakkirnaa Minhu Maa Nusiinaa Wa ‘allimnaa Minhu Maa Jahilnaa, Warzuqnii Tilaa Watahu Aanaa-Al Laili Wa Athroofan Nahaar, Waj’alhu Lanaa Hujjatan Yaa Rabbal ‘aalamiin.
Maksudnya:
Ya Allah rahmatilah kami dengan al-Quran, dan jadikanlah ia sebagai imam, cahaya, petunjuk, serta rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami daripadanya apa yang telah kami dilupakan, dan ajarkan kami darinya apa yang kami jahil serta rezekikanlah kami untuk membacanya siang dan malam, dan jadikanlah ia sebagai hujah kepada kami wahai Tuhan sekalian alam.
Doa Khatam Quran – Versi Panjang 1
ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ الْعَالِمِينَ. حَمْدًا شَاكِرِينَ. وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِنَا مُحَمَّدٍ وَءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ إِنَّكَا
أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. وَتُبْ عَلَيْنا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ وَاهْدِنَا وَوَفِّقْنَا إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمِ. بِبَرَكَةِ الْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ.
اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنًورًا وَهُدًا وَرَحْمَةً. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نَسِينَا. وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا. وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَالَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَكْرِمْنَا بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَشَرِّفْنَا بِشَرَافَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَلْبِسْنَا بِخِلْعَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ الْقُرْءَانِ. وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَآءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْءَانِ اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْءَانَ لَنَا فِى الدُّنْيَا قَرِيْنًا وَفِي الْقَبْرِ مُؤْنِسًا. وَفِى الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا وَعَلَى الصِّراطِ نُوْرًا. وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيْقًا وَمِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا. وَإِلَى الْخَيْرتِ كُلِّهَا دَلِيْلاً وَإِمَامًا. بِفَضْلِكَ وَجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ يَا كَرِيْمُ اَللَّهُمَّ اهْدِنَا بِهَدَايَةِ الْقُرْءَانِ. وَنَجِّنَا مِنَ النِّيْرَانِ بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَارْفَعْ دَرَجَاتِنَا بِفَضِيلَةِ الْقُرْءَانِ. وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا بِتِلَاوَةِ الْقُرْءَانِ. يَا ذَا الْفَضْلِ وَالْإِحْسَانِ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار .
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ. وَسَلمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالِمِيْنَ
Maksudnya:
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjuk dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran.
Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari Al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.
Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan Al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat Al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata Al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat Al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran.
Ya Allah, jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.
Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk Al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan Al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan Al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.
Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”
Doa Khatam Quran – Versi Panjang 2
Maksudnya:
Maha benar Allah yang Maha Agung, dan RasulNya Nabi yang mulia dan kami bersaksi atas kebenaran hal tersebut. Ya Rabb kami, terimalah amalan kami, karena sesunggguhnya Engkau maha mendengar dan maha mengetahui.
Ya Allah anugerahkanlah kepada kami kenikmatan/kemanisan bagi tiap-tiap huruf daripada Al Qur’an, dan balasan bagi tiap2 juz dari Al Qur’an. Ya Allah jadikanlah huruf alif sebagai kelembutan, huruf ba barokah, ta taubah, tsa pahala, jim kecantikan, ha hikmah, kha kebaikan, dal dalil/petunjuk, dza kecerdasan, ra rahmah, za kesucian, sin kebahagiaan, syin syifaa/obat, shad kebenaran, dho cahaya, tho ketenangan (?), dzo keluasan,`ain ilmu, gho kekayaan, fa kemenangan, qo kedekatan, qaf kemuliaan, lam kelembutan, mim nasehat, nun cahaya, wa wushlah/sarana (?), ha petunjuk, ya keyakinan.
Ya Allah berikanlah kami manfaat dengan Al Qur’an yang agung dan tinggikanlah derajat kami dengan ayat-ayatnya dan terimalah bacaan kami dan maafkanlah segala kesalahan, kelupaan, perubahan kalimat dari tempatnya, mengawalkan atau mengkahirkan, penambahan atau pengurangan, penafsiran yang tidak sesuai dengan apa yang Engkau turunkan, keraguan atau sahwun (?), sui ilhanin(?), dan terburu2 ketika tilawah, kemalasan atau kesesatan lidah, waqof (berhenti) bukan pada tempatnya, mengidghomkan (mendengungkan bacaan) yang bukan idghom, mengidzharkan (bacaan tanpa dengung) yang bukan idzhar, madd (memanjangkan bacaan), mentasydid, hamzah, atau sukun, i’rab yang bukan pada tempatnya, atau kurangnya rasa cinta dan senang terhadap ayat2 yang memberi berita gembira, dan kurangnya rasa takut ketika membaca ayat2 ancaman, maka ampunilah kami ya Allah, dan jadikanlah kami sebagai orang yang syahid.
Ya Allah terangilah hati kami dengan Al Qur’an, dan hiasilah akhlak kami dengan Al Qur’an, jauhkanlah kami dari api neraka dengan Al Qur’an, masukkanlah kami ke surgamu dengan Al Qur’an. Jadikanlah Al Qur’an sebagai teman di dunia, di dalam kubur sebagai penerang/teman , cahaya di atas titian (shirath), dan teman di dalam surga, dan penghalang dan hijab dari api neraka, sebagai petunjuk untuk segala kebaikan dan tetapkanlah kami dalam kesempurnaan , anugerahkan kepada kami kemudahan dlm mengamalkan Al Qur’an dgn hati dan lisan, senantiasa cinta kpd kebaikan, kebahagiaan, kegembiraan atau keindahan iman. Dan selawat dan salam yg senantiasa tercurah kepada junjungan Nabi Besar Muhammad SAW dan para sahabat atas kebaikan akhlak dan kelembutan budi pekertinya di atas cahaya arsy.
Amin ya Rabbal ‘Alamin.
Tata Cara Membaca Doa Khatam Quran
Untuk memastikan doa khatam Quran dibaca dengan penuh khusyuk dan diterima Allah SWT, berikut adalah beberapa panduan yang boleh diikuti:
- Pilih masa yang sesuai: Sebaik-baiknya, pilih waktu yang tenang dan khusyuk untuk membaca doa ini. Ramai ulama mencadangkan waktu sepertiga malam terakhir sebagai masa yang paling mustajab untuk berdoa.
- Berwudhu: Pastikan anda dalam keadaan suci sebelum membaca doa. Berwudhu bukan sahaja menyucikan fizikal, tetapi juga membantu menenangkan minda.
- Menghadap kiblat: Jika boleh, hadapkan diri ke arah kiblat semasa berdoa. Ini membantu meningkatkan fokus dan kekhusyukan.
- Mulakan dengan memuji Allah: Sebelum membaca doa utama, mulakan dengan memuji Allah SWT dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
- Baca dengan penuh penghayatan: Fahami makna doa yang dibaca. Jika tidak fasih dalam bahasa Arab, boleh membaca terjemahan selepas membaca dalam bahasa Arab.
- Angkat tangan: Mengangkat tangan semasa berdoa adalah sunnah Rasulullah SAW dan menunjukkan kerendahan hati kita kepada Allah SWT.
- Akhiri dengan Amin: Selepas membaca doa, ucapkan “Amin” sebagai penutup dan permohonan agar doa diterima.
Kelebihan Membaca Doa Khatam Quran
Membaca doa khatam Quran membawa pelbagai kelebihan dan faedah kepada pembacanya. Antara kelebihan tersebut adalah:
- Mendapat rahmat Allah: Di dalam doa khatam quran, kita memohon agar Allah SWT merahmati kita dengan Al-Quran, menjadikan kita di antara hamba-Nya yang dirahmati.
- Meningkatkan kefahaman: Melalui doa khatam quran ini juga, kita memohon agar Allah SWT mengajarkan kita apa yang tidak kita ketahui dari Al-Quran, sekali gus meningkatkan kefahaman kita terhadap kitab suci ini.
- Memperoleh petunjuk: Al-Quran adalah petunjuk bagi umat manusia. Dengan berdoa agar Al-Quran menjadi pemimpin dan cahaya, kita memohon petunjuk dalam kehidupan seharian.
- Mendapat syafaat: Pada hari kiamat kelak, Al-Quran akan menjadi pemberi syafaat kepada pembacanya. Doa khatam quran ini memohon agar Al-Quran menjadi hujah yang membela kita di hadapan Allah SWT.
- Meningkatkan keimanan: Proses membaca Al-Quran dan menutupnya dengan doa ini secara tidak langsung meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT.
Kelebihan Membaca Quran
Bukan sahaja membaca doa khatam quran mempunyai kelebihan, membaca quran itu sendiri juga mempunyai banyak kelebihan dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT. Antaranya ialah:
1. Mendapat pahala dan ganjaran berlipat ganda
Setiap huruf yang dibaca akan diganjarkan dengan 10 kebaikan. Membaca Al-Quran secara konsisten akan mengumpulkan pahala yang besar.
“مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، لَا أَقُولُ {الم} حَرْفٌ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ، وَلَامٌ حَرْفٌ، وَمِيمٌ حَرْفٌ.”
Terjemahan: “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah (Al-Quran), maka baginya satu pahala, dan satu pahala itu digandakan menjadi sepuluh kali ganda. Aku tidak berkata ‘Alif Lam Mim’ adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf.” (Hadis Riwayat Tirmizi).
2. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan
Membaca Al-Quran membantu meningkatkan hubungan spiritual dengan Allah SWT, memperkuat iman dan mendorong ketakwaan.
“إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ”
Terjemahan: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya maka bertambah (kuat) imannya dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah diri.”
3. Memberi ketenangan jiwa dan mengurangkan tekanan
Al-Quran bertindak sebagai penawar bagi hati yang gelisah dan tidak tenang.
“الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ”
Terjemahan: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”
4. Merangsang aktiviti mental dan meningkatkan fungsi kognitif
Proses membaca, memahami dan menghafal Al-Quran merangsang otak dan meningkatkan daya ingatan.
5. Mendapat syafaat (pertolongan) pada hari kiamat
Al-Quran akan menjadi pemberi syafaat bagi pembacanya di akhirat kelak.
5. Memperbaiki Akhlak
Membaca Al-Quran secara konsisten membantu memperbaiki akhlak dan tingkah laku seseorang. Lebih-lebih lagi, dengan memahami dan mentadabbur makna ayat-ayatnya.
Akhir kata, semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita dalam membaca, memahami, dan mengamalkan isi Al-Quran.
Rujukan:
AGAMA
Nafkah Suami Kepada Isteri Dalam Perkahwinan Islam

Nafkah Suami Kepada Isteri Dalam Perkahwinan Islam
- Resepi Viral6 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga6 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA6 years ago
Setiap kali kita bacakan doa ini, doa ubun ubun anak dan hembuslah ke ubun-ubun anak dan usap ke rambutnya.Insyallah anak Jadi soleh dengar cakap.
3 Comments