Connect with us

Kisah

Tabahnya Kamu! Anak Kecil Ikat Tali Pada Badan Mak Ayah Buta Bawa Jalan, Terus Tersenyum “Comel” Tak Rasa Malu Dilihat Orang Ramai

Published

on

mak ayah buta bawa jalan

Tabahnya Kamu! Anak Kecil Ikat Tali Pada Badan Mak Ayah Buta Bawa Jalan, Terus Tersenyum “Comel” Tak Rasa Malu Dilihat Orang Ramai

Lumrah seorang anak, pastinya kehadiran mak ayah dalam hidupnya memberikan satu harapan untuk dia melakukan sesuatu yang boleh memberikan kebahagiaan kepada mereka. Namun, tidak dilupakan mak ayah juga adalah individu yang selalunya menjadi sandaran buat seorang anak apatah lagi anak kecil yang mengharapkan kasih dan sayang. “Tidak semua yang kita inginkan di dunia ini akan kita perolehi”, hanya dengan satu ayat semua kisah indah yang kita impi boleh bertukar menjadi sesuatu yang berbeza. Kisah seorang anak kecil yang tabah dan sentiasa tersenyum sambil menemani mak ayah buta bawa jalan, bakal menyingkap satu isi hati yang sukar kita lupakan.

Tak kesah ikat badan mak ayah buta bawa jalan guna tali

mak ayah buta bawa jalan

Berkongsi sebuah berita di CDN, berkenaan dengan seorang anak kecil ikat badan mak ayah buta bawa jalan guna tali di Bandar Cebu, Filipina. Momen ini dirakam oleh seorang pelancong asing yang kebetulan melalui jalan berkenaan, John Cuenca Alterado, 33 tahun.

Kelihatan anak kecil itu mengikat menarik sesuatu di badan mak ayahnya. Dan apabila dia menarik tali itu sambil berjalan, mak ayahnya juga turut berjalan. Pada mulanya ia nampak sedikit ganjil, namun selepas melihat mak ayah kepada anak kecil tadi rupa-rupanya mempunyai masalah penglihatan yang serius, barulah semuanya jelas.

“Saya sedang memand ketika itu. Saya amat tersentuh dengan apa yang telah saya nampak sebentar tadi,” berkata Alterado.

mak ayah buta bawa jalan

Sentiasa tersenyum dan tak malu berjalan dengan mak ayah

Apa yang lagi kagum adalah keperibadian anak kecil itu sendiri. Seorang anak memimpin tangan orang tua yang buta dan membantu mereka itu mungkin biasa. Tetapi seorang anak yang mampu tersenyum bahagia sambil memimpin tangan orang tua, itu sangat luar biasa.

Tidak semua orang mampu lakukan seperti mana anak ini buat. Kita yang dewasa ini pun kadang kala gagal untuk berbakti dengan mak ayah dengan seikhlas hati.

Menurut maklumat yang diterima daripada beberapa penduduk kawasan tersebut, keluarga ini sebenarnya bukanlah dari bandar berkenaan tetapi tinggal di kawasan pergunungan berdekatan.

mak ayah buta bawa jalan

Gambar yang dimuat naik pada 12 Februaru 2020, ini telah memperoleh 5,700 kali share dan 2,600 likes.

“Dia adalah malaikat kecil untuk ibu bapanya. Semoga Tuhan merahmati mereka.”

Anak yang selalu tolong mak ayah, rezekinya luas

Bila mana orang tua semakin tua, tentunya mereka perlukan sokongan baik dari segi fizikal, mental, atau kasih sayang. Individu yang sepatutnya ada menemani hari-hari tua mereka adalah anak. Dalam 5 adik-beradik, pastinya ada seorang yang Allah pilih untuk menjaga mak ayah. Anak ini nampak seperti sukar hidupnya kerana bukan hanya perlu memikirkan tentang diri dan masa depan sahaja tetapi juga mak ayah.

Mereka akan kelihatan seperti susah, tetapi ketahuilah anak yang selalu tolong mak ayah rezekinya sangat luas. Berkat kasih sayang yang dia berikan, kudrat, penat lelah, dan masa, Allah ganti semuanya itu dengan kemudahan di dunia dan akhirat.

Sumber: CDN

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.