Kisah
“Perwira Yang Jasanya Tak Didendang” Peristiwa Hari Kebangsaan Malaysia 10 Hari Sebelum Merdeka Yang Buat Berdiri Bulu Roma

“Perwira Yang Jasanya Tak Didendang” Peristiwa Hari Kebangsaan Malaysia 10 Hari Sebelum Merdeka Yang Buat Berdiri Bulu Roma
Diam tak diam, sudah 65 tahun tanah air kita merdeka dari penjajah. Besar makna sebuah kemerdekaan kerana dari situ ada penat lelah, darah, dan perjuangan oleh para pemimpin terdahulu serta pahlawan negara yang rela gugur demi mempertahankan negara tercinta. Ramai orang tahu tentang peristiwa laungan kemerdekaan yang dilakukan oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1957 dulu. Tetapi mungkin tidak ramai yang tahun apa yangg terjadi 10 hari sebelum peristiwa Hari Kebangsaan Malaysia berlangsung.
Taktik licik pengganas, gugat 10 hari sebelum peristiwa Hari Kebangsaan Malaysia
Hari ini setiap kali menjelang sambutan kebangsaan, kita sudah bersiap sedia sejam sebelum pukul 12 tengah malam untuk menyaksikan pertunjukkan bunga api yang sangat meriah di ibu kota. Dulu detik malam sebelum merdeka, mereka juga akan menunggu dan mengira sehingga 10 saat terakhir sebelum mercun dibakar dan laungan tujuh kali merdeka dilaungkan. Sedar atau tidak 10 hari sebelum peristiwa Hari Kebangsaan Malaysia ini ada usaha pengganas yang licik terlalu ingin mengagalkan kemerdekaan tanah air kita.
Ketika itu, semua rakyat sudah tidak sabar untuk bebas dari belenggu penjajah. Bebas untuk tinggal dalam sebuah negara demokrasi yang boleh membuat keputusan sendiri. Tanggal 31 Ogos 1957, rumah-rumah sudah siap dipasangkan bendera. Kereta meluncur di jalan raya dengan kibaran Jalur Gemilang. Bangga, megah, dan syukur terasa akhirnya masa yang diimpikan hampir tiba.
10 hari sebelum itu, pada tanggal 20 Ogos 1957, Leftenan Hassan Osman telah menjadi perwira negara yang sangat berjasa memastikan negara berjaya mencapai kemerdekaan. Dia yang merupakan pegawai tentera dan bertugas menjaga keamanan Tanah Melayu merupakan Platun 12 Kompeni D 5 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Ditugaskan untuk membuat pengawasan di kawasaan rondaan Kompeni C, 6 RAMD iaitu Rawang. Platun ini telah diberikan arahan untuk membuat risikan terperinci tentang pergerakan komunis yang sedang merangka hendap majlis pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu.
Serangan hendap di kawasan berpaya 21 Ogos
Leftenan Hassan telah membawa anggotanya ke Ladang Getah Waterfall untuk meninjau secara teliti pergerakan komunis di kawasan berkenaan. Pada 21 Ogos 1957, dia telah melakukan serangan hendap melalaui kawasan berpaya. Atas kecerdikannya itu, kelibat seorang komunis wanita berjaya dijumpai.
Namun Leftenan Hassan melarang apa-apa tembakan dilakukan untuk elak kehadirannya diketahui oleh kelompok komunis lain. Tidak lama kemudian, seorang lagi anggota komunis lelaki bergerak ke kawasan paya untuk membasuh muka. Leftenan Hassan mengikuti kedua-dua pengganas itu dengan berhati-hati.
Tidak lama kemudian, pengganas terbabit bertemu seorang rakan subahatnya yang membawa bag berisi senjata yang telah ditinggalkan di pangkal pokok lerang bukit.
Tembakan dilepaskan, komunis gagal sabotaj merdeka
Taktik pengganas sangat licik. Dengan berpakaian dan berkelakuan seperti penoreh getah mereka cuba untuk mengelirukan pihak tentera. Daripada jauh, Leftenan Hassan melihat sekumpulan lelaki berpakaian seperti penoreh getah, menuju ke arah komunis terbabit.
Sudah tentu dia berasa risau dengan keselamatan penoreh getah tadi. Akhirnya tembakan dilepaskan kepada salah seorang komunis itu. Kerana terlalu terkejut, masing-masing bertempiaran lari termasuklah kumpulan penoreh getah yang ingin diselamatkannya. Rupa-rupanya penoreh getah yang disangka orang awam adalah pemimpin komunis dari seluruh Tanah Air.
Sekali lagi Leftenan Hassan berjaya memimpin anggotanya untuk menangkap kumpulan pengganas tersebut. Hasil siasatan menemukan bekalan makanan, barang kemas, duit dan dokumen bertulis, mengandungi rancangan komunis untuk menggagalkan majlis pengisytiharan kemerdekaan.
35 pengganas berjaya ditangkap 10 hari sebelum peristiwa Hari Kebangsaan Malaysia. Begitu besar pengorbanan para pejuang negara untuk mendapatkan kemerdekaan demi kebebasan rakyat. Semoga Allah SWT menempatkan para perwira yang gugur di medan perang ini dalam kalangan orang yang beriman dan mendapat kematian mulia, syahid di sisi Nya.
Sumber: Berita Harian
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.