Kisah
“Muslim Ada Iman Yang Kuat Kepada Tuhan Hatinya Bersih, Pengakuan Jujur Ahli Sihir Rusia Tentang Susah Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat

“Muslim Ada Iman Yang Kuat Kepada Tuhan Hatinya Bersih, Pengakuan Jujur Ahli Sihir Rusia Tentang Susah Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat
Amalan syirik dan khurafat adalah sejenis dosa besar yang merosakkan akidah kerana mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Dalam Surah Al-Nisa ayat 48 Allah berfirman maksudnya, “Allah tidak ampunkan dosa syirik sementara Dia memaafkan dosa-dosa yang lain. Maka sesiapa yang mempersekutukan (syirik) kepada Nya sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar. Siapa kata santau, dan sihir hanya wujud pada masyarakat Melayu? Seorang ahli sihir Rusia tampil berkongsi mengenai pengalamannya yang susah sihir orang Islam.
Sejarah amalan sihir bermula sejak zaman Nabi lagi
Perkataan sihir sebenarnya diambil daripada kalimah Arab iaitu “sahara”. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, sihir beerti sejenis ilmu ghaib yang meliputi guna-guna, pukau, tuju, mantera, dan lain-lain yang boleh menyakiti dan mempesona orang. Sedangkan Al-Baydawi menyakini sihir adalah sesuatu yang dihasilkan dengan cara mendekati syaitan. Sebelum mengulas lebih lanjut mengenai video yang tersebar luas di media sosial mengenai bagaimana dia melalui kepayahan dan susah sihir orang Islam, terlebih dahulu mari kita menyelusuri sejarahnya.
Tercatat, ilmu sihir wujud dalam sejarah peradaban manusia sejak zaman dahulu lagi. Kedengaran macam fantasi namun ia memang wujud dan realiti yang berlaku. Jauh sebelum itu, dalam Surah Al-Baqarah, ayat 102 diceritakan bahawa amalan sihir ini bermula dari Harut dan Marut. Bahkan, Allah SWT mencatit di dalam Al-Quran mengenai sihir yang berlaku pada zaman Nabi Musa AS. Dimana berlakunya peristiwa Nabi Musa AS melawan Firaun. Firaun telah mengumpulkan seramai 72 orang ahli sihir yang membantu menjelmakan tongkat menjadi ular. Dengan izin Allah, Nabi Musa AS menukarkan kembali ular tersebut menjadi tongkat.
Tidak terkecuali sihir pada zaman Nabi Muhamamad SAW juga sehingga kini, ianya terus berleluasa. Ini bermakna usaha syaitan untuk menyesatkan manusia ke arah kemungkaran khususnya umat Islam tidak pernah berhenti sehingga kiamat.
Penyihir Rusia mengaku susah sihir orang Islam kerana ada “pelindung”
Berkongsi sebuah video di Ayatuna Ambassador menampilkan sebuah temu ramah eksklusif “Projek Shadow Control” dengan menjemput seorang penyihir Rusia. Wawancara itu dilakukan oleh seorang pengacara lelaki dalam Bahasa Rusia untuk menceritkan mengenai pengalaman Zhanna Kushnir, ahli sihir Rusia temasuklah bagaimana susah sihir orang Islam ini sehingga dia gagal untuk menembusi jiwa dan raga mereka.
Pada awalnya dia mengaku susah sihir orang Islam yang menjaga solatnya. Hal ini disebabkan mereka yang menjaga solat tergolong dalam kumpulan manusia yang mempunyai hati bersih.
Pengacara: “Adakah lebih susah untu pengaruh seseorang yang hatinya bersih?”
Penyihir Zhana: “Ya, sudah semestinya. Saya telah menyihir orang yang berasal dari pelbagai agama. Namun dalam menghadapi dan mempengaruhi orang Islam sangat sukar. Ini berlaku kerana mereka berhubung dengan ‘entiti yang tidak kelihatan’.
Umat Islam wajib menunaikan solat 5 waktu setiap hari. Mereka sentiasa berada seperti dalam ‘kubah pelindungan’ oleh sebab itu ia sukar untuk ditembusi. Ketika diserang dengan sihir, orang Islam akan menghadap ‘pengawas’ mereka melalui doa.
Doa yang orang Islam lakukan bersungguh-sungguh dan penuh kepercayaan tinggi. Bukannya seperti orang Kristian yang berdoa di gereja ketika mereka rasa hidup mulai sempit. Apabila hidup sudah keluar dari kemelut kesusahan, mereka akan melupakan hubungan dengan Tuhan dan ajaran Gereja.”
Mengulas lanjut, dalam masa yang sama ahli sihir wanita ini turut mempercayai setiap Muslim mempunyai iman dan hubungan kuat dengan pelindung mereka dan pelindungan ini sangatlah protektif. Justeru itu, susah sihir orang Islam yang taat pada agamanya.
Ada kuasa ghaib, bayangan foto orang Islam hilang di minda
Ini bukannya pengalaman pertama tetapi sudah berkali-kali Zhana cuba untuk menyihir orang Islam. Namun setiap usahanya itu menemui kegagalan dan jalan buntu.
“Setiap kali saya cuba ikat seorang Muslim dengan sihir, kuasa sihir itu seolah-olah diseret keluar atau dihalang oleh sesuatu kekuatan yang sangat asing,” jelasnya jujur.
Kebiasaan ritual penyihir, mereka akan meminta gambar atau foto mangsa sihir tersebut. Begitu juga yang dilakukan Zhana sebelum memulakan sihirnya. Dia akan pegang foto mangsa, kemudian bayangkan wajah mereka. Namun peliknya, setiap kali membayangkan mangsa yang beragama Islam fokusnya akan lenyap dan bayangan tersebut juga mulai hilang.
Zhana sekali lagi tidak menolak ada kuasa lain yang melindungi individu itu. Tambahan lagi menurutnya, dia dapat menyihir orang bukan Islam dengan sangat mudah kerana boleh membayangkan tepat wajah mereka sehingga mangsa dapat dipengaruhi dengan sihirnya.
Peminum alkohol mudah dipengaruhi sihir
Minuman beralkohol seperti wine, bir, wiski, vodka, dan sebagainya boleh memabukkan dan mengkhayalkan. Walaupun dari segi kesihatan, minuman alkohol berkait rapat dengan kesan buruk memberi komplikasi sirosis hati dan pankreatitis kronik, tetapi masih ramai yang meminumnya setiap hari.
Perkaitan antara peminum alkohol dan sihir dijelaskan secara terang oleh Zhana sehingga mengejutkan ramai orang. Katannya individu yang fikirannya kosong atau dibawah pengaruh alkohol paling mudah dipengaruhi oleh sihir.
Netizen berkongsi cerita serupa tentang sihir
Seorang pengguna Twitter, Siti Nurhazlinda sempat berkongsi cerita hasil pengalaman rakannya yang juga seorang bekas bomoh berkata kebanyakkan bomoh yang mahu menghantar sessuatu kepada mangsanya akan meneliti terlebih dahulu keperibadian mereka.
Jika mangsanya menjaga solat, sudah pasti peluang untuk mereka terkena sihir tersangatlah nipis.
Fyi, aku pun ada member ex-bomoh. Dia pun cakap sama. Ramai je orang solat, tpi yg betul2 khusyuk tu susah nak tembus. Sbb sblm dia attack org, dia akan hantar something yg dia bela utk observe dulu org tu alim ke tak. Then baru dia hantar sihir. Tpi dia insaf skrg. https://t.co/tsUrbuu1tZ
— Siti Nurhazlinda (@nrhzlinda) September 3, 2022
“Sepatutnya saya lumpuh tetapi sebab jaga solat, mengaji, dan amalkan 7 kali ayat kursi sebelun keluar rumah, dengan izin Allah hanya dapat kesan sihir sedikit.”
“Baca ayat kursi sebagai amalan sejak kena sihir 10 tahun lepas.”
Sesungguhnya kepentingan solat itu bukan sahaja ia sebahagian daripada iman seseorang. Malah dengan solat juga akan menjadi perisai seorang Muslim dari didatangi marabahaya atau perbuatan ilmu hitam seseorang yang dengki kepada diri kita. Semoga Allah menjauhi kita semua dari terlibat dalam amalan sihir ini atau menjadi mangsa kepada ulah dengki orang lain.
Sumber: Ayatuna Ambassador
Kisah
Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.
Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.
“Saya Cuma Jual Sedikit…”
Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.
Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.
Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.
Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.
“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.
Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.
Rayuan Yang Menjadi Tindakan
Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.
Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.
Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.
Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu
Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:
Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu
Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut
Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik
“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.
Lebih Daripada Sekadar Denda
Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.
Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.
Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah













