Dengan cara berniat.. “Ya Allah, aku berniat untuk memperbaiki hubungan denganMu ya Allah dan niat untuk melaksankan perintahMu yang wajib keatasku sesempurna, sedaya mungkin..”
Maka ulama menyatakan, barangsiapa yang berniat dengan niat ketika bangkit/bangun daripada tidur dengan niat itu, Allah سبحانه و تعالى akan buka baginya segala pintu-pintu kebaikan.
12 pintu kebaikkan akan dibukakan oleh Allah سبحانه و تعالى
Pintu Kebaikan
Pintu Keselamatan
Pintu Kesihatan
Pintu Nikmat
Pintu Keberkatan
Pintu Kekuatan
Pintu Cinta Sejati
Pintu Kasih Sayang
Pintu Rezeki
Pintu Ilmu
Pintu Keampunan
Pintu Syurga
Ulama menyatakan jika kamu bangkit dengan cara itu (niat seperti diatas) terbukalah pintu 12 itu pada kamu.
Berkata Tuan Guru Sheikh Zaini Hj Ahmad lagi.. ‘Ketika kita solat Subuh juga sebenarnya juga kita telah memohon kepada Allah سبحانه و تعالى untuk membukakan kepada kita 5 pintu..’
Maka ketika kita membaca doa qunut didalam solat Subuh kita sebenarnya telah memohon kepada Allah سبحانه و تعالى untuk membuka 5 pintu daripada 9 pintu besar iaitu (1) Pintu Hidayah, (2) Pintu Kesihatan, (3) Pintu Pemeliharaan, (4) Pintu Keberkatan, (5) Pintu Keselamatan
اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.
وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.
وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.
وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.
وَقِنِيْ شَرَّمَا قََضَيْتَ
Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari baha’ya yang telah Engkau tentukan.
dan ketahuilah pintu-pintu ini tidak dibukakan oleh Allah سبحانه و تعالى melainkan dengan sebab seseorang itu tidak bersyukur kepada Allah سبحانه و تعالى.
Allah سبحانه و تعالى tidak akan buka. Maka nak bagi Allah سبحانه و تعالى perkenan untuk buka pintu 9,10.11,12 dan segala pintu kebaikkan hanya dengan satu (1) syarat. Bangkit pagi rasa dan sebut terima kasih pada Allah (syukur kepada Allah سبحانه و تعالى ).
Kebanyakkan manusia bangkit pagi yang pertama cari harta, yang kedua bangkit cari dosa. Kata ulama siapa yang bangkit untuk cari harta, Maka tidak akan dapat sejumlah yang dia kehendaki kecuali apa yang Alllah nak bagi. Yang kedua siapa bangkit cari dosa, dia tidak beroleh apa-apa kecuali kehi’naan sepanjang masa.
Dan yang ketiga ada orang bangkit cari Allah سبحانه و تعالى . Pagi bangkit bangkit cari Allah, sebut nama Allah. Hati tergerak nak pergi masjid, hati tergerak nampak nak dengar kuliah ni.. nak ambil ilmu, mencari redha Allah
Dan lagi siapa yang bangkit mencari Allah, kata ulama, ‘siapa yang bangkit pagi mencari Allah, redha Allahسبحانه و تعالى, Allah akan beri segala-galanya, apa yang dia minta, dan apa yang tidak diminta pun akan diberikan, jadilah ia orang kaya kerana memiliki segala yang Allah akan kurniakan kepadanya.’
والله أعلمُ
Jadi bangkit (bangun) pagi niatkan untuk mencari redha Allah, luangkan masa berzikir kepada Allah, ke masjid jika boleh, (disesetengah negeri masjid masih dihadkan kehadiran jemaah diebabkan perlaksanaan PKPB) , dengar kuliah (live di facebook pun ada) luangkanlah masa sedikit mencari ilmu sebelum kita keluar mencari rezeki buat ahli keluarga.
Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang berjalan (hati rasa dekat denganNya) menuju kepada Allah سبحانه و تعالى sehingga kita dijemput bertemu denganNya. Amin ya Rabbal ‘Alamin.
Mudah-mudahan juga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)