Kisah
Patut Jadi Contoh! 9 Beradik 8 Ipar Semuanya Guru, Keluarga Cikgu Fadli Mewarisi Jiwa Pendidik Dari Arwah Ayah
Isu hangat yang melibatkan seorang guru baru-baru ini banyak menjentik hati kita sama ada masyarakat, golongan pendidik, atau kerajaan sendiri. Guru yang lantang bersuarakan isu masa depan anak bangsa itu pernah didakwa berdepan tindakan tatatertib. Sehinggalah isu ini didengari sendiri oleh Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, barulah tiga pertuduhan terhadapnya dibebaskan oleh Kementerian Pendidikan (KPM). Sejak dari itu, nama Cikgu Fadli menjadi buah mulut di media sosial. Siapa sangka keluarga Cikgu Fadli kesemuanya mempunyai darah pendidik dan merupakan seorang guru!
Siapa Cikgu Fadli viral?
Nama sebenar: Mohd Fadli bin Mohamed Salleh
Umur: 39 tahun (2022)
Tarikh lahir: 6 Julai 1983
Tempat lahir : Pasir Puteh, Kelantan
Keluarga: Anak keenam daripada sembilan orang adik-beradik
Pendidikan: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Kerjaya: Guru, penulis buku, berpengaruh di media sosial
9 beradik 8 ipar semua guru, keluarga Cikgu Fadli jadi perhatian media
Menjadi seorang guru itu biasa. Mempunyai adik-beradik seorang guru itu juga biasa. Namun mempunyai keluarga yang kesemuanya seorang guru adalah sangat luar biasa! Cikgu Fadli mempunyai 9 adik beradik dan semua adik-beradiknya memiliki kerjaya sebagai guru. Keluarga Cikgu Fadli ini diibaratkan seperti sebuah perumpamaan, “Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.”
Bermula dengan mewarisi darah seorang pendidik dari arwah ayah iaitu Allahyarham Mohamed Salleh Hussain yang juga merupakan mantan Pengarah IPGM Kota Bharu. Ayahnya adalah penerima pingat Ahli Mangku Negara dari Yang Dipertuan Agong dan pingat Sri Kelantan dari Sultan Kelantan.
Sembilan beradik yang dimaksudkan tadi itu adalah Cikgu Norhana; Cikgu Norasma; Cikgu Mohd Ariff; Cikgu Solihah; Cikgu Dr Salbiah; Cikgu Mohd Fadli; Cikgu Nur Afifah; Cikgu Ahmad dan Cikgu Siti Faizah.
“9 beradik, semuanya guru. Ada yang bergelar DR (PhD), beberapa orang ada Master, selebihnya Degree. Aku sorang ja Diploma. Anak paling nakal katakan,” selorohnya.
8 orang lagi ipar pun guru juga
Bahkan bukan setakat itu sahaja, malah 9 orang iparnya, 8 daripadanya adalah guru dan hanya seorang arkitek. Beberapa projek inovasi pendidikan peringat Antarabangsa adik-beradiknya sertai bersama telah membuahkan hasil apabila menyandang pingat Gold Medal.
Bakal pewaris generasi pendidik di keluarga besarnya ini mungkin dari 4 orang anak saudara yang meningkat dewasa dan semuanya menyambung pengajian di IPGM. Insha Allah bakal guru juga.
“Boleh buka sekolah sendiri dah ahli keluarga kami ni,” guraunya sambil bercerita.
Kisah kebanggaan keluarga ini pernah masuk di dada akbar beberapa tahun dulu. Cukup memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia. Maka tidak hairanlah sebegitu teguh tanpa gentar sedikit pun Cikgu Fadli memperjuangkan masa depan anak bangsa. Dia bukan sahaja bekerjaya sebagai seorang guru. Tetapi inilah yang dinamakan pendidik yang mahu melihat generasi muda akan datang “tumbuh” menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.
Tahniah, Cikgu Fadli!
Sumber: Cikgu Fadli Salleh
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah