Kisah
Bolehkah Manusia Hidup Tanpa Duit? Lelaki Jepun Ini Buktikan 36 Tahun Berbelanja Tanpa Guna Wang
Hidup tanpa duit? Biar betul! Tinggal dekat planet Marikh ke? Ya, kedengaran memang mustahil bagi kita manusia biasa ini. Namun ia benar-benar berlaku kepada seorang lelaki Jepun bila mana dia sendiri membuktikan dari kehidupannya yang tidak menggunakan se sen pun wang tunai selama 36 tahun untuk berbelanja. Bagaimana caranya? Jom, baca sampai habis.
Free of charge! Lelaki Jepun hidup tanpa duit buat orang terpegun
Seorang lelaki, Kiriya Hiroshi, berumur 71 tahun dari Jepun membuktikan dia meneruskan hidup tanpa duit selama ini. Menurut informasi yang diterima, dia hanya berbelanja dengan baucar terkumpul.
Semua baucar itu diterimanya dengan cara membuat pelaburan saham di ratusan syarikat sejak berusia 35 tahun. Dalam pasaran saham Jepun, ada sebuah sistem yang membolehkan pelabur menerima baucar sebagai ganjaran hasil pelaburan tersebut.
Kiriya sendiri telah mengumpul baucar yang diperolehinya untuk membeli semua keperluan hidup termasuklah beras, minyak, pakaian, kasut, basikal, atau makan di restoran.
Dompet hanya penuh dengan baucar, tak perlukan duit
Jika orang sibuk memenuhkan dompet dengan wang tunai, atau kad kredit misalnya. Dia sebaliknya memenuhkan dompet dengan baucar yang terkumpul dan diterimanya.
Bagi mengelak dia perlu mengeluarkan wang tambahan, apa yang Kiriya lakukan adalah untuk rancang segala perbelanjaannya dengan bijak agar tidak sesekali berbelanja melebihi nilai baucar yang dimiliki.
Baginya, dia lebih selesa hidup dalam keadaan sederhana dan tidak mewah seperti kebanyakkan orang lain. Malah ketika orang lain sibuk menukar model kenderaan yang lebih canggih, dia masih memilih untuk menggunakan basikal jika mhau ke mana-mana.
Kiriya juga menyewa beberapa bilik di rumahnya kepada penyewa lain untuk menambah hasil pendapatan setiap bulan sebagai satu langkah penjimatan.
Beli 3 buah rumah idaman, saham cecah RM1.2 juta
Dengan sikapnya yang bijak dalam menguruskan perbelanjaan, dan tidak mementingkan materialistik, dia kini telah berjaya membeli tiga buah rumah idaman dan sehingga kini sahamnya mencecah 300 juta Yen (kira-kira RM1.2 juta). Siapa sangka hasil dari pelaburannya di 900 buah syarikat membuahkan baucar yang lumayan setiap tahun.
Boleh ke kita hidup macam Kiriya? Fikir-fikirkanlah…
Sumber: World of Buzz
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.