Connect with us

SEMASA

Ziyad Zolkefli Cipta Sejarah Baharu di Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia 2024

Avatar of farhan nizam

Published

on

Add a heading 71

Ziyad Zolkefli Cipta Sejarah Baharu di Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia 2024

Ziyad Zolkefli

Jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, telah menghantar amaran awal kepada para pencabarnya di Sukan Paralimpik 2024 di Paris dengan menjadi juara dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun hari ini. Kejayaan ini lebih mengembirakan apabila Ziyad mencatatkan lontaran sejauh 17.43 meter di Kobe Universiade Memorial Stadium, sekali gus memperbaharui rekod Asia miliknya sendiri yang sebelum ini adalah 17.29 meter, dicatatkan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

 

Prestasi gemilang Ziyad Zolkefli bukan sahaja menegaskan statusnya sebagai juara, tetapi juga memberi inspirasi kepada atlet lain. Beliau berjaya mengenepikan cabaran sengit dari atlet Perancis, Soane Luka, yang meraih perak dengan lontaran sejauh 15.29 meter dan Jordi Patricio dari Ecuador yang membawa pulang gangsa dengan catatan 15.80 meter. Seorang lagi wakil negara, Mohamad Aliff Mohamad Awi, menamatkan permainannya di kedudukan ketujuh dengan catatan 13.48 meter.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di laman Instagramnya, Ziyad meluahkan rasa syukur dan gembira dengan pencapaiannya. “Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tiga kali pingat emas di Kejohanan Olahraga Para Dunia,” tulisnya sambil memuat naik video kemenangannya, menunjukkan betapa bermaknanya kejayaan ini buat dirinya.

Ziyad Zolkefli

Kejohanan ini yang bermula pada 17 Mei lepas akan berakhir pada Sabtu ini. Prestasi luar biasa Ziyad di Kobe pastinya memberi suntikan semangat dan motivasi kepada atlet-atlet para negara lain yang turut bertanding dalam kejohanan ini, serta mengharapkan kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan.

Ziyad Zolkefli

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.