SEMASA
Marsha Milan Teruja Bakal Mempersembahkan Budaya Sabah di Shanghai China!
Marsha Milan Teruja Bakal Mempersembahkan Budaya Sabah di Shanghai China!
Penyanyi Marsha Milan meluahkan rasa teruja kerana bakal terbang ke Shanghai, China tidak lama lagi atas undangan membuat persembahan bagi mempromosikan budaya Malaysia di sana dan menjadi lawatan pertamanya ke negara itu pada Jumaat depan. Marsha, atau nama penuhnya Marsha Milan Londoh 39, melihat peluang ini sebagai platform untuk mengetengahkan budaya etnik Sabah memandangkan Pesta Kaamatan juga bakal berlangsung tidak lama lagi.
“Alhamdulillah, saya dirisik oleh Tourism Malaysia untuk bersama mereka ke Shanghai selama dua hari bagi mempromosikan budaya Malaysia. Saya rasa sangat teruja,” kata Marsha. “Memandangkan kita bakal menyambut Pesta Menuai atau Kaamatan, lagu-lagu yang saya akan persembahkan di Shanghai adalah lagu-lagu dari negeri Sabah. Insya-Allah, saya bakal melakukan persembahan solo di sana dan akan berada di China selama empat hari,” jelasnya ketika Marsha ditemui pada sesi pelancaran muzik video ‘Hening Rindu’, lagu latar dalam drama bersiri “Aku Bukan Ustazah” di Warner Music Malaysia, Damansara.
Dalam pada itu, Marsha turut berbangga dengan persembahan rakannya Bella Astillah, yang baru-baru ini membuat persembahan di China. Beliau menyatakan bahawa sejak dahulu lagi beliau mengharapkan lebih banyak penyanyi Sabah dalam industri muzik Malaysia. Walaupun jarak Sabah jauh dari Semenanjung dan platform di sana lebih kecil, Marsha sangat seronok melihat Bella akhirnya berjaya menonjolkan dirinya dalam industri ini, bukan sahaja dalam lakonan tetapi juga nyanyian. Beliau juga berharap untuk melihat lebih ramai penyanyi Sabah mencipta nama dalam industri ini.
Untuk makluman, Marsha bakal berangkat membuat persembahan di Shanghai, China pada hujung bulan ini.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.