SEMASA
Keletah Kucing Oyen Meriahkan Kompleks gateway@klia2
Keletah Kucing Oyen Meriahkan Kompleks gateway@klia2
Kalau keletah seekor kucing ‘oyen’ (gelaran manja untuk kucing berbulu oren) pun sudah mampu menghidupkan suasana, bayangkan apabila lebih 250 kucing oyen berhimpun di satu tempat. Itulah yang terjadi semasa program The Largest Orange Cats Gathering di Kompleks gateway@klia2 baru-baru ini. Orang ramai, terutama pencinta kucing, begitu teruja menyaksikan gelagat kucing berbulu oren daripada pelbagai baka.
Antara yang paling mencuri perhatian adalah King Oyen, kucing jantan American Shorthair campuran Persian, yang segak berpakaian Baju Melayu dan bertanjak lengkap serta berkaca mata hitam yang pandai mencuit hati orang ramai dengan gayanya yang tidak kekok di hadapan kamera. “King Oyen memang kucing yang patuh, faham apa yang saya cakap, dan sangat sukakan perhatian,” kongsi pemiliknya, Sofea Salleh, 51. Nama King Oyen diberi oleh warganet setelah aksinya tular di media sosial, terutama ketika king oyen membonceng basikal. “King Oyen akan stres kalau tak dapat naik basikal. Nama asalnya Macho Kingsley, tapi kerana sifat lucunya, netizen beri gelaran Oyen,” kata Sofea. Gelagat King Oyen juga membuahkan rezeki apabila dia dilantik menjadi duta jenama makanan kucing.
Program ini turut memberi tuah kepada Hara, kucing kampung yang dinobatkan sebagai juara pertandingan Garfield Look-Alike, membawa pulang hadiah wang tunai RM500. Menurut Adam, ini adalah kali pertama dia menyertai acara sedemikian dan tidak menyangka kucing kampungnya yang berusia empat tahun mampu menewaskan lebih 200 ekor kucing oyen lain. “Niat saya hanya nak beri pendedahan dan bawa Hara jumpa kawan-kawan lain (kucing oyen lain). Pertandingan ini bagus kerana selalunya hanya libatkan baka mahal, tapi acara ini berbeza,” katanya.
Program The Largest Orange Cats Gathering dianjurkan oleh pusat beli-belah gateway@klia2 sempena ulang tahun ke-10 dan pelancaran filem The Garfield Movie yang akan ditangkan tidak lama lagi, dengan kerjasama Kelab Kucing Malaysia. Presiden kelab, Khalid Rashid, berkata program ini bertujuan memberikan pendedahan dan maklumat lanjut mengenai penjagaan kucing. “Kucing oren atau Oyen lebih istimewa kerana sering dicop nakal dan mendapat perhatian terutama di Internet. Jadi, kita cipta kelainan dari program-program sebelum ini,” katanya.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.