Kisah
“Bukan Mudah Nak Jadi Juara,” Juara Tilawah Antarabangsa Berkorban 20 Tahun Untuk Menang, Ini Rahsianya…
Perjalanan untuk bergelar seorang juara negara bukanlah mudah apatah lagi juara dunia. Pastinya ia memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit tetapi banyak, bukan kecil tetapi besar, bukan hanya dirinya seorang tetapi semua orang yang menyokong dan menjadi tulang belakang kejayaan tersebut. Inilah kisah juara tilawah antarabangsa kita, Sofizah Mousin.
Sofizah Mousin ungguli juara tilawah antarabangsa 2022 ke-62
Nama Sofizah Mousin hangat baru-baru ini setelah dia berjaya menjadi juara tilawah antarabangsa dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62 beberapa hari yang lalu. Wanita berusia 33 tahun ini memperoleh markah sebanyak 89.66 peratus. Sebelum ini dia juga merupakan johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangan Tahun 2022 mewakili negeri Selangor.
Bagi kategori lelaki pula, dimenangi oleh Mohamed Sameer Mohamed Magahed dengan markah 93.33 peratus diikuti peserta Malaysia, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan 88.83 peratus. Penilaian dibuat berdasarkan taranum, suara, tajwid, dan fasohah.
Juara masing-masing membawa pulang hadiah iaitu piala, sijil penghargaan, dan wang tunai. Majlis penyampaian hadiah tersebut telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dab Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Walau sibuk tetap bersungguh berlatih dalam kereta
Ibu kepada dua orang anak perempuan berusia empat tahun dan lima bulan ini juga sama seperti wanita-wanita lain. Dia seorang Guru Geografi di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya dan isteri yang perlu menguruskan rumah tangga. Lantaran itu, masa yang ada semasa memandu digunakan sebaik mungkin untuk berlatih dan memperbaiki mutu bacaannya.
“Biasanya saya akan berlatih pada waktu lapang terutama selepas habis waktu mengajar dan memang sejak dulu lagi sambil memandu kereta ke sekolah atau pulang ke rumah, saya akan bertaranum.
“Selain berkat bimbingan guru saya, antara rahsia terbesar kejayaan saya adalah sokongan keluarga dan suami terutama mak saya yang tidak putus-putus mendoakan serta menunaikan solat tahajud dan solat hajat untuk sampai hampir setiap hari,” katanya ketika ditemu ramah oleh wartawan Harian Metro.
Pastinya gementar apabila berdepan dengan saingan yang hebat dari seluruh dunia. Mereka yang masuk ke peringkat antarabangsa ini adalah yang terbaik mewakili negara masing-masing. Namun yang demikian, dia terus gigih membuat persediaan sungguhpun diuji denga kecederaan pada peti suaranya.
“Persediaan agak mencabar juga kerana peti suara cedera sejak Julai lalu akibat jangkitan sehingga menyukarkan persiapan saya, dan saya terpaksa mengehadkan masa latihan daripada dua jam kepada hanya 30 minit atau sejam untuk satu sesi latihan.
Doktor sudah pun menasihatinya untuk berehat tetapi dia memilih untuk tetap meneruskan latihan asbab yakin Al-Quran adalah mukjizat dan syifa terbaik bagi manusia. Alhamdulillah berkat itu perjalanannya dipermudahkan sehingga dia sembuh sepenuhnya sebelum hari penganjuran MTHQA.
Minat mendalami Al-quran berputik sejak di sekolah menengah
Sofizah Mousin sudah mula meminati dan mendalami Al-Quran ketika berada di bangku Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Inanam, Sabah pada usia 13 tahun. Dia bermula dengan mengenal asas taranum dari kelas kemahiran Al-Quran di sekolah sehinggalah berguru dengan serius di usia 19 tahun.
“Saya pernah mewakili Sabah pada tahun 2013 dan 2014, dan pada tahun 2020 rezeki berpihak kepada saya selepas muncul johan peringkat negeri Selangor, sebelum saya mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan tahun ini.
“Seterusnya, buat pertama kalinya saya berpeluang ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia dan tidak sangka bergelar johan.
“Alhamdulillah, saya anggap kejayaan ini satu rezeki dan motivasi untuk terus bertalaqqi kerana saya bercita-cita suatu hari nanti mahu membuka pusat pengajiain Al-Quran bagi berkongsi ilmu yang saya pelajari ini dengan orang lain,” ujarnya.
8 formula kejayaan Sofizah Mousin
Perkongsian formula kejayaan Sofizah Mousin ini dikongsikan sendiri oleh kakar iparnya, Nani Koraiza Yaacob di Facebook. Kakak iparnya ini adalah Content Marketing Trainer.
1- Start now! Start small tapi konsisten. Sofizah dah start dari umur dia 13 tahun. So sekarang dia dah 33 tahun. 20 tahun ambil masa untuk jadi juara antarabangsa.
2- Jangan give up. Kalah banyak kali, jatuh banyak kali tetap bangkit dan cuba lagi.
3- Jangan takut nak berguru. Cari guru yang terbaik. Sofizah berguru sampai ke Kelantan walaupun masa tu dia tinggal di Sabah.
4- Sanggup berkorban apa sahaja. Tengok dia korbankan masa untuk praktis, korbankan masa untuk mengajar dan untuk keluarga. Itu memang champion punya level.
5- Passion terhadap impian. Dah lama dia nak jadi juara antarabangsa. Dari bujang sampai kahwin sampai ada anak-anak. Dia tidak pernah lupa impian dia. Ayat dia selalu cakap, “Syoknya kalau jadi juara tilawah antarabangsa.”
6- Support. Sofizah dapat support dari family. Doa Mama yang tidak putus dan abang kaka serta ipar duai dari Sabah, Kelantan, dari guru-guru juga rakan-rakan.
7- Apa pun jadi, jalan terus! Nak cakap pasal dugaan banyak sangat.
8- Sanggup hijrah. Ni paling power. Dia sanggup hijrah dari Sabah ke Selangor demi nak rebut peluang lebih besar dan nak lebih dekat dengan guru-guru. Insha Allah.
Kisah inspirasi dari Sofizah Mousin ini memberi banyak pengajaran yang cukup berharga kepada kita. Ini menyedarkan kita bahawa usaha yang berterusan tanpa mengenal erti putus asa dan ikhlas kerana Nya pasti suatu hari nanti akan membuah hasil yang terbaik.
Sumber: Berita Harian
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.