Keluarga
Kak KM dan adik-beradik Sepakat menghadiahkan Ibu mereka Normah Damanhuri sebuah rumah di kampung halaman pelakon tersebut. “Rezeki tak putus2 sebab bahagiakan ibu”
Kak KM dan adik-beradik Sepakat menghadiahkan Ibu mereka Normah Damanhuri sebuah rumah di kampung halaman pelakon tersebut. “Rezeki tak putus2 sebab bahagiakan ibu”
Beri kejutan buat ibu
Menerusi media sosial Kak KM Baru-baru ini, dia dan adik beradik yang lain telah memberikan kejutan kepada ibu mereka dengan menghadiahkan sebuah rumah di kampung halaman pelakon tersebut. Walaupun sering dike’cam disebabkan penampilannya, namun keakraban dan kasih sayang sesama ahli keluarga harus diberikan pujian.
Usahawan kontroversi Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli bukanlah asing lagi. Dia yang juga anak kepada pelakon hebat, Normah Damanhuri sememangnya mempunyai cara marketing tersendiri untuk meraih pelanggan bagi mencuba produk jamu keluarannya.
Sepakat adik-beradik
Menerusi video yang dimuat naik, Kak KM memaklumkan yang mereka adik-beradik telah mengumpul duit hasil perniagaan jamu untuk memberikan sebuah rumah kepada ibu mereka di Perlis. Dalam video tersebut, mereka telah bergerak menuju ke utara Tanah Air itu bersama-sama sebelum menutup mata ibu mereka dengan kain bagi memberikan kejutan.
https://www.instagram.com/reel/CbKof-Euq05/?utm_source=ig_web_copy_link
Menangis lihat rumah lengkap dengan perabot semua
Sampai di lokasi rumah tersebut, mereka telah membuatkan Normah tergamam dan menangis apabila diberitahu yang kediaman yang mereka kunjungi adalah rumahnya. Difahamkan, rumah tersebut merupakan milik bapa mereka namun kini sudah sepenuhnya menjadi hak Normah dan mereka adik-beradik telah mengeluarkan duit untuk melakukan renovasi supaya lebih selesa.
Suka tengok keluarga Kak KM
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan yang dilakukan oleh Kak KM serta adik-beradik kerana memberi kebahagiaan kepada ibu tersayang.
Tolak tepi isu kontroversi yang sering terjadi, warganet mengakui kagum dengan usaha usahawan itu menggembirakan hati ibunya serta keakraban sesama ahli keluarga yang lain walaupun masing-masing sudah dewasa.
Respect cara dia layan mak
Nampak kebahagian lepas hadiahkan mak rumah
Rezeki tak pernah putus sebab bahagiakan ibu
Sumber: Instagram Lianarosli Official via ohmymedia
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah