Kisah
Dr Howard Tucker Kongsikan 5 Tips Nak Kekalkan Kualiti Minda – Siapa Beliau?

Tips Cara Nak Kekalkan Kualiti Minda – Dr Howard Tucker
Kebanyakan orang kita apabila semakin beranjak usia, bukan sahaja tubuh yang semakin lemah, malah kualiti minda pun semakin merosot. Betul tak?
Berbeza dengan seorang doktor yang berumur 101 tahun ini. Beliau adalah merupakan seorang doktor tertua di Malaysia yang berumur 101 tahun!
Waw, bayangkan dah berumur 101 tahun pun masih lagi steady capai macam-macam kejayaan. Dr Howard Tucker ada kongsikan 5 tips utama bagaimana beliau memastikan kualiti mindanya kekal terjaga walaupun semakin berusia.
Jom baca perkongsian di bawah untuk mengetahui tips kekalkan kualiti minda dari doktor yang telah berumur 101 tahun ini.
Siapa Dr Howard Tucker?
Dr Howard Tucker dilahirkan pada 10 Julai 1922. Beliau adalah seorang pakar neurologi yang berasal dari Amerika dan telah mengamalkan perubatan sejak 1947 lagi.
Untuk pengetahuan anda, beliau telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai yang doktor tertua yang masih bekerja sebagai seorang doktor (practising doctor).
Selain itu, beliau juga berjaya menjadi seorang peguam dan lulus Peperiksaan Bar Ohio pada usia 67 tahun pada tahun 1989.
Pada bulan April 2023 yang lalu, beliau telah berkongsi lima nasihat kehidupan yang penting kepada CNBC. Nasihat tersebut berkisarkan bagaimana beliau mengekalkan mindanya walaupun sudah berusia. Tips ini juga telah dikongsikan dalam buku yang ditulis oleh beliau.
BACA JUGA: Tips dan Rahsia Masak Tomyam Macam Dekat Kedai Makan
5 Tips Kekalkan Kualiti Minda
Berikut ialah perkara yang beliau amalkan untuk menjalani kehidupan yang panjang dan bahagia.
1. Kekal Aktif
Beliau masih bekerja walaupun telah berusia lebih daripada had pencen. Malah telah diiktiraf sebagai doktor pengamal tertua di dunia oleh Guinness World Records. Isteri beliau turut masih mengamalkan psikoanalisis dan psikiatri pada usia 89 tahun.
Semasa pandemik, beliau telah turun tangan dalam merawat pesakit selama lima atau enam hari seminggu. Beliau juga menjadi tenaga pengajar warga perubatan dalam tiga hari seminggu.
Apabila tidak bekerja, beliau akan meluangkan masa bersama empat anak dan 10 cucu saya, bermain kasut salji dan menonton sukan Cleveland.
Nasihat beliau, sekiranya anda mempunyai kerjaya yang boleh anda nikmati dan masih boleh bekerja, pertimbangkan untuk menangguhkan persaraan. Ramai orang yang bersara dan menjadi tidak aktif dalam rutin harian mereka menghadapi peningkatan risiko penurunan kognitif.
2. Menjaga Kesihatan
“Saya tidak membiarkan diri saya keluar dari bentuk” – Begitulah ungkapan beliau yang sentiasa memastikan kesihatan dirinya dalam keadaan tiptop.
Beliau suka berenang, berjoging, mendaki dan bermain ski sehingga beliau berusia lewat 80an untuk memastikan tubuhnya kekal dalam keadaan terbaik.
Walaupun sekarang beliau tidak lagi bermain ski dan tidak begitu aktif seperti dahulu, beliau masih melakukan aktiviti berjalan di atas treadmill.
Kajian mendapati bahawa sesuatu yang mudah seperti berjalan kaki selama 15 minit di luar boleh mengurangkan risiko kematian pramatang hampir 25%.
3. Tidak Merokok
Seperti yang kita tahu, rokok adalah antara punca kematian yang tertinggi di dunia. Dengan ilmu perubatan yang beliau miliki, beliau mempunyai kesedaran betapa bahayanya rokok untuk kesihatan.
Beliau juga menyedari bahawa dalam merawat pesakit beliau perlu menjadi contoh yang baik dan mengamalkan gaya hidup yang boleh dicontohi.
Oleh itu, jauhilah rokok untuk kekal sihat dan hidup bahagia. Merokok membawa kepada kanser, strok, penyakit arteri peripheral, penyakit arteri koronari, dan penyakit pulmonari dan kardiovaskular yang lain.
Kita semua akan mati jua, tetapi mati bagaimana yang kita mahu. Adakah mati dalam keadaan sengsara berpenyakit dan menyusahkan anak isteri/suami, atau mati dalam keadaan tenang dan bersedia.
4. Tidak Menyekat Diri
Beliau menjalani hidup dengan sederhana dan tidak ‘menyekat’ diri untuk melakukan apa yang beliau inginkan. Menurut beliau, kesederhanaan membolehkan kita menjalani kehidupan sepenuhnya.
Dengan bersikap sederhana menjalani kehidupan, ia juga dapat menghalang kita daripada melampaui batas dalam melakukan apa-apa. Ini secara tidak langsung memberi kesan yang baik kepada diri kita dalam jangka masa yang panjang.
Rahsia sebenar untuk awet muda ialah tiada rahsia. Tetapi kita hidup setiap hari dan mati sekali, jadi kita mesti memanfaatkan masa yang ada. Begitulah nasihat beliau.
5. Tidak Membiarkan Ilmu Sia-sia
Setelah mengamalkan neurologi selama lebih tujuh dekad, Dr Howard Tucker telah menyaksikan perkembangan perubatan daripada lobotomi kepada teknik pengimejan berkomputer terkini.
Beliau merasakan keseronokan dalam mengajar warga perubatan dan belajar banyak daripada pelajarnya juga.
Dr Howard Tucker juga telah menghasilkan sebuah dokumentari tentang hidup beliau yang akan ditayangkan pada masa akan datang. Baginya, Ia adalah satu kegembiraan untuk berkongsi cerita dari kerjayanya yang panjang dengan generasi akan datang.
@ahmadfaezal4 Macam mana nak kuatkan minda? Dr. Howard Tucker dah jawab. Siapa dia? Oldest doctor in the world. Dia kongsi tips cara nak kekalkan kualiti minda. #drhowardtucker #howardtucker #oldestmanalive #guinnesswolrdrecord #guinnessworldrecords2023 #guinnessworldrecordseveryone #worldrecordsonthedaily
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.