Connect with us

Resepi Viral

Tips & Rahsia Masak Tomyam Macam Dekat Kedai Makan – Memang Padu!

Published

on

tomyam

Tips Dan Rahsia Buat Tomyam Yang Paling Sedap ~ Tomyam adalah merupakan makanan kesukaan ramai. Selain mudah disiapkan, ia juga sangat sedap!

Untuk peminat tomyam, anda tidak perlu lagi bersusah payah mencari kedai makan yang menyajikan tomyam mengikut selera anda. Percayalah buat sendiri lebih mudah asalkan anda ikut tips di bawah ini. 

Tunggu apalagi, jom baca!

Tips Dan Rahsia Buat Tomyam Yang Paling Sedap

tomyam

Biasanya, apabila kita hendak masak menu tom yam dekat rumah, kita terus ambik pes to myam yang dah siap sedia dalam botol dan terus buat tom yam kan? Hah, sebab tu tak sama rasa macam dekat kedai tom yam. 

Berdasarkan satu video yang di muatnaik di Facebook (Rizal Kitchen), seorang chef kedai makan telah berkongsi tips dan rahsia buat tom yam yang sedap dan diminati ramai. 

Menurut beliau, tipsnya ialah anda perlu tumis pes tomyam pilihan anda. 

Jenama pes tom yam yang disyorkan ialah Mae Pranom brand. Pes tom yam ini jenama Thailand. Memang ramai kedai makan guna pes tom yam jenama ini. 

tomyam

Untuk menumis pes tom yam, panaskan kuali dan masukkan minyak. Pastikan anda menggunakan minyak yang baru. Jangan guna minyak yang lama, nanti pes tom yam anda berbau tengik dan tidak sedap. 

Setelah minyak panas, masukkan bawang putih yang telah dicincang halus. Setelah itu, masukkan pes tom yam yang anda beli dan tumis sehingga minyak kering. Biasanya ia mengambil masa 10 hingga ke 15 minit bergantung kuantiti pes tom yam dan minyak yang anda gunakan. 

Apabila minyak sudah kering, anda boleh sejukkan pes tom yam yang telah ditumis tersebut dan simpan di tempat yang sesuai. 

Anda boleh gunakan pes tom yam yang telah ditumis ini setiap kali hendak membuat menu tom yam.  Dijamin sedap seperti makan di kedai makan tom yam.

tomyam

Rujuk video di sini: https://fb.watch/lYU0q4MSQN/?mibextid=bvcccY

Resepi Tomyam

Dah siap tumis pes tom yam tadi, bolehlah anda teruskan masak menu tomyam kesukaan anda. Anda boleh rujuk langkah-langkah di bawah sebagai panduan. 

  1. Macam biasa, panaskan dulu sedikit minyak. Kemudian, tumis bawang holland, bawang putih dan dua batang serai yang telah dititik/diketuk hujungnya.
  2. Setelah bahan tumis tadi naik bau, masukkan air, letak daun limau purut dan lengkuas dalam ukuran 2 inci macam tu. Kalau nak tambah halia sikit pun boleh. 
  3. Seterusnya, masukkan pes tomyam yang anda telah tumis sehingga kering pada mula-mula tadi. Kalau nak rasa yang kaw-kaw, anda boleh masukkan tiga hingga 5 sudu. 
  4. Gaulkan sehingga rata. Masukkan air limau nipis untuk rasa masam-masam sikit nanti. Nak pakai air limau instant dalam botol pun boleh.
  5. Kemudian masukkan bahan utama iaitu ayam, udang atau sotong. Kacau rata. 
  6. Biarkan seketika sehingga bahan utama dah hampir masak macam tu, baru masukkan sedikit susu. Dalam dua hingga tiga sudu sahaja. Kalau nak pakai santan, pun boleh. Lebih berlemak. 
  7. Akhir sekali, anda boleh masukkan sayur pilihan anda seperti lobak, kubis bunga, cendawan, tomato dan sebagainya. Jangan lupa letakkan garam dan perasa mengikut citarasa anda. 

NOTA: Jika anda suka tom yam yang pedas, masukkan cili padi mengikut kepedasan yang diingini sewaktu memasak.

Selesai. Tom yam siap dihidangkan. Nak lebih nikmat, hidang sekali dengan telur dadar gebu. Makan dengan nasi putih panas-panas, memang padu. Selamat mencuba!

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.