Connect with us

Resepi Viral

Resepi Nak Buat Mee Sendiri Tak Ada Mesin Pun Masih Boleh Buat

Published

on

Resepi Nak Buat Mee Sendiri Tak Ada Mesin Pun Masih Boleh Buat

Bukan apa, kalau buat mee kuning ini, mudah sedikit, sebab dah tak payah susah-susah nak rendam macam bihun. Lagi pun ramai juga yang suka makan mee kuning, puas katanya.

Teringat dulu masa raya, cadangnya nak buat mee untuk tetamu, tapi bila pergi pasaraya, tak ada pula mee, semua dah habis diborong oleh orang lain, jadi melepas dah nak masak mee untuk tetamu, terkilan jugaklah.

Macam yang Pn Fahrini MarsyaLey buat ni, walaupun tak cukup barang macam mesin buat mee, pisau kan ada, kita boleh ‘improvise’ ikut apa yang ada, janji rupa dan bentuk ada, anak-anak pun lagi suka sebab air tangan ibunya sendiri.

Tengok-tengok ada ternampak orang buat mee kuning dekat page, Masak Apa Hari Ini, tak sangka boleh juga ya buat mee ni, buat sendiri je, tak ada dah lah nak risau habis mee dekat pasaraya, boleh buat sendiri.

Jom kita tengok sikit macam mana nak buatnya.

Resepi Homemade Mee Emrgency

Jadi dapat idea dari langit.. canai doh pakai kayu pencanai, potong halus-halus pakai pisau, rebus dan tadaaa siap mee goreng cik kak..licin mee goreng tu..mee ala-ala kue teaw,, sedap pula, 1 family suka.. paling best buatan sendiri.. pewarna guna kunyit je…

Mee Emrgency ni di buat kemarin, sebab nak makan sangat.. gara-gara tak ada mee langsung di rumah dan malas keluar pekan.. so tanya En Ggle la resipinya.. semua bahan ada kat dapur.. apalagi beraksi la.. walaupun benda penting tak ada. Mesin Buat Mee…

Resepi & Langkah-langkah Nak Buat Mee

Langkah-langkah

  • Gaul semua bahan, sampai jadi doh dan tak melekat di tangan
  • Potong doh jadi 4-5 bahagian
  • Canai satu-satu dan nipis
  • Potong guna pisau

Pastikan air rebusan mendidih baru masukkan mee ke dalam air.

Allhamdulillah… maaf baru sempat reply.. ini resipi buat mee yang saya dapat dari sumber ggle dan adunan ni boleh guna makan untuk hidangan 2-4 org..

  • 250 gm TEPUNG GANDUM
  • secubit GARAM
  • 1 biji TELUR AYAM
  • 50 ML AIR (tapi saya lebihkan sedikit sukatan supaya doh dapat di uli dengan baik… )
  • 1 sudu teh SERBUK KUNYIT

Rebus dalam jangka masa seminit dua, jangan terlalu lama, nanti mee jadi lembik. Angkat dan toskan cepat-cepat di bawah air paip sejuk, supaya memberhentikan mee dari masak telebih…

Buat la berulang-ulang sampai doh tadi habis. Sediakan bahan nak goreng mee tu, bawang, ayam, telur, sawi, dan apa-apa la yang cik,kak,puan nak…

Bagi yang ada mesin mee lagi senang… masuk je dalam mesin…memang cantik kejadiannya…saya tak ada mesinnya.. tu la cari idea ni..hehe… alhamdulillah menjadi…

Sedia untuk di hidangkan. Tq sahabat semua.. Alhamdulillah dapat share ilmu baru dapat kemarin…

Sumber: Fahrini MarsyaLey

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!