Connect with us

Resepi Viral

Mudah Rupanya Buat Sendiri Kuetiau. Cuma Bancuh 2 Jenis Tepung & Kukus!

Published

on

Mudah Rupanya Buat Sendiri Kuetiau. Cuma Bancuh 2 Jenis Tepung Kukus

Mudah Rupanya Buat Sendiri Kuetiau. Cuma Bancuh 2 Jenis Tepung & Kukus!

Tahukah anda? Selain beli sebenarnya boleh buat sendiri saja kuetiau ini. Homemade! Caranya pun tak susah, anda cuma bancuh dua jenis tepung iaitu tepung beras dan tepung ubi saja.

Jika anda merupakan seseorang yang suka mencuba atau seseorang yang lebih suka kepada ‘homemade’ .. jika bole semua bahan utama sesuatu menu masakkan itu anda hasilkan sendiri. Ataupun anda ada keraguan apabila membeli keutiau mentah yangs sedia. Maka resepi keutiau homemade ini mungkin salah antaranya perlu ada cuba. Tambahan lagi jika ada seorang penggemar masakan berasaskan kuetiau.

Apalagi, jom ikuti perkongisan ini..

Jika nak cuba boleh ikut perkongsian daripada Fiza Mh ini. Dah mahir, macam-macam hidangan kuetiau boleh anda buat dari kuetiau goreng, sup, kungfu, ladna dan banyak lagi.

KUETIAU HOMEMADE

Tak payah beli, buat je sendiri. Pasni nak buat char kuetiau ke, ladna ke, kungfu ke goreng mamak style ke, semua boleh. Dah jom,

ini resepinya:-

  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 cawan tepung beras
  • Sedikit minyak sayuran
  • 1 1/2 cawan air
  • Loyang untuk mengukus

TIPS :

Semasa memotong kalau pisau anda pendek boleh lipat dua lempeng kue tiau supaya senang untuk dipotong. Yang saya buat ini tebal sikit. Boleh ditambah air sedikit untuk lebih nipis.

KT 1

CARA MEMBUAT

#1. Sediakan alatan kukusan, saya guna kuali saja.

KT 2

#2. Satukan tepung beras, tepung ubi dan air. Kacau sehingga rata, jangan sampai bergentel.

KT 3

#3. Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.

#4. Tuang sesenduk adunan/ batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi adunan better dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi (guna senduk lauk pun boleh).

KT 4

#5. Kemudian kukus sehingga masak lebih kurang 7-10 minit.

#6. Biarkan sejuk kejap pastu griskan permukaan kuetiau dengan minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan (ulangi proses ini hingga adunan selesai).

KT 5

#7. Sapukan permukaan pisau dengan minyak kemudian bolehlah dipotong mengikut saiz yang diingini.

KT 6

SIAP!

KT 7 rotated 1

Sumber: Fiza MH

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.