Connect with us

Petua

Tips beli kuali yang baru , wajib kena bakar dulu kalau taknak masakan melekat !

Published

on

beli kuali baru wajib kena bakar dulu

Tips beli kuali yang baru , wajib kena bakar dulu kalau taknak masakan melekat !

Masalah makanan yang digoreng melekat pada kuali memang membuatkan kita geram. Pernah sekali tu habis hancur ikan gara-gara melekat.

Rupanya cara mengatasi kuali dari melekat ini caranya mesti dimulakan sejak awal kita beli kuali lagi. Kita kena bakar dulu kuali barulah kuali takkan melekat sampai sudah!

Tip ini dikongsi oleh Wan LuQman dan dia juga menunjukkan langkah untuk melakukannya.

beli kuali yang baru , wajib kena bakar dulu kalau taknak masakan melekat !

beli kuali

Baru-baru ini beli kuali saiz 13″ terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13″. Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni.

Apa tujuan bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga kuali akan cepat berkarat. Jadi untuk mengelakkan daripada berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna.

Salah satu lagi tujuan nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat. Jadi pengalaman memasak anda akan menjadi lebih seronok, macam enamel wok tu.

Goreng nasi sambil melambung-lambung nasi, goreng telur mata, goreng ikan memang cantik dan best.

Ade je yang dijual pre season wok. Mahal sikit lah. Proses semua makan masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada power api dapur anda. Dapur saya bukan high pressure, tapi turbo burner.

Tips bakar kuali

1. Masa baru beli kuali dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan baru beli kuali tu dia berminyak / greasy. Itu adalah minyak dari kilang. Kita kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang kita gonyoh semua.

beli kuali

2. Dah gonyoh guna span besi mesti la nampak kesan tu. Biarkan saja.

beli kuali

3. Set kan api dapur yang terkuat dan mula bakar!

beli kuali

4. Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. INGAT JANGAN LAMA SANGAT, BILA DAH START BIRU TERUS ALIH KE PERMUKAAN LAIN. KALAU LAMA SANGAT KAT TEMPAT SAMA, NANTI YANG BIRU AKAN JADI MERAH. TANDA BESI TERLALU PANAS dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru.

beli kuali

5. Bakar seluruh permukaan kuali tau. Jangan leka dan lalai pada masa ni.

beli kuali

6. Dah siap. cantik kan? Biarkan selama 10 minit.

beli kuali

7. Lepas 10 minit, kita test kuali tu . Letak minyak sikit.

beli kuali

8. Guna tisu dapur untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali.

beli kuali

9. Masa untuk cuba , Goreng lah apa pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke.. Seronok waktu ni tengok mereka berlari lara. Goreng je sampai garing atau hangus.

beli kuali

10. Bila dah garing kaw-kaw, buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.

beli kuali

11. Selepas selesai lap, biarkan sekejap dalam 3-5 minit.

beli kuali

12. Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun

beli kuali

13. Lap bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan gaul rata lagi sekali.

beli kuali

14. Bila kita gosok guna tisu sambil api menyala, kuali akan start berasap. Tutup api dan selesai !

beli kuali

Kalau nak pakai, panaskan dulu kuali, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali, baru guna. Ini dipanggil pre season.

Buat dalam 2-3 kali pre season, insya-Allah lepas tu kuali akan hitam gelap macam kat restoran tu, itulah yang kita mahu. Confirm melekat sampai sudah.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Wan LuQman

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.