Connect with us

INFO

Tips Hasil Pokok Buah Yang Manis Dan Cili Lebih Pedas Hanya Menggunakan Garam

Published

on

tips buah

Tips Hasil Pokok Buah Yang Manis Dan Cili Lebih Pedas Hanya Menggunakan Garam

Garam mempunyai banyak manfaat dalam kehidupan kita.Garam juga dapat digunakan untuk dapatkan buah yang manis dan lebat dan boleh menjadikan pokok buah dan sayur lebih elok

Garam yang digunakan ini bukan garam yang selalu kita guna dalam masakan tapi garam epsom.

Bukan itu saja, garam ini juga berguna untuk merawat pokok yang daun kekuningan, kerinting serta terkena serangga perosak. Jika nak cili yang ditanam lebih pedas juga boleh gunakan garam ini.

Tapi sebelum itu pastikan cara pengunaannya adalah betul. Boleh ikut perkongsian dari nurseri Fig Farm ini.

Buah Yang Manis

1. Hasil Buah Yang Manis

Buah Yang Manis

Tabur garam Epsom pada pokok buah-buahan, pokok kacang, sayuran. Fungsi garam ini dapat meningkatkan tahap klorofil dalam sel tumbuhan membolehkan pokok menghasilkan buah yang manis.

Cara penggunaan: Kadar siraman 1 sudu dicampur dengan 4 liter air. Siram 2 minggu sekali. Tabur 1 sudu setiap pokok 1 bulan sekali.

Bagi pokok tomato guna 2 sudu garam untuk setiap 4 liter. Siram setiap 2 minggu.

2. Menyuburkan buah pokok cili , lebih besar dan lebih pedas

Buah Yang Manis

Untuk tujuan ini pokok cili perlu diberi magnesium setiap dua minggu. Cara penggunaan untuk pokok cili taburkan 1 sudu garam Epsom untuk setiap kaki persegi 2 minggu sekali.

3.Dapat mengatasi daun kekuningan

Pokok yang tidak mendapat magnesium yang cukup boleh dikenal pasti dengan daun kuning. Ini kerana magnesium merupakan komponen penting dalam pengeluaran klorofil.

Buah Yang Manis

Cara penggunaan: Tabur/ siram lebih kurang 1 sudu besar setiap pokok sebulan sekali supaya daun hijau semula. Siraman, 1 sudu + 4 liter air. Siram 2 minggu sekali

4. Mengelakkan dari daun kerinting (pokok cili)

Tambah garam Epsom di sekeliling pangkal pokok yang sakit. Secara alternatif, untuk penyerapan yang lebih cepat boleh mencampurkan 2 sudu besar garam Epsom dalam segelen air dan siram terus kepada daun.

Cara penggunaan: 2 sudu + 4 liter air. Siram pada daun sebulan sekali.

5. Mengelakkan dari perosak tanaman

Garam epsom juga boleh elak kehadiran siput, ulat bulu dan bena, selaik cegah jentik jentik dalam bekas hidroponik.

Cara penggunaan: Tabur garam ini di pangkal pokok yang terdapat kehadiran ulat perosak.

Semoga bermanfaat.

 

 

 

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

​”Tercapai Dah Hajat Abah Mu” — Bikin Sebak, Lelaki Wafat Selepas Subuh Di Masjid Tepat Hajat Hari Jumaat

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260913 230827 0000

​”Tercapai Dah Hajat Abah Mu” — Bikin Sebak, Lelaki Wafat Selepas Subuh Di Masjid Tepat Hajat Hari Jumaat

​Orang kata, bagaimana kehidupan kita sehari-hari, begitulah kemungkinan besar pengakhiran kita nanti. Pengakhiran arwah Haji Mazri Bin Hussin bukan sahaja menyentuh hati, malah menjadi iktibar dan jentikan jiwa buat kita yang masih bernyawa.

Perbualan Di Tepi Liang Lahad

​Semasa proses penggalian liang lahad dijalankan, seorang jemaah masjid tiba-tiba datang menghampiri dan memegang bahu anak lelaki arwah.

“Tercapai dah hajat abah mu,” bisik jemaah tersebut.

​Anaknya yang terkejut lantas bertanya, “Hajat apa?”

​Rupa-rupanya, sekitar 2 hingga 3 hari sebelum pemergiannya, arwah sempat berbual mesra dengan jemaah berkenaan. Arwah ada meluahkan satu dorongan rasa di hatinya:

“Rasanya semua dah dapat kat dunia ni. Satu je lagi tak dapat… Meninggal hari Jumaat.”

​Siapa sangka, kata-kata itu menjadi kenyataan. Allah SWT memakbulkan hajat terakhirnya tepat pada hari Jumaat, jam 7.20 pagi — sejurus selepas beliau selesai menunaikan solat Subuh berjemaah dan mengikuti kuliah Subuh di masjid.

Istiqomah Memakmurkan Rumah Allah

​Keindahan pengakhiran ini bukanlah satu kebetulan. Menurut perkongsian anaknya, arwah merupakan seorang yang sangat menjaga solat.

​Seluruh ahli keluarga menjadi saksi bahawa sepanjang hayatnya, arwah tidak pernah menunaikan solat fardhu di rumah. Beliau sentiasa berulang-alik ke masjid untuk solat berjemaah, walaupun ketika dalam permusafiran. Di rumah, beliau hanya menunaikan solat-solat sunat sahaja. Malah, amalan solat sunat Isyraq selepas Subuh sentiasa dipelihara dengan istiqomah.

Rindu Yang Tiada Penghujung

“Sebulan dah abah. Tak pernah selama ini kami tak tengok kelibat abah… Ya Allah, jagakanlah abahku di sana sebagaimana Engkau menjaga kami di dunia.”

​Sungguh, pemergian seorang ayah yang soleh meninggalkan kerinduan yang mendalam, namun meninggalkan kenangan paling manis buat bekalan ahli keluarga di dunia.

​Mari kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah buat Almarhum Haji Mazri Bin Hussin. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya, dan menempatkan rohnya di dalam Syurga Firdaus bersama orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin

Kredit asal: fatinmzri

Continue Reading

INFO

Pemergian kapten zainol afiq, Ratusan hadir iringi ke liang lahad

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260913 221418 0000

PENUMPANGAN TERAKHIR KAPTEN ZAINOL AFIQ BEE SHAM: SELAMAT BEREHAT DI NEGERI ABADI

​Suasana pilu dan hiba menyelubungi pekarangan Masjid Bandar Baru Senawang petang tadi apabila jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, selamat disolatkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang (Forest Heights).

​Kehadiran sanak saudara, sahabat handai, serta ahli masyarakat setempat yang mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham dari masjid hingga ke liang lahad mencerminkan keperibadian Allahyarham yang amat disenangi ramai sepanjang hayatnya.

​Pemergian pada usia yang masih muda ini pastinya meninggalkan kenangan yang amat mendalam buat seluruh ahli keluarga dan rakan perjuangan. Semoga urusan pengebumian yang berjalan lancar ini menjadi tanda kasih sayang insan-insan di sekeliling Allahyarham.

​Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kesabaran, dan kekuatan jiwa dalam menghadapi ujian yang berat ini.

​Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham diampunkan segala dosanya, dicemburui kebaikannya, serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

​Al-Fatihah. 🤲🏻

Kredit & Sumber Informasi: Bernama Radio, Harian Metro, chefhafizzam_offshore, afeq_dds

Continue Reading

INFO

Ketibaan Jenazah Allahyarhamah Dr. Ainul Baraah di Masjid Al-Karomah, Pengkalan Chepa

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260913 155146 0000

Ketibaan Jenazah Allahyarhamah Dr. Ainul Baraah di Masjid Al-Karomah, Pengkalan Chepa

(more…)

Continue Reading

Trending