Connect with us

Keluarga

Masitah Kita cabut mata dia! Kita cabut penglihatan dia kita tengok dia masih lagi tak, boleh as positive as she is Masitah’

Published

on

Masitah Kita cabut mata dia Kita cabut penglihatan dia kita tengok dia masih lagi tak boleh as positive as she is Masitah

Kita cabut mata dia! Kita cabut penglihatan dia kita tengok dia masih lagi tak, boleh as positive as she is Masitah’

Masitah : “I wanted to prove, not to anybody else but to God that I am so thankful for whatever He gave me or whatever He takes from me, I will be Insha-Allah the best version of Masitah”

Itulah ucapan penuh dari kata-kata Masitah Mohd Afandy, 32, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif NM Aircond Sdn. Bhd. yang telah diduga menjadi seorang berkelainan upaya iaitu buta oleh kerana telah terlibat dalam kemalangan pada 21 Mac 2023 di Lebuhraya PLUS Ayer Keroh, Arah, Selatan ketika perjalanan pulang ke Johor selepas selesai memberi perkongsian orientasi bagi pelajar-pelajar di akhir semester di Kolej Komuniti Sabak Bernam.

Masitah

Akibat daripada kemalangan tersebut, Masitah atau lebih mesra dipanggil Mashy berkata kepala dibahagian sebelah kanan beliau retak dan muka disebelah kanan pecah menyebabkan rumah mata juga pecah punca penglihatannya rosak atau buta.
Disamping itu, kaki kanan beliau juga patah dan masih dalam proses pemulihan di mana perlukan masa dalam 5 bulan untuk beliau mula berjalan.

“Dan saya janji Insha-Allah diberi rezeki tidak mempunyai penglihatan tidak akan mengurangkan level of manfaat yang saya akan berikan kepada lebih ramai orang dan saya berjanji juga, Insha-Allah saya akan keep on inspiring other people sebab saya nak jadi seperti mana yang Rasulullah SAW cakap “Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat.” katanya.

Masitah

Kecacatan yang menimpa diri Masitah itu mendorong dirinya menjadi seorang yang sangat positif dan memberikan motivasi kepada orang ramai selepas rakaman diaplikasi TikToknya meraih banyak pujian baru-baru ini. Hal ini menyedarkan orang ramai agar sentiasa redha dan terus bersyukur sekaligus memberikan kekuatan kepada seseorang dalam setiap ujian yang menimpa kerana Allah sayangkan hamba-Nya dan pasti ia merupakan satu nikmat yang mana tak semua orang dapat merasainya.

Dalam perkongsian video itu, menunjukkan sikapnya seorang yang ceria dan bersemangat menceritakan perkembangan dirinya selepas dari kemalangan membuat orang ramai tertanya-tanya bagaimana beliau boleh menjadi seorang yang positif dan redha dengan ujiannya.

Mengupas dengan lebih mendalam mengenainya, Masitah mengucap rasa syukur dengan orang disekelilingnya yang memberikan impak positif dan gembira dalam dirinya membuatkan dia lebih tabah dan terus kuat menerimanya.

“Apa yang saya boleh share menjadi seorang yang buta menariknya adalah saya tidak lagi takut gelap dan apabila kita tidak nampak kita kurang judges orang dan saya berharap dan bertanya kepada Allah, Allah adakah kerana ujian penglihatan ni saya dapat masuk syurga? Kalau ye, then saya redha. Alhamdulillah” katanya.

325427826 899249457869214 6671924032628284640 n

Beliau melihat ujian ini sebagai satu lagi tahap dalam permainan yang telah disusun oleh Allah kepadanya supaya terus lebih cekal dan memberi inspirasi terhadap orang-orang yang sedang berusaha untuk terus redha dalam setiap ujian yang diberi.

Antara sumber positif beliau adalah suaminya sendiri yang mana banyak membantunya dari perspektif berbeza. Ketika baru kemalangan dan mengetahui seorang pekerjanya meninggal dunia akibat kemalangan itu beliau ada beritahu kepada suaminya bahawa Allah lebih sayangkan pekerja, Mok atau nama sebenar Muhammad Quzaimie Izzaudin bin Mahmod dan disebabkan itulah Allah ambil dia.

Namun dalam hati beliau ada terdetik, mungkin Allah tak sayangkannya itu sebab Allah tidak mengambilnya, namun belum sempat beliau merasa sedih suaminya terus menguatkan katanya memang betul Allah sayangkan Mok namun Allah sayangkan beliau dengan cara berbeza dan ia menjadi sumber positif kepada beliau sehingga hari ini.

Seterusnya adalah mentornya, Datuk Wira Dr Azizan Osman, ketika di unit rawatan rapi (ICU) mentornya ada berhubung dengan beliau dan maklumkan Allah masih ada tugas lagi nak beri kepadanya dan beliau rasakan pasti ada benda besar yang Allah akan beri pada masa akan datang.

“Benda yang paling saya rindu pun mungkin sebab kini tidak lagi dapat menatap muka suami, ibu dan juga pekerja saya. Bila rindu itu datang nak tengok muka mereka, itu sahaja yang buatkan saya sedih. Tapi selalunya muka mereka akan muncul dalam mimpi, jadi saya akan gembira balik dan dapat lepaskan rindu menatap wajah mereka,” katanya.
Walau bagaimana, perasaan sedih itu akan ada cuma Masitah tidak membuat kesedihan itu sebagai satu perkara yang boleh membuat beliau tersungkur dan terus berpanjangan. “Proses penyembuhan mengambil masa” akuinya lagi.

Lain daripada itu, beliau menasihatkan agar orang ramai jangan rasa ujian dalam kehidupan ini adalah satu pengakhiran malah ianya adalah satu permulaan dalam kehidupan kita. Dengan itu, beliau melihat perspektif ujian ini adalah gurauan di mana Allah sedang bergurau dengan orang yang dia sayang sebab itu lah dengan ujian ini dia dapat merapatkan kita dengan-Nya.

“Kalau kita sentiasa mencari hikmah atau mencipta hikmah dalam perspektif positif, Insha-Allah kita akan lebih kuat menghadapi kehidupan serta bersyukur atas segala nikmat diberikan.

“Sebab kadang-kadang apa kita rasa itu seronok namun ia bukanlah terbaik untuk kita namun yang kita tidak suka itulah sebenarnya yang terbaik,” ungkapnya lagi.

 

 

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.