Connect with us

AGAMA

Remaja 14 tahun sanggup berjalan kaki tiga jam ke masjid demi belajar islam.

Avatar of farhan nizam

Published

on

remaja

Remaja 14 tahun sanggup berjalan kaki tiga jam ke masjid demi belajar islam.

remaja

Seorang remaja berumur 14 tahun telah menjadi viral di media sosial setelah dia menceritakan kisahnya tentang berjalan kaki selama tiga jam atau setara dengan 35,000 langkah untuk mempelajari agama Islam di sebuah masjid di Michigan, Amerika Syarikat.

Remaja tersebut dikenali sebagai Ibrahim dan berasal dari Livermore California, telah dijemput ke hadapan oleh seorang ustaz sewaktu ceramah mingguan di masjid tersebut. Ketika ditanya tentang motivasinya untuk belajar Islam, Ibrahim menceritakan tentang ketertarikannya pada agama tersebut dan bagaimana dia tertarik untuk mempelajarinya di masjid setempat.

Dia menyatakan dia mula tertarik dengan Islam sewaktu membuat kajian mengenai hasanat (kebaikannya) dan ingin mempelajarinya di masjid berkenaan.Dia juga menyatakan bahwa Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan menggambarkan pemelukan agamanya tiga hari sebelum Ramadan sebagai titik permulaan perjalanannya dalam memahami agama Islam iaitu pada 19 Mac 2023.

remaja

Pengakuan Ibrahim telah menyentuh hati ramai jemaah dan ustaz yang hadir, dengan tepukan gemuruh dan laungan takbir memenuhi ruang masjid itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU