Connect with us

Keluarga

“Jangan Berkasar & Terlalu Keras Dengan Anak Lelaki,” 13 Perkara Penting Untuk Didik Anak Lelaki Sebelum Dewasa

Published

on

didik anak lelaki sebelum dewasa

“Jangan Berkasar & Terlalu Keras Dengan Anak Lelaki,” 13 Perkara Penting Untuk Didik Anak Lelaki Sebelum Dewasa

Begitu beruntung pasangan suami isteri yang dikurniakan cahaya mata lelaki dan perempuan dalam hidup. Dalam keseronokan itu akan terbit bersama rasa tanggungjawab kita untuk mendidik mereka menjadi manusia yang berguna. Didik anak lelaki sebelum dewasa dan anak perempuan, adakah sama? Bolehkah kita mempraktikkan emosi didikan zaman dulu dengan sekarang? Artikel ini akan membantu merungkaikan persoalan tersebut.

Didik anak lelaki sebelum dewasa perlukan pendekatan yang lebih menjiwa

didik anak lelaki sebelum dewasa

Sebagai mak dan ayah, kita sudah semestinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Meletakkan posisi kita sebagai insan yang bertanggungjawab mendidik mereka bukan beerti kita menghimpunkan seluruh hak kita untuk mereka realisasikan. Didik anak lelaki sebelum dewasa misalnya memang sesuatu yang mencabar. Tidak kiralah anak lelaki itu anak sulung atau anak bongsu dalam keluarga, mereka perlu diajar menjadi perlindung kepada adik-beradik perempuan yang lain.

Didik anak lelaki sebelum dewasa

Berkongsi Coach Parenting Taufiq Razif di laman akaun Facebooknya berkata, “Anak lelaki seharusnya dididik menjadi seorang yang bertanggungjawab sejak kecil. Hal ini kerana, kelak apabila mereka dewasa, mereka bakal menjadi suami, bapa, dan ketua keluarga yang akan memegang tanggungjawab lagi besar dalam hidup.

Anak lelaki perlu dididik dengan sikap melindungi adik perempuan, lemah lembut kepada adik perempuan, rajin melakukan kerja rumah, hormat pada orang tua, dan mencintai ibunya.

5 kesalahan terbesar mak ayah dalam didik anak lelaki

Kebanyakkan hari ini, mak ayah tidak perasan sama sekali yang mereka tersasar dari tujuan untuk mendidik anak menjadi manusia bukan menjadi sempurna. Apa yang penting didikan perlu melahirkan jiwa anak lelaki yang lebih kental dan kuat apabila besar kelak. Ini adalah beberapa kesalahan yang sering kita lakukan dan perlu ubah dalam mendidik anak lelaki:

1. Emosi anak lelaki lebih kuat dari anak perempuan

didik anak lelaki sebelum dewasa

Kajian menunjukkan bahawa, otak bayi lelaki lebih terkesan dengan tekanan ibunya (maternal depression) ketika di dalam rahim berbanding seorang bayi perempuan.

2. Tugas mengemas rumah dan kerja rumah tugas kedua-dua orang anak

Sama ada anak lelaki atau anak perempuan, masing-masing perlu diajar dan dilatih untuk membuat kerja-kerja rumah sejak dari kecil lagi. Anak yang diajar untuk mengemas mainannya sejak kecil, apabila besar nanti akan faham erti kebersihan dan kekemasan.

Perkara ini nampak remeh tetapi kesannya memang sungguh luar biasa. Anak lelaki bukanlah tiket untuk mereka terlepas dari melakukan tugas rumah tangga. Bila mereka rasa ini semua kerja untuk orang-orang perempuan, maka sejak kecil anak akan dibentuk sikapnya menjadi raja tanpa kita sedar.

3. Berikan anak lelaki peluang untuk tunjukkan emosinya dengan menangis

Anak perempuan menangis, kita biarkan. Bila anak lelaki menangis kita suruh berhenti dari menangis dan kesat air mata. Tindakan kita itu sebenarnya kejam kepada anak-anak yang masih kecik kerana setiap anak tidak kira lelaki atau perempuan mempunyai hak untuk meluahkan emosi mereka.

4. Elakkan letak harapan dan beban terlalu berat

Anak lelaki memang ada tugas yang besar apabila dewasa nanti. Namun perlu diingatkan, mana-mana manusia juga ada limit dalam kudratnya. Mak ayah elakkan dari letak harapam yang terlalu tinggi kepada mereka khususnya anak lelaki tunggal atau anak lelaki sulung.

5. Berkasar dan berkeras pada anak lelaki

didik anak lelaki sebelum dewasa

Wajar anak lelaki lebih aktif dan adakalanya memerlukan “playful aggression” seperti bertinju dan bergomol dengan seorang ayah. Dari aktiviti seperti itu, mereka mendapat perkembangan emosi dan otak yang baik.

Tetapi perlu ingat, kekerasan yang terlampau seperti menengking, menjerkah, dan mendisiplinkan anak dengan cara yang terlalu keras tidak akan sesekali membentuknya menjadi seorang yang manusia yang berguna. Sebaliknya, ia akan menyebabkan anak trauma dan menganggu kehidupannya apabila dewasa kelak.

Perkara-perkara yang anak lelaki selalu sembunyikan dari mak ayah

Mak ayah tidak akan terlepas dari rasa ego ketika mendidik anak-anak. Kadang-kadang keegoan kita sendiri telah memamah rasa kasih sayang pada anak tanpa kita sedar. Anak mungkin orang pertama yang perasan akan keadaan itu. Tidak seperti anak perempuan yang gemar meluahkan emosi mereka kepada orang lain, anak lelaki sebenarnya sering memendam rasa dan perasaan dalam diam.

didik anak lelaki sebelum dewasa

1. Anak lelaki terlalu ingin menjadi seperti ayahnya. Lebih-lebih lagi jika dia nampak kredibiliti ayahnya seorang insan bertanggungjawab dan ada prinsip hidup yang tegas.

2. Anak lelaki ingin memiliki pasangan seperti ibunya. Lebih-lebih lagi ibunya jenis yang penyayang dan pandai buatkan jiwa dia rasa terpenuhi.

3. Anak lelaki ingin menjadi seorang pemberani. Hal ini kerana, secara fitrahnya anak lelaki adalah ‘Qawwam’ iaitu perlindung dan penaung terutamanya kepada adik beradik perempuannya sendiri.

4. Anak lelaki ingin memiliki mentor yang dia boleh contohi dan ikut. Kelak suatu hari nanti dia tahu dia akan berjuang untuk hidupnya sendiri dan mentor tersebut boleh menjadi tempat rujuk dan sebagai sumber inspirasi.

5. Anak lelaki terlalu inginkan keyakinan diri yang tinggi kerana suatu hari nanti dia perlu galas tanggungjawab yang besar sebagai ketua keluarga dan rumah tangga.

6. Anak lelaki ingin banggakan mak ayah khususnya seorang ayah. Percayalah, perkataan yang sering dia idam-idamkan dari bibir si ayah adalah, “Ayah bangga dengan kamu nak.”

7. Anak lelaki tidak mahu dibanding-bandingkan dengan anak-anak yang lain. Harga dirinya boleh terjejas dan menyebabkan dia menjadi inferior di hadapan adik beradiknya yang lain.

Anak-anak bukan sahaja hadiah dan rezeki dari Allah SWT tetapi ia juga amanah yang perlu kita pikul. Diharapkan mak ayah yang sedang berusaha mendidik anak-anak pada hari ini dikurniakan kekuatan, kesabaran, dan keikhlasan yang tidak berbelah bahagi.

Sumber: Facebook Taufiq Razif

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Keluarga

Cara Merangsang Percakapan Bayi Sejak Lahir: Panduan Lengkap Mengikut Tahap Umur

Published

on

Cara Merangsang Percakapan Bayi Sejak Lahir: Panduan Lengkap Mengikut Tahap Umur

Cara Merangsang Percakapan Bayi Sejak Lahir: Panduan Lengkap Mengikut Tahap Umur

Masih ramai ibu bapa beranggapan bahawa anak akan bercakap sendiri apabila tiba masanya. Ada juga yang berpegang pada prinsip, “Saya tak pernah ajar bunyi binatang, bila nampak kucing saya sebut ‘kucing’, bukan ‘meow’.” Kedengaran yakin, tetapi hakikatnya perkembangan bahasa kanak-kanak tidak berlaku secara lompat terus, sebaliknya melalui beberapa tahap penting yang perlu dirangsang dengan betul sejak lahir.

Sama seperti perkembangan motor kasar — bermula dengan meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan barulah berjalan — kemahiran bahasa juga mempunyai fasa-fasanya sendiri. Jika anak terus diajar perkataan yang terlalu kompleks, ia boleh menyukarkan proses pembelajaran, terutamanya bagi anak yang mengalami speech delay. Ibarat kanak-kanak berusia 7 tahun dipaksa belajar subjek darjah 6, hasilnya bukan lebih cepat pandai, tetapi lebih keliru.

Berikut ialah panduan merangsang percakapan bayi bawah setahun, dibahagikan mengikut tahap umur.


Tahap 1 Cara Merangsang Percakapan Bayi: Umur 0 hingga 3 Bulan

Asas komunikasi bermula di sini

Pada peringkat ini, bayi belum bercakap, tetapi sedang membina asas komunikasi melalui bunyi dan reaksi.

Ciri perkembangan normal:

  • Senyum sebagai tindak balas

  • Mengeluarkan bunyi seperti “aaa” dan “eee”

  • Senyap atau senyum apabila diajak bercakap

  • Mengenali suara ibu dan ayah

  • Tangisan berbeza mengikut keperluan

Tips rangsangan:

  • Berbual dengan jarak dekat dan pandang mata bayi

  • Belai dan urut bayi dengan kerap, terutamanya selepas mandi

  • Usap dan sikat rambut sambil menyusu

  • Gunakan mainan berbunyi untuk merangsang perhatian

  • Untuk bayi menyusu badan, biarkan seketika bayi merengek sebelum menyusu supaya dia belajar konsep komunikasi

  • Kerap menyanyi dengan membuka mulut besar-besar, tanpa perlu malu

Cara Merangsang Percakapan Bayi


Tahap 2 Cara Merangsang Percakapan Bayi: Umur 3 hingga 6 Bulan

Bayi mula “bersembang” dengan caranya sendiri

Di sinilah bayi mula berinteraksi lebih aktif menggunakan bunyi dan ekspresi.

Ciri perkembangan normal:

  • Ketawa dengan bunyi

  • “Berbual” menggunakan bahasa bayi atau bahasa “alien”

  • Menunjukkan reaksi suka atau tidak suka melalui suara

  • Memandang ke arah bunyi

  • Mengenali mainan berbunyi

  • Fokus kepada muzik

Tips rangsangan:

  • Kerap ketawa dan berbual bersama bayi

  • Apabila bayi “bercakap”, angguk dan beri respon seolah-olah memahami

  • Latih konsep giliran bercakap (turn-taking)

  • Panggil nama bayi dari arah berbeza

  • Tunjuk objek atau binatang sambil sebut namanya

  • Menyanyi sambil tepuk tangan untuk gabung bunyi dan pergerakan

Baca lagi : Bayi yang berada dalam posisi songsang terpaksa dilahirkan secara normal, namun tragisnya, kepala bayi ‘tercicir’ dalam rahim ibunya – Majalah Ilmu


Tahap 3: Umur 6 hingga 12 Bulan

Dari bunyi ke perkataan pertama

Inilah fasa kritikal sebelum bayi mula menyebut perkataan bermakna.

Ciri perkembangan normal:

  • Meniru bunyi

  • Menyebut “bababa”, “mamama” (belum spesifik)

  • Faham arahan mudah seperti “datang sini”

  • Mengenali objek biasa seperti botol susu

  • Bergerak ke arah bunyi

  • Menggabungkan vokal dan konsonan

  • Menyebut perkataan pertama seperti “mama”, “bye-bye” atau “hai”

Tips Cara Merangsang Percakapan Bayi:

  • Pastikan anak melihat pergerakan mulut ketika bercakap

  • Ulang perkataan berkali-kali dengan jelas dan perlahan

  • Panjangkan sebutan suku kata

  • Ajar minum guna straw seawal 6 bulan untuk kekuatan otot mulut

  • Ajar “flying kiss” bersama gerakan mulut dan tangan

  • Bersihkan mulut bayi secara berkala

  • Gunakan pergerakan badan ketika memberi arahan

  • Ikut sama bunyi bayi sebagai tanda kita mendengar

  • Beri tepukan dan senyuman setiap kali bayi mencuba

  • Ajar bunyi binatang bersama nama, contohnya “Ini kucing, bunyi kucing ‘meow’”

  • Elakkan bercakap pelat dengan anak

  • Banyakkan pendedahan deria rasa melalui makanan berkhasiat


Faktor Paling Penting Cara Merangsang Percakapan Bayi : Elakkan Gangguan Gadget & Televisyen

Satu kesilapan besar yang sering berlaku ialah menganggap TV atau gadget tidak memberi kesan jika anak “tidak menonton”. Hakikatnya, bunyi latar belakang juga merupakan gangguan kepada perkembangan bahasa bayi.

Kajian terhadap lebih 900 bayi berusia 6 bulan hingga 2 tahun mendapati:

  • Setiap 30 minit pendedahan kepada gadget meningkatkan 49% risiko lewat bercakap

  • Bunyi latar mengganggu keupayaan bayi menapis bunyi penting (auditory filtering)

  • Bayi menjadi sukar fokus kepada suara manusia

Sebab itu, walaupun ibu bapa kerap bercakap dengan anak, kehadiran bunyi TV tetap menjejaskan keberkesanan rangsangan.

Untitled design 7


Bila Perlu Risau & Dapatkan Bantuan?

Perkembangan bahasa melibatkan 7 komponen sensori yang saling berkait. Jika salah satu terlebih atau terkurang, anak boleh mengalami kecelaruan sensori, yang sering berlaku pada kanak-kanak lewat bercakap.

Oleh itu, Cara Merangsang Percakapan Bayi, ibu bapa disarankan:

  • Mendapatkan penilaian daripada Occupational Therapist (OT)

  • Melakukan intervensi awal untuk hasil yang lebih berkesan

Baca lagi : Bayi Perempuan Yang Baru Lahir Ditemui Hidup-hidup Di Dalam Hutan Oleh Orang Kampung, Dipercayai Sudah Dua Hari Berada Di Hutan Itu, Tidak Berbaju Dan Hanya Dibaluti Dengan Daun Pisang – Majalah Ilmu


Kesimpulan Cara Merangsang Percakapan Bayi

Cara Merangsang Percakapan Bayi bukan soal cepat atau lambat, tetapi ikut tahap dan konsisten. Kurangkan gangguan, banyakkan interaksi bersemuka, dan jadikan komunikasi sebagai aktiviti harian yang menyeronokkan.

Semoga perkongsian ini membantu ibu bapa memahami bahawa percakapan bermula sejak lahir, bukan bila anak mula menyebut perkataan pertama.

Sumber: Maryam Jamadi
Occupational Therapist / Terapis Carakerja

Continue Reading

Keluarga

“Dah la Pandai Hafal Quran, Fasih Cakap Jepun Pula” Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM

Published

on

Dah la Pandai Hafal Quran Fasih Cakap Jepun Pula Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM

“Dah la Pandai Hafal Quran, Fasih Cakap Jepun Pula” Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM

Nama seorang pelajar bernama Aina Afiqah binti Sahipol Nizam tiba-tiba jadi perhatian ramai sejak beberapa hari lalu. Bukan setakat kerana dia meraih keputusan 10A dalam SPM 2024, tapi kisah latar belakangnya yang cukup luar biasa buat ramai rasa kagum dan tersentuh.

Di sebalik wajah manis Aina, tersimpan kisah disiplin dan perjuangan yang tidak ramai tahu. Aina bukan saja cemerlang dalam akademik, malah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran, selain dinobatkan sebagai Tokoh Sahsiah Terpuji Banat 2024 di institusi pengajiannya, MATIS Madinatul Huffaz.

Namun apa yang lebih mengejutkan, Aina juga mampu bertutur fasih dalam bahasa Jepun.

 Aina Afiqah

Kacukan Malaysia-Jepun, tapi dididik dengan nilai Islam sejak kecil

Aina merupakan anak kacukan Malaysia dan Jepun. Ibunya berasal dari Jepun manakala ayahnya rakyat Malaysia. Sejak kecil, dia dibesarkan dalam suasana yang penuh disiplin dan nilai agama. Bahasa Jepun menjadi bahasa harian di rumah, membuatkan Aina membesar dengan tiga bahasa — Melayu, Inggeris dan Jepun.

Di sebalik latar belakang antarabangsa itu, kedua ibu bapa Aina tetap menitikberatkan pendidikan agama dan akhlak. Maka tak hairanlah bila Aina berjaya menjadi hafizah dalam usia muda.

komen ffgg

@tahfizmadinatulhuffaz 10A ✅ Hafizah ✅ Tokoh Sahsiah ✅ Cakap Jepun ✅ Macam checklist superhero 🤭 Siapa kata pelajar tahfiz tak boleh all-rounder? #MadinatulHuffaz #maahadtahfizgombak #maahadtahfizkl #fasttrackspm #spm2024 ♬ original sound – MATIS Madinatul Huffaz

Bapa gembira ketika dapat tahu keputusan SPM

Sebuah video yang dimuat naik oleh pihak sekolah menampakkan detik penuh emosi apabila bapa Aina dilihat memberi ucapan dalam bahasa jepun  tanda syukur sambil tersenyum bergurau dgn anaknya. Ramai yang menyifatkan momen itu sebagai detik paling menyentuh hati sepanjang video tular berkenaan.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan kata-kata semangat buat Aina dan keluarganya.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah apabila ramai mengakui tidak menyangka seorang pelajar tahfiz mampu mendapat keputusan akademik secemerlang itu.

Netizen teruja Aina boleh bercakap Jepun

Dalam satu lagi video lain yang turut tular, Aina dilihat bercakap dalam bahasa Jepun dengan lancar dan yakin. Ramai yang terkejut dan menyangka dia merupakan pelajar dari Jepun.

Namun apabila didengar betul-betul, ada yang berseloroh mengatakan sebutan Jepun Aina ada sedikit loghat Kelantan. Lucu tetapi mencairkan hati netizen yang terus menyokong gadis ini untuk terus ke hadapan.

 Aina Afiqah

Bukan biasa-biasa, tapi inspirasi generasi muda

Dalam dunia yang penuh cabaran hari ini, kisah seperti Aina Afiqah membawa sinar harapan buat ibu bapa, guru-guru dan masyarakat. Dia membuktikan bahawa pelajar tahfiz bukan hanya hebat dalam agama, tetapi juga mampu mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik dan bahasa.

Ramai yang berharap Aina terus menggunakan kelebihan yang ada untuk berdakwah di peringkat antarabangsa, terutamanya kepada masyarakat Jepun yang semakin terbuka terhadap Islam.

@yayasanannabawi Replying to @AsyrafPais ini kisah dia. Patut lancar je bahasa jepun dia kan 😂. Semoga kisah adik afiqah boleh beri inspirasi kepada semua. #yayasanannabawi #matanshahalam #japanesegirl #inspirasiramadan ♬ Aesthetic – Tollan Kim

Siapa sebenarnya Aina Afiqah?

  • Pelajar lepasan SPM 2024 dengan keputusan 10A

  • Hafizah 30 juzuk al-Quran

  • Tokoh Sahsiah Terpuji Banat 2024

  • Fasih dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun

  • Berasal dari keluarga kacukan Malaysia-Jepun

Kejayaan Aina Afiqah bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi simbol bahawa gabungan ilmu dunia dan akhirat boleh melahirkan generasi muda luar biasa. Ia juga menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain bahawa segala impian boleh dicapai dengan disiplin, usaha dan doa yang berterusan.

Semoga kisah ini membuka mata lebih ramai pihak tentang potensi anak-anak Malaysia hari ini. Tak mustahil satu hari nanti Aina akan jadi suara penting yang membawa nama Islam dan negara ke persada dunia.

Sumber: MATIS Madinatul HuffazSumber:  

Continue Reading

Keluarga

Anak Rita Rudaini mencapai keputusan cemerlang dengan straight A sebagai hadiah ulang tahun untuk ibunya.

Published

on

rita rudaini anak sulung al quran 750x441 1

Anak Rita Rudaini mencapai keputusan cemerlang dengan straight A sebagai hadiah ulang tahun untuk ibunya.

rita rudaini

Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Dalam entri Instagram, Rita berterima kasih kepada Allah kerana Ryan berjaya kekal dalam Top 10 batch student, kali ini di MRSM Sungai Besar.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 batch student lagi, tapi kali ni dekat MRSM Sungai Besar pula. Tahniah, ibu akan pastikan anak-anak ibu cemerlang dalam akhlak dan pendidikan. Doa ibu selalu bersama anak-anak,” tulisnya.

rita rudaini

Pencapaian Ryan turut mendapat perhatian rakan-rakan artis yang mengucapkan tahniah kepada Rita dan Ryan. Rita, yang sebelum ini berkahwin dengan bintang bola kebangsaan, Aidil Zafuan pada 2008, kini fokus untuk memastikan anak-anaknya cemerlang dalam segala aspek kehidupan.

Continue Reading

Trending