Connect with us

Keluarga

Bahaya, Jangan Letakkan Semua Kerja Rumah Di Bahu Isteri ! Perlu Saling Bertolak-Ansur. Urus Rumah Tanggungjawab Suami Juga

Published

on

urus rumah tanggungjawab suami

Bahaya, Jangan Letakkan Semua Kerja Rumah Di Bahu Isteri ! Perlu Saling Bertolak-Ansur. Urus Rumah Tanggungjawab Suami Juga

Suami kerja, isteri pula uruskan rumah tangga dan anak-anak. Suami kerja, isteri kerja dalam masa yang sama uruskan rumah tangga dan anak-anak. Dua skenario ini menggambarkan perubahan yang tidak ketara bagi seorang suami tetapi jauh membezakan dengan isteri. Adakah urus rumah tanggungjawab suami juga atau suami sekadar bantu untuk meringankan bebanan seorang isteri di rumah? Ikuti perkongsian ini sehingga penghujungnya.

Isteri tertekan di rumah. Jangan lupa, urus rumah tanggungjawab suami bersama

urus rumah tanggungjawab suami

Kunci dalam melayari bahtera rumah tangga adalah dengan sikap saling bertolak-ansur dan bantu-membantu lebih-lebih lagi yang sudah mempunyai anak. Berkongsi tulisan dari Zaim Zin di laman akaun Facebooknya berkata sesuatu yang cukup membuatkan hati kita tersentak.

Abang, jom keluar jalan-jalan. Stress la,” ucap isteri saya sejurus sahaja saya balik kerja.

Memang banyak berlaku dan banyak kali juga saya terfikir, orang duduk rumah pun boleh stress ke? Buat kerja rumah dan jaga anak-anak pun boleh stress? Macam pelik je bunyinya. Bagi saya keluar rumah dan bergelut dengan urusan di luar lagi tertekan. Tapi saya ikutkan sahaja kemahuan isteri. 

Saya bawa isteri pusing-pusing naik kereta. Kadang kala singgah pasaraya walaupun tak beli apa-apa pun tapi isteri tetap gembira. 

“Terima kasih abang, sebab bawa jalan-jalan,” ucap isteri saya setiap kali dapat keluar berjalan.

Yakinlah dengan kata-kata ini, “Emosi perempuan ibarat seperti belon kecil, tak akan mampu menampung banyak tekanan. Kelak ia akan meletus juga. Ini yang membezakan kaum Hawa dan kaum Adam.”

Tidak dinafikan dulu isteri saya lemah lembut tetapi sejak ada anak memang cepat “melenting” atau naik angin. Bila saya pegang telifon, tiba-tiba isteri serang mengejut macam nak meletup. Kadang-kadang terfikir mana pergi sifat lemah lembut dan manja isteri.

urus rumah tanggungjawab suami

Perkara seperti ini memang sering berlaku dalam rumah, tetapi hampir 60% lelaki tidak sensitif dalam memahami apa kehendak isteri. Memang sebagai seorang suami, kita sukar faham isteri. Hakikat, penat suami bekerja dan penat isteri menguruskan rumah tidak sama.

Anak menangis mahukan susu, anak yang lain bergaduh terjerit-jerit, lagi seorang mendesak mahukan perhatian, ketika itu rumah memang macam tongkang pecah. Belum lagi masuk hal-hal urus rumah seperti masak, kemas rumah, basuh baju, dan masalah di tempat kerja (bagi isteri yang bekerjaya).

Dalam tidak sedar, isteri didesak mental, fizikal, dan emosi dalam masa yang serentak. Jadi wajar dengan siapa lagi isteri ingin mengadu penat lelahnya, jika tidak dengan suami?

Nasihat untuk para suami budiman, urus rumah tanggungjawab suami

Isteri adalah amanah dan tanggungjawab buat semua lelaki yang bergelar suami. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptaka untukmu pasangan-pasanganmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung  dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kaum yang berfikir.” – (Surah Al-Rum, ayat 21)

1. Jadi pendengar setia bukan pengkritik

urus rumah tanggungjawab suami

Isteri suka bercakap dan meluahkan apa yang dia rasa kepada suami. Sesetengah suami mungkin rasa isteri sedang “membebel”. Istilah itulah sebenarnya yang menunjukkan isteri sedang bercerita.

Sebagai suami kita perlu jadi pendengar setia, pandang mukanya ketika berbicara, dan peluk untuk menteteramkan jiwa. Tunjukkan yang kita prihatin dan sentiasa dibelakangnya. Memang sukar untuk kita faham kehendak isteri, tetapi cubalah jadi suami yang ingin belajar untuk mengembirakan isteri.

Isteri rasa dihargai bukan dari kemewahan harta-benda tetapi dari sentuhan kasih sayang dan keprihatinan kita sendiri. Jangan sesekali memandang sinis kepada pekerjaan isteri sebagai suri rumah tangga apatah lagi merendah-rendahkan perasaanya. Jangan pelik nanti kalau isteri pandai melawan.

2. Turunkan ego

Kecil atau besar ego, ia tetap ada dalam diri suami. Ego yang tidak mampu ditangani dengan baik bakal mengundang konflik yang berpanjang dalam perhubungan. Cara yang terbaik adalah pasangan perlu kenal ego antara satu sama lain dan tentukan siapa yang lebih dominan. Apabila sudah mengenal ego pasangan, usah berikan mereka tekanan. Berilah mengikut kemahuan dan kehendaknya.

3. Sedar urus rumah tanggungjawab suami

urus rumah tanggungjawab suami

Sebenarnya tiada istilah suami tolong isteri buat kerja rumah. Jika kita menggunakan frasa itu, bermakna kita meletakkan tanggungjawab mengurus rumah tangga dan anak-anak atas bahu isteri seorang.

Jika diikutkan urus rumah tanggungjawab suami juga kerana kita duduk dalam satu rumah. Kita masak sebab hendak makan. Kita basuh baju dan pinggan sebab selesai digunakan. Hakikat,  rumah dan  anak itu kepunyaan kita. Jadi ringankanlah tulang untuk menguruskan.

4. Faham kerja isteri tidak kira waktu

urus rumah tanggungjawab suami

Suami pergi kerja dari 8 pagi sampai 5 petang sama dengan waktu pejabat. Suami hendak pergi kerja, isteri perlu siapkan sarapan dan hantar anak sekolah. Suami sudah pergi kerja, isteri pula uruskan rumah tangga, ambil anak sekolah dan masak. Suami pulang kerja, isteri masih uruskan anak. Suami hendak tidur, isteri perlu tidurkan anak dan menyusukannya.

Jadi jelas kerja isteri tidak kira waktu dan dia bukannya robot yang mampu buat semua perkara sekaligus. Sejak isteri mengandungkan anak pertama sehingga hari ini, isteri memang kurang rehat.

Para suami dan isteri sekalian, uruskan rumah tangga bersama-sama. Jaga hati pasangan dan bincang dengan penuh berhikmah. Tukar kesilapan dengan perubahan ke arah yang positif. Suami isteri sudah tentu ada kekurangan, kerana mereka juga masing-masing adalah pelengkapnya.

Sumber: Facebook Zaim Zin

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Keluarga

Cara Merangsang Percakapan Bayi Sejak Lahir: Panduan Lengkap Mengikut Tahap Umur

Published

on

Cara Merangsang Percakapan Bayi Sejak Lahir: Panduan Lengkap Mengikut Tahap Umur

Cara Merangsang Percakapan Bayi Sejak Lahir: Panduan Lengkap Mengikut Tahap Umur

Masih ramai ibu bapa beranggapan bahawa anak akan bercakap sendiri apabila tiba masanya. Ada juga yang berpegang pada prinsip, “Saya tak pernah ajar bunyi binatang, bila nampak kucing saya sebut ‘kucing’, bukan ‘meow’.” Kedengaran yakin, tetapi hakikatnya perkembangan bahasa kanak-kanak tidak berlaku secara lompat terus, sebaliknya melalui beberapa tahap penting yang perlu dirangsang dengan betul sejak lahir.

Sama seperti perkembangan motor kasar — bermula dengan meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan barulah berjalan — kemahiran bahasa juga mempunyai fasa-fasanya sendiri. Jika anak terus diajar perkataan yang terlalu kompleks, ia boleh menyukarkan proses pembelajaran, terutamanya bagi anak yang mengalami speech delay. Ibarat kanak-kanak berusia 7 tahun dipaksa belajar subjek darjah 6, hasilnya bukan lebih cepat pandai, tetapi lebih keliru.

Berikut ialah panduan merangsang percakapan bayi bawah setahun, dibahagikan mengikut tahap umur.


Tahap 1 Cara Merangsang Percakapan Bayi: Umur 0 hingga 3 Bulan

Asas komunikasi bermula di sini

Pada peringkat ini, bayi belum bercakap, tetapi sedang membina asas komunikasi melalui bunyi dan reaksi.

Ciri perkembangan normal:

  • Senyum sebagai tindak balas

  • Mengeluarkan bunyi seperti “aaa” dan “eee”

  • Senyap atau senyum apabila diajak bercakap

  • Mengenali suara ibu dan ayah

  • Tangisan berbeza mengikut keperluan

Tips rangsangan:

  • Berbual dengan jarak dekat dan pandang mata bayi

  • Belai dan urut bayi dengan kerap, terutamanya selepas mandi

  • Usap dan sikat rambut sambil menyusu

  • Gunakan mainan berbunyi untuk merangsang perhatian

  • Untuk bayi menyusu badan, biarkan seketika bayi merengek sebelum menyusu supaya dia belajar konsep komunikasi

  • Kerap menyanyi dengan membuka mulut besar-besar, tanpa perlu malu

Cara Merangsang Percakapan Bayi


Tahap 2 Cara Merangsang Percakapan Bayi: Umur 3 hingga 6 Bulan

Bayi mula “bersembang” dengan caranya sendiri

Di sinilah bayi mula berinteraksi lebih aktif menggunakan bunyi dan ekspresi.

Ciri perkembangan normal:

  • Ketawa dengan bunyi

  • “Berbual” menggunakan bahasa bayi atau bahasa “alien”

  • Menunjukkan reaksi suka atau tidak suka melalui suara

  • Memandang ke arah bunyi

  • Mengenali mainan berbunyi

  • Fokus kepada muzik

Tips rangsangan:

  • Kerap ketawa dan berbual bersama bayi

  • Apabila bayi “bercakap”, angguk dan beri respon seolah-olah memahami

  • Latih konsep giliran bercakap (turn-taking)

  • Panggil nama bayi dari arah berbeza

  • Tunjuk objek atau binatang sambil sebut namanya

  • Menyanyi sambil tepuk tangan untuk gabung bunyi dan pergerakan

Baca lagi : Bayi yang berada dalam posisi songsang terpaksa dilahirkan secara normal, namun tragisnya, kepala bayi ‘tercicir’ dalam rahim ibunya – Majalah Ilmu


Tahap 3: Umur 6 hingga 12 Bulan

Dari bunyi ke perkataan pertama

Inilah fasa kritikal sebelum bayi mula menyebut perkataan bermakna.

Ciri perkembangan normal:

  • Meniru bunyi

  • Menyebut “bababa”, “mamama” (belum spesifik)

  • Faham arahan mudah seperti “datang sini”

  • Mengenali objek biasa seperti botol susu

  • Bergerak ke arah bunyi

  • Menggabungkan vokal dan konsonan

  • Menyebut perkataan pertama seperti “mama”, “bye-bye” atau “hai”

Tips Cara Merangsang Percakapan Bayi:

  • Pastikan anak melihat pergerakan mulut ketika bercakap

  • Ulang perkataan berkali-kali dengan jelas dan perlahan

  • Panjangkan sebutan suku kata

  • Ajar minum guna straw seawal 6 bulan untuk kekuatan otot mulut

  • Ajar “flying kiss” bersama gerakan mulut dan tangan

  • Bersihkan mulut bayi secara berkala

  • Gunakan pergerakan badan ketika memberi arahan

  • Ikut sama bunyi bayi sebagai tanda kita mendengar

  • Beri tepukan dan senyuman setiap kali bayi mencuba

  • Ajar bunyi binatang bersama nama, contohnya “Ini kucing, bunyi kucing ‘meow’”

  • Elakkan bercakap pelat dengan anak

  • Banyakkan pendedahan deria rasa melalui makanan berkhasiat


Faktor Paling Penting Cara Merangsang Percakapan Bayi : Elakkan Gangguan Gadget & Televisyen

Satu kesilapan besar yang sering berlaku ialah menganggap TV atau gadget tidak memberi kesan jika anak “tidak menonton”. Hakikatnya, bunyi latar belakang juga merupakan gangguan kepada perkembangan bahasa bayi.

Kajian terhadap lebih 900 bayi berusia 6 bulan hingga 2 tahun mendapati:

  • Setiap 30 minit pendedahan kepada gadget meningkatkan 49% risiko lewat bercakap

  • Bunyi latar mengganggu keupayaan bayi menapis bunyi penting (auditory filtering)

  • Bayi menjadi sukar fokus kepada suara manusia

Sebab itu, walaupun ibu bapa kerap bercakap dengan anak, kehadiran bunyi TV tetap menjejaskan keberkesanan rangsangan.

Untitled design 7


Bila Perlu Risau & Dapatkan Bantuan?

Perkembangan bahasa melibatkan 7 komponen sensori yang saling berkait. Jika salah satu terlebih atau terkurang, anak boleh mengalami kecelaruan sensori, yang sering berlaku pada kanak-kanak lewat bercakap.

Oleh itu, Cara Merangsang Percakapan Bayi, ibu bapa disarankan:

  • Mendapatkan penilaian daripada Occupational Therapist (OT)

  • Melakukan intervensi awal untuk hasil yang lebih berkesan

Baca lagi : Bayi Perempuan Yang Baru Lahir Ditemui Hidup-hidup Di Dalam Hutan Oleh Orang Kampung, Dipercayai Sudah Dua Hari Berada Di Hutan Itu, Tidak Berbaju Dan Hanya Dibaluti Dengan Daun Pisang – Majalah Ilmu


Kesimpulan Cara Merangsang Percakapan Bayi

Cara Merangsang Percakapan Bayi bukan soal cepat atau lambat, tetapi ikut tahap dan konsisten. Kurangkan gangguan, banyakkan interaksi bersemuka, dan jadikan komunikasi sebagai aktiviti harian yang menyeronokkan.

Semoga perkongsian ini membantu ibu bapa memahami bahawa percakapan bermula sejak lahir, bukan bila anak mula menyebut perkataan pertama.

Sumber: Maryam Jamadi
Occupational Therapist / Terapis Carakerja

Continue Reading

Keluarga

“Dah la Pandai Hafal Quran, Fasih Cakap Jepun Pula” Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM

Published

on

Dah la Pandai Hafal Quran Fasih Cakap Jepun Pula Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM

“Dah la Pandai Hafal Quran, Fasih Cakap Jepun Pula” Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM

Nama seorang pelajar bernama Aina Afiqah binti Sahipol Nizam tiba-tiba jadi perhatian ramai sejak beberapa hari lalu. Bukan setakat kerana dia meraih keputusan 10A dalam SPM 2024, tapi kisah latar belakangnya yang cukup luar biasa buat ramai rasa kagum dan tersentuh.

Di sebalik wajah manis Aina, tersimpan kisah disiplin dan perjuangan yang tidak ramai tahu. Aina bukan saja cemerlang dalam akademik, malah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran, selain dinobatkan sebagai Tokoh Sahsiah Terpuji Banat 2024 di institusi pengajiannya, MATIS Madinatul Huffaz.

Namun apa yang lebih mengejutkan, Aina juga mampu bertutur fasih dalam bahasa Jepun.

 Aina Afiqah

Kacukan Malaysia-Jepun, tapi dididik dengan nilai Islam sejak kecil

Aina merupakan anak kacukan Malaysia dan Jepun. Ibunya berasal dari Jepun manakala ayahnya rakyat Malaysia. Sejak kecil, dia dibesarkan dalam suasana yang penuh disiplin dan nilai agama. Bahasa Jepun menjadi bahasa harian di rumah, membuatkan Aina membesar dengan tiga bahasa — Melayu, Inggeris dan Jepun.

Di sebalik latar belakang antarabangsa itu, kedua ibu bapa Aina tetap menitikberatkan pendidikan agama dan akhlak. Maka tak hairanlah bila Aina berjaya menjadi hafizah dalam usia muda.

komen ffgg

@tahfizmadinatulhuffaz 10A ✅ Hafizah ✅ Tokoh Sahsiah ✅ Cakap Jepun ✅ Macam checklist superhero 🤭 Siapa kata pelajar tahfiz tak boleh all-rounder? #MadinatulHuffaz #maahadtahfizgombak #maahadtahfizkl #fasttrackspm #spm2024 ♬ original sound – MATIS Madinatul Huffaz

Bapa gembira ketika dapat tahu keputusan SPM

Sebuah video yang dimuat naik oleh pihak sekolah menampakkan detik penuh emosi apabila bapa Aina dilihat memberi ucapan dalam bahasa jepun  tanda syukur sambil tersenyum bergurau dgn anaknya. Ramai yang menyifatkan momen itu sebagai detik paling menyentuh hati sepanjang video tular berkenaan.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan kata-kata semangat buat Aina dan keluarganya.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah apabila ramai mengakui tidak menyangka seorang pelajar tahfiz mampu mendapat keputusan akademik secemerlang itu.

Netizen teruja Aina boleh bercakap Jepun

Dalam satu lagi video lain yang turut tular, Aina dilihat bercakap dalam bahasa Jepun dengan lancar dan yakin. Ramai yang terkejut dan menyangka dia merupakan pelajar dari Jepun.

Namun apabila didengar betul-betul, ada yang berseloroh mengatakan sebutan Jepun Aina ada sedikit loghat Kelantan. Lucu tetapi mencairkan hati netizen yang terus menyokong gadis ini untuk terus ke hadapan.

 Aina Afiqah

Bukan biasa-biasa, tapi inspirasi generasi muda

Dalam dunia yang penuh cabaran hari ini, kisah seperti Aina Afiqah membawa sinar harapan buat ibu bapa, guru-guru dan masyarakat. Dia membuktikan bahawa pelajar tahfiz bukan hanya hebat dalam agama, tetapi juga mampu mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik dan bahasa.

Ramai yang berharap Aina terus menggunakan kelebihan yang ada untuk berdakwah di peringkat antarabangsa, terutamanya kepada masyarakat Jepun yang semakin terbuka terhadap Islam.

@yayasanannabawi Replying to @AsyrafPais ini kisah dia. Patut lancar je bahasa jepun dia kan 😂. Semoga kisah adik afiqah boleh beri inspirasi kepada semua. #yayasanannabawi #matanshahalam #japanesegirl #inspirasiramadan ♬ Aesthetic – Tollan Kim

Siapa sebenarnya Aina Afiqah?

  • Pelajar lepasan SPM 2024 dengan keputusan 10A

  • Hafizah 30 juzuk al-Quran

  • Tokoh Sahsiah Terpuji Banat 2024

  • Fasih dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun

  • Berasal dari keluarga kacukan Malaysia-Jepun

Kejayaan Aina Afiqah bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi simbol bahawa gabungan ilmu dunia dan akhirat boleh melahirkan generasi muda luar biasa. Ia juga menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain bahawa segala impian boleh dicapai dengan disiplin, usaha dan doa yang berterusan.

Semoga kisah ini membuka mata lebih ramai pihak tentang potensi anak-anak Malaysia hari ini. Tak mustahil satu hari nanti Aina akan jadi suara penting yang membawa nama Islam dan negara ke persada dunia.

Sumber: MATIS Madinatul HuffazSumber:  

Continue Reading

Keluarga

Anak Rita Rudaini mencapai keputusan cemerlang dengan straight A sebagai hadiah ulang tahun untuk ibunya.

Published

on

rita rudaini anak sulung al quran 750x441 1

Anak Rita Rudaini mencapai keputusan cemerlang dengan straight A sebagai hadiah ulang tahun untuk ibunya.

rita rudaini

Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Dalam entri Instagram, Rita berterima kasih kepada Allah kerana Ryan berjaya kekal dalam Top 10 batch student, kali ini di MRSM Sungai Besar.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 batch student lagi, tapi kali ni dekat MRSM Sungai Besar pula. Tahniah, ibu akan pastikan anak-anak ibu cemerlang dalam akhlak dan pendidikan. Doa ibu selalu bersama anak-anak,” tulisnya.

rita rudaini

Pencapaian Ryan turut mendapat perhatian rakan-rakan artis yang mengucapkan tahniah kepada Rita dan Ryan. Rita, yang sebelum ini berkahwin dengan bintang bola kebangsaan, Aidil Zafuan pada 2008, kini fokus untuk memastikan anak-anaknya cemerlang dalam segala aspek kehidupan.

Continue Reading

Trending