Connect with us

Keluarga

Andai Allah sudah memilih suatu hari nanti pasa ngan mening gal. Ini benda wajib yg patut anda tahu

Avatar of majalahilmu

Published

on

Andai Allah sudah memilih suatu hari nanti pasa ngan mening gal. Ini benda wajib yg patut anda tahu

Andai Allah sudah memilih suatu hari nanti pasa ngan mening gal. Ini benda wajib yg patut anda tahu

Kita tak akan pernah tahu bila waktu diuji kehilangan pasa ngan dan apa yang akan berlaku jika si dia pergi secara tiba-tiba.

Tetapi apa yang penting, suami atau isteri kena ambil tahu perkongsian tentang uruskan harta dan segala hutang oleh Puan Solah Hiyah Mohd Idris jika Allah ambil orang yang kita sayang dalam sekelip mata.

Jemput hadam.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Kehilangan Pasa ngan Dalam Hidupnya.

Pengalaman kehilangan ‘my other half’ membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti. Sesuatu yang PASTI berlaku. Ianya sama ada kita ditinggalkan atau kita yang mening galkan…

Mesti tahu dan faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka.

Sentiasa berdoa supaya kita & pasa ngan dianugerahi pengakhiran yang terbaik.

Perlu saling mempercayai pasa ngan kita. Maklumkan kepada pasa ngan password hp, email, myeg & pin no kad-kad ATM dll. Pin No ATM perlu supaya boleh keluarkan duit-duit yang ada. (Walaupun begitu semua duit perlu diagihkan mengikut faraid.) Sebaik sahaja kita daftar untuk dapatkan sijil kema tian, semua acc akan dibekukan.

Buat salinan ic pasa nngan, sijil kema tian, surat permit pengkebu mian, lapo ran doktor, sijil nikah, surat beranak & ic anak-anak. Dokumen-dokumen ini perlu disahkan. Simpan di dalam satu file beserta salinan original. Bawa file ini bila mbuat semua urusan bkaitan.

Maklumkan kepada pasa ngan semua tanggungan (bil-bila bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang-hutang dan sebagainya) dan juga semua aset (rumah, tanah, simpanan) yang ada. Ini akan memudahkan banyak urusan untuk uruskan hutang-hutang & harta-harta yang ditinggalkan.

“Kita yang ditinggalkan akan rasa susah, tetapi yang mening gal akan lebih susah jika hutang-hutang dan harta-harta tidak diurus dengan segera.”

Jika kita betul-betul sayangkan pasa ngan kita, 2 perkara ini lah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin.

Hubungi bank-bank yang berkaitan supaya outstanding bil tidak dikira faedahnya. Kita juga boleh claim khairat kema tian daripada bank/insurance/socso/epf etc. (Ada time limit utk claim. EPF dalam tempoh 6bln tp Bnk Rakyat dalam masa 3 bulan sahaja. Kalau lewat, hangussss)

Pastikan juga semua acc diatas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir.

  • SOCSO ada pencen bulanan untuk waris.
  • Kepada isteri-isteri, belajar mengenai IDDAH.
  • Tempoh iddah adalah 4BULAN 10HARI. Bukan 44 hari ye?

Ambil tahu mengenai pengagihan harta. Apa itu FARAID. Perlu tahu siapa yg berhak ke atas harta yang ditinggalkan & berapa banyak yang perlu diagih-agihkan. PENAMA bukanlah bemakna harta ditinggalkan seratus peratus kepada mereka. Penama WAJIB menguruskan pembahagian harta mengikut syariat yang telah ditetapkan. Jangan sampai termakan harta ANAK YATIM.

Jika berkemampuan, mencarumlah dengan mana-mana takaful untuk semua pinjaman bank, diri sendiri dan keluarga. Wang tuntutan takaful boleh mbantu mlangsaikan hutang-hutang, meneruskan kelangsungan hidup serta boleh disedeqahkan/diinfaqkan atas nama pasa ngan.

*Money is not everything, but everything needs money*

Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga & sesiapa sahaja. Insyaallah, mereka ini lah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan & tidak berdaya.

Bersedialah daripada sekarang. Jangan tunggu-tunggu lagi sebab malaikat ma ut boleh datang mjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Panggil pasa ngan dan bincangkan perkara ini.

Dengan sedikit pkongsian ini, diharap bila sampai masanya nanti, kita (terutama isteri-isteri) tidak akan hilang punca.

Allahualam.

Sumber: Solah Hiyah Mohd Idris

Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih. @Majalah ilmu.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.