Dengan 7 Petua Hebat Ini, Ajar Diri Anak Menjadi Soleh Solehah

 Dengan 7 Petua Hebat Ini, Ajar Diri Anak Menjadi Soleh Solehah

Anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada ibu bapa. Sebagai ibu bapa tanggung jawab kepada hanya bukan hanya menyediakan makanan, dan tempat tinggal sahaja, tetapi pendidikan juga perlu dititik beratkan.

Hal ini kerana pendidikanlah yang akan membentuk siasah diri anak-anak pada masa hadapan agar anak menjadi insan berguna. Ibu bapa juga perlu mengambil berat juga ilmu dan pendidikan agama hidup didalam diri anak-anak. Apabila pendidkan agama hidup didalam diri anak-anak, akan membentuk jati diri seorang muslim yang hebat perilaku, sidat dan akhlaknya.

Ingatlah, anak-anak ini lah yang akan membawa kita ke syurga atau neraka. Sayangkan anak, bukan hanya sayang didunia sahaja, tetapi kita mahu kasih sayang ini berkekalan sehingga kita sama-sama bahagia di akhirat kelak.

Perkongsian daripada Sheila Amir yang dipetik daripada isi garapan Prof Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ini berkongsi 13 petua (7 shj disni) berkesan untuk mendidik anak menjadi soleh dan solehah. Mari kita tengok panduan yang dibentangkan untuk melahirkan anak-anak soleh solehah.

1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 1/2 jam makan.

Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 1/2 jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agra sif serta mudah mela wan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.

2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.

3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.

4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.

5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.

6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.

7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangvsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.

Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih. @Majalah ilmu..

Artikal Popular

About majalahilmu 551 Articles
Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*