Kisah
Kisah sedih Cikgu suruh mohon restu, ci um tangan ibubapa utk SPM, tapi pelajar ini hanya mampu melakukan ini.
Kisah sedih Cikgu suruh mohon restu, ci um tangan ibubapa utk SPM, tapi pelajar ini hanya mampu melakukan ini.
Restu ibu bapa adalah penting untuk seorang anak mencapai kejayaan baik di dunia mahupun di akhirat. Namun bagaimana pula jika salah seorang ibu bapa kita telah tiada? Siapa yang akan mendoakan dan merestui kita?
Seperti itulah yang dialami oleh seorang gadis ini yang kehilangan insan yang paling rapat dengannya, iaitu Ayah. Gadis yang dikenali sebagai Nor Syahmila bakal menghadapi peperiksaan SPM, disebabkan kerinduan terhadap ayahnya yang telah pergi ke Ramatullah, dia telah mencoretkan luahan hatinya di Fa ce bo oknya.
Ikuti luahan gadis ini
Ayah, mimi datang lawat ayah ni…
Assalamualaikum ayah…
Ayah mimie datang ni melawat ayah, mimie dah janjikan mimie nak datang harini. Mimie balik dari kelas mimie terus datang jumpa ayah. Ayah biar laa air hujan membasihi diri mimie , biarlah mimie kotorkan baju sekolah mimie dengan tanah kbr ayah janji mimie dapat luahkan segala perasaan yang ada dalam diri ini…
Ayah mimie rindukan ayah sangat sangat. Ayah dua hari lagi mimie akan duduki peperiksaan SPM. Debaran semakin terasa ayah. 14 hb November ni genap pemergian ayah selama 4 tahun.
Ayah, mimie rindu nak pe luk ci um tangan ayah. Mimie rindu masakan ayah, rindu senyuman ayah, rindu nak teman ayah pergi carik lauk dekat Econsave, umur mimie 12 tahun pon ayah masih lagi nak suap mimie makan, mimie rindu suapan ayah.
Terima kasih sebab jaga mimie dari kecik sehingga nafas terakhir ayah. Umur mimie 13 tahun ayah dah pergi tinggalkan mimie, adik- adik and mak.
Ayah, cikgu suruh mohon restu kat ayah, tapi mimi tak ada tempat nak pergi…
Tadi dekat sekolah ada majlis mohon restu ilmu untuk SPM. Ramai mak ayah dorang datang.
Penceramah tu kata, “Siapa yang mak ayah dia datang, tolong bangun pergi laa mintak maaf ci um tangan mak ayah mintak restu dan ucap laa terima kasih.”
Kawan kawan mimie semua bangun pergi dekat mak ayah dia. Tapi ada berapa orang je yang tak bangun termasuk mimie. Mimie tak tahu nak pe luk siapa, tak tahu nak ci um tangan siapa, tak tahu nak ngadu dekat siapa, mimie nangis sorang diri.
Mimie tahu mak tak dapat datang sebab mak ada sebab sebab hal tertentu. Tapi takpe nie laa satu perju angan untuk mimie teruskan kehidupan. Mimie janji mimie akan jaga mak and adik-adik. Mak tak pernah ajar mimie untuk bersedih tapi mak ngajar mimie untuk terus semangat disaat kesedihan.
Tak pernah sedetik pun Mimi lupakan Ayah…
Terima kasih ayah sebab selama nie jadi ayah yang terbaik untuk kami semua walaupon hanya sementara. I love you. Mimie tak pernah sedetik pon lupakan ayah. Doakan mimie supaya jawab exam SPM nanti dengan hati yang tenang ye ayah.
Semoga ayah tenang di alam sana. Al-Fatihah.
Sumber :Facebook Nor Norsyahmila
Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih. @Majalah ilmu.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.