Connect with us

Keluarga

Anak Auditory Jangan Dipaksa Sembarangan Belajar, Didiklah Mereka Dengan “Berhati-Hati” Sesuaikan Dengan Kemampuan Anak

Published

on

anak auditory

Anak Auditory Jangan Dipaksa Sembarangan Belajar, Didiklah Mereka Dengan “Berhati-Hati” Sesuaikan Dengan Kemampuan Anak

Setiap ibu bapa pastinya ingin melihat perkembangan yang positif dan terbaik untuk anak-anak. Bila anak yang sudah berganjak ke umur 7 tahun masih tidak pandai mengeja dan membaca, mulalah kita risau. Macam-macam tanggapan negatif berlegar di kepala. Kita jadi tertekan dan marah anak sesuka hati. Tanpa kita tahu, sebenarnya anak mempunyai gaya belajar yang tersendiri seperti visual, auditory, dan kinestetik. Anak auditory contohnya, mempunyai daya pendengaran yang luar biasa. Dalam masa yang sama mereka tidak boleh dipaksa mengikut cara pembelajaran yang kita mahukan seperti anak biasa.

Anak auditory perlu cara belajar yang unik, tarik minat kreatif

anak auditory

Berkongsi coach parenting di laman Facebooknya, Mohd Fhais Salim memgulas lebih lanjut tentang cara mengendalikan jenis anak auditory learner.

“Kakak tak pandai!”

Ini mungkin pengalaman “tak elok” saya yang kita semua boleh jadikan pengajaran. Anak sulung saya agak lambat pandai membaca. Usia sudah 7 tahun tetapi masih lagi perlu mengeja untuk membaca.

Bukan salah dia tapi salah saya yang tidak “alert” pada kemampuan dan kemahiran belajar dia dulu. Dulu saya tak ambil serius sangat tentang kemahiran auditory learner dia. Selalu paksa dia belajar ikut cara biasa yang bukan untuk anak auditory.

anak auditory

“Suruh dia buat latihan itu ini. Suruh dia hafal perkataan. Suruh dia tulis perkataan ratus kali. Suruh di guna flash card. Suruh dia hafal suku kata. Semua tak menjadi!”

Akhirnya saya jadi marah. “Kenapa tak pandai-pandai ni padahal dah buat latihan macam-macam. Mula merungut.”

Benda ini terjadi masa umur anak saya 5-6 tahun. Sungguh hari ini saya menyesal sangat tak pandai jaga mulut. Sekarang, saya masih berusaha untuk buang mental block “saya tak pandai” dari minda anak. Bila sesuatu tu susah sikit je, anak akan cakap, “kakak tak pandai”.

Bagaimana belajar cara anak auditory?

anak auditory

Tidak dinafikan kita ibu bapa biasa yang tidak tahu sangat tentang psikologi anak-anak. Kita bukan pakar tetapi sebagai ibu bapa, anak adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu kita pikul.

Silap kita, kalau hendak lihat anak berubah menjadi lebih baik, kitalah yang perlu berubah terlebih dahulu. Kita bertindak sebagai role model yang sangat ampuh untuk menjadi contoh yang terbaik buat mereka.

Anak auditory mempunyai beberapa cara belajar yang kreatif dan unik seperti:

  • dengan irama
  • dengan berbual
  • dengan pujian
  • dengan motivasi
  • dengan inspirasi
  • dengan bercerita
  • dengan mendengar ulang-ulang

Walaupun begitu, ini tidak bermakna kanak-kanak auditory yang mempunyai kelebihan mendengar ini tidak boleh belajar mengikut cara visual atau kinestetik. Sebenarnya boleh sahaja. Cuma cara auditory lebih mudah, pantas, selesa, dan sesuai untuk anak beradaptasi dengan suasana tersebut.

Anak yang gagal kerana malas belajar, itu tidak menjadi masalah kerana kita boleh dorong lagi minat mereka untuk rajin mengulang kaji pelajaran. Yang menjadi masalah adalah anak yang sudah belajar, tetapi otaknya tidak mampu untuk menerima pembelajaran tersebut seterusnya gagal.

anak auditory

Kuncinya, cara pembelajaran yang dilakukan tidak sesuai, dan tidak serasi dengan kemampuan diri. Anak bukan tidak bijak belajar tetapi anak salah dalam mengaplikasikan kaedah pembelajaran yang kena dengan jiwa.

Didik kesabaran yang tebal dalam hati kita sebagai seorang ibu bapa. Anak tidak faham apa-apa perubahan yang berlaku dalam diri mereka. Sepatutnya kitalah yang perlu membantu mereka sehingga berjaya. Check di mana silap kita sendiri dalam mendidik mereka sebelum kita serang anak dengan makian, dan cacian fizikal dan mental.

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.