Connect with us

Keluarga

Usah Fikir Apa Orang Kata, Suami Tolak Stroller & Jaga Anak Tanggapan Pelik Yang Perlu Dibuang Jauh

Published

on

suami tolak stroller

Usah Fikir Apa Orang Kata, Suami Tolak Stroller & Jaga Anak Tanggapan Pelik Yang Perlu Dibuang Jauh

Malaysia terdiri daripada majoriti masyarakat Melayu yang sangat mengamalkan adat dan budaya ketimuran. Salah satu intipati yang biasa didengar dalam masyarakat adalah taboo atau lebih mudah disimpulkan sebagai pantang larang. Sejak zaman dulu lagi, konsep isteri di rumah menguruskan rumah tangga dan anak, manakala suami pula keluar bekerja sudah diamalkan oleh nenek moyang kita. Sehinggalah di dunia moden ini, kaum wanita sudah ramai yang turut setanding mempunyai kerjaya yang hebat seperti kaum lelaki lantas membuatkan corak pengurusan rumah tangga sedikit berbeza. Namun yang peliknya walaupun berada di zaman serba canggih, perbuatan suami tolak stroller di khalayak ramai dan jaga anak di rumah masih dianggap pelik oleh sesetengah masyarakat.

Islam tidak meletakkan semua urusan rumah tangga di bahu isteri

suami tolak stroller

Wanita adalah seorang isteri kepada suaminya, dan ibu kepada anak-anaknya di rumah. Tanggungjawab seorang wanita boleh dianggap sebagai hero dalam keluarga khususnya bagi mereka yang bekerja. Urusan rumah tangga ditambah kerja yang berlambak di pejabat, menyebabkan wanita tidak mempunyai banyak masa kepada dirinya sendiri.

Masakan tidak, selesai sahaja tugas di pejabat, mereka perlu bergegas pulang ke rumah untuk masak, dan menguruskan beberapa hal rumah tangga yang lain. Bahkan hujung minggu yang sepatutnya menjadi waktu istirehat pun, tangan dan kakinya masih laju bekerja di dapur.

suami tolak stroller

Al-Quran sendiri mendidik suami untuk mengauli isteri dengan cara yang baik. Sekiranya ada adat yang bercanggah dengan syariat Islam, adalah lebih penting untuk kita memilih berlandaskan syariat terlebih dahulu. Contohnya jika suami isteri masing-masing sibuk bekerja, tiada yang salah sekiranya suami ringin tulang membantu isteri menguruskan hal ehwal rumah tangga. Tiada yang salah juga jika suami tolak stroller anak ketika isteri sedang sibuk memilih barang di pasaraya.

Papa permissjon & mama permissjon dalam masyarakat Norway?

suami tolak stroller

Berkongsi Azira Aziz di laman akaun Facebooknya berkenaan dengan taboo dalam masyarakat luar negara. Dia yang sudah lama menetap dan bekerja di Oslo, Norway berkata pada mulanya agak pelik melihat para suami tolak stroller merata di mana-mana ketika baru pertama kali sampai di negara yang terletak di utara Eropah itu. Ada kalanya mereka berlari, ada yang sambil berjalan sembang dengan kawan tolak stroller, dan ada juga yang bawa anak lagi seorang sambil tolak stroller.

“Mula terfikir, di mana maknya?”

“Oh, mungkin kerja kot!”

“Kalau tak pun, sedang berpantang di rumah.”

Persoalan demi persoalan ligat singgah di minda.

Rupa-rupanya, negara ini mengamalkan konsep “papa permissjon” dan “mama permissjon”. Kedua-dua dasar ini sudah lama dilaksanakan di Norway, Sweden, dan Iceland. Papa permissjon (kouta ayah) adalah tempoh cuti untuk bapa sebanyak 15 minggu. Manakala mama permissjon (kouta ibu) adalah tempoh cuti untuk ibu sebanyak 15 minggu juga.

Bagi mama permissjon, ibu yang bekerja atau ibu yang sambung belajar, akan mendapat cuti setahun selepas bersalin. Bukan itu sahaja, walaupun bercuti ibu masih mendapat gaji seperti biasa. Jadi mereka boleh menggunakan duit tersebut untuk pulang ke Malaysia sekejap atau membayar apa-apa yang diperlukan.

suami tolak stroller

Tujuan papa permissjon pula adalah untuk memberikan waktu bonding bersama anak dan memberi peluang pada para isteri bekerja atau sambung belajar. Konsepnya masih sama, suami juga akan diberikan gaji seperti biasa semasa tempoh cuti.

Adil bukan? Tambahan lagi dalam papa permissjon ada sebuah kumpulan bersama rakan-rakan yang dipanggil sebagai “trillertur” atau stroller tour. Ada juga kumpulan “berselgruppe” (bapa jaga anak) dengan aktiviti yang menyeronokkan seperti baby yoga, senaman sambil tolak stroller, jumpa ditaman, di cafe, kumpulan belajar bahasa Norway, dan sebagainya.

Anak dapat kawan baru, bapa pun dapat merapatkan ukhuwah dengan rakan-rakan lain. Ini dapat memberikan kelebihan dan manfaat buat kedua-duanya para suami dan isteri dalam menguruskan rumah tangga yang lebih baik.

Konklusinya, wujudnya sikap toleransi, saling faham-memahami, dan bertanggungjawab dalam hubungan suami isteri adalah kunci kepada kebahagiaan yang kekal. Suami isteri perlu lebih berfikiran terbuka dalam membahagikan tugas dalam rumah tangga. Tidak usah menghiraukan apa yang dikatakan orang lain, kerana yang akan melaluinya setiap hari adalah diri kita sendiri.

Sumber: Facebook Azira Aziz

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Keluarga

Cara Merangsang Percakapan Bayi Sejak Lahir: Panduan Lengkap Mengikut Tahap Umur

Published

on

Cara Merangsang Percakapan Bayi Sejak Lahir: Panduan Lengkap Mengikut Tahap Umur

Cara Merangsang Percakapan Bayi Sejak Lahir: Panduan Lengkap Mengikut Tahap Umur

Masih ramai ibu bapa beranggapan bahawa anak akan bercakap sendiri apabila tiba masanya. Ada juga yang berpegang pada prinsip, “Saya tak pernah ajar bunyi binatang, bila nampak kucing saya sebut ‘kucing’, bukan ‘meow’.” Kedengaran yakin, tetapi hakikatnya perkembangan bahasa kanak-kanak tidak berlaku secara lompat terus, sebaliknya melalui beberapa tahap penting yang perlu dirangsang dengan betul sejak lahir.

Sama seperti perkembangan motor kasar — bermula dengan meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan barulah berjalan — kemahiran bahasa juga mempunyai fasa-fasanya sendiri. Jika anak terus diajar perkataan yang terlalu kompleks, ia boleh menyukarkan proses pembelajaran, terutamanya bagi anak yang mengalami speech delay. Ibarat kanak-kanak berusia 7 tahun dipaksa belajar subjek darjah 6, hasilnya bukan lebih cepat pandai, tetapi lebih keliru.

Berikut ialah panduan merangsang percakapan bayi bawah setahun, dibahagikan mengikut tahap umur.


Tahap 1 Cara Merangsang Percakapan Bayi: Umur 0 hingga 3 Bulan

Asas komunikasi bermula di sini

Pada peringkat ini, bayi belum bercakap, tetapi sedang membina asas komunikasi melalui bunyi dan reaksi.

Ciri perkembangan normal:

  • Senyum sebagai tindak balas

  • Mengeluarkan bunyi seperti “aaa” dan “eee”

  • Senyap atau senyum apabila diajak bercakap

  • Mengenali suara ibu dan ayah

  • Tangisan berbeza mengikut keperluan

Tips rangsangan:

  • Berbual dengan jarak dekat dan pandang mata bayi

  • Belai dan urut bayi dengan kerap, terutamanya selepas mandi

  • Usap dan sikat rambut sambil menyusu

  • Gunakan mainan berbunyi untuk merangsang perhatian

  • Untuk bayi menyusu badan, biarkan seketika bayi merengek sebelum menyusu supaya dia belajar konsep komunikasi

  • Kerap menyanyi dengan membuka mulut besar-besar, tanpa perlu malu

Cara Merangsang Percakapan Bayi


Tahap 2 Cara Merangsang Percakapan Bayi: Umur 3 hingga 6 Bulan

Bayi mula “bersembang” dengan caranya sendiri

Di sinilah bayi mula berinteraksi lebih aktif menggunakan bunyi dan ekspresi.

Ciri perkembangan normal:

  • Ketawa dengan bunyi

  • “Berbual” menggunakan bahasa bayi atau bahasa “alien”

  • Menunjukkan reaksi suka atau tidak suka melalui suara

  • Memandang ke arah bunyi

  • Mengenali mainan berbunyi

  • Fokus kepada muzik

Tips rangsangan:

  • Kerap ketawa dan berbual bersama bayi

  • Apabila bayi “bercakap”, angguk dan beri respon seolah-olah memahami

  • Latih konsep giliran bercakap (turn-taking)

  • Panggil nama bayi dari arah berbeza

  • Tunjuk objek atau binatang sambil sebut namanya

  • Menyanyi sambil tepuk tangan untuk gabung bunyi dan pergerakan

Baca lagi : Bayi yang berada dalam posisi songsang terpaksa dilahirkan secara normal, namun tragisnya, kepala bayi ‘tercicir’ dalam rahim ibunya – Majalah Ilmu


Tahap 3: Umur 6 hingga 12 Bulan

Dari bunyi ke perkataan pertama

Inilah fasa kritikal sebelum bayi mula menyebut perkataan bermakna.

Ciri perkembangan normal:

  • Meniru bunyi

  • Menyebut “bababa”, “mamama” (belum spesifik)

  • Faham arahan mudah seperti “datang sini”

  • Mengenali objek biasa seperti botol susu

  • Bergerak ke arah bunyi

  • Menggabungkan vokal dan konsonan

  • Menyebut perkataan pertama seperti “mama”, “bye-bye” atau “hai”

Tips Cara Merangsang Percakapan Bayi:

  • Pastikan anak melihat pergerakan mulut ketika bercakap

  • Ulang perkataan berkali-kali dengan jelas dan perlahan

  • Panjangkan sebutan suku kata

  • Ajar minum guna straw seawal 6 bulan untuk kekuatan otot mulut

  • Ajar “flying kiss” bersama gerakan mulut dan tangan

  • Bersihkan mulut bayi secara berkala

  • Gunakan pergerakan badan ketika memberi arahan

  • Ikut sama bunyi bayi sebagai tanda kita mendengar

  • Beri tepukan dan senyuman setiap kali bayi mencuba

  • Ajar bunyi binatang bersama nama, contohnya “Ini kucing, bunyi kucing ‘meow’”

  • Elakkan bercakap pelat dengan anak

  • Banyakkan pendedahan deria rasa melalui makanan berkhasiat


Faktor Paling Penting Cara Merangsang Percakapan Bayi : Elakkan Gangguan Gadget & Televisyen

Satu kesilapan besar yang sering berlaku ialah menganggap TV atau gadget tidak memberi kesan jika anak “tidak menonton”. Hakikatnya, bunyi latar belakang juga merupakan gangguan kepada perkembangan bahasa bayi.

Kajian terhadap lebih 900 bayi berusia 6 bulan hingga 2 tahun mendapati:

  • Setiap 30 minit pendedahan kepada gadget meningkatkan 49% risiko lewat bercakap

  • Bunyi latar mengganggu keupayaan bayi menapis bunyi penting (auditory filtering)

  • Bayi menjadi sukar fokus kepada suara manusia

Sebab itu, walaupun ibu bapa kerap bercakap dengan anak, kehadiran bunyi TV tetap menjejaskan keberkesanan rangsangan.

Untitled design 7


Bila Perlu Risau & Dapatkan Bantuan?

Perkembangan bahasa melibatkan 7 komponen sensori yang saling berkait. Jika salah satu terlebih atau terkurang, anak boleh mengalami kecelaruan sensori, yang sering berlaku pada kanak-kanak lewat bercakap.

Oleh itu, Cara Merangsang Percakapan Bayi, ibu bapa disarankan:

  • Mendapatkan penilaian daripada Occupational Therapist (OT)

  • Melakukan intervensi awal untuk hasil yang lebih berkesan

Baca lagi : Bayi Perempuan Yang Baru Lahir Ditemui Hidup-hidup Di Dalam Hutan Oleh Orang Kampung, Dipercayai Sudah Dua Hari Berada Di Hutan Itu, Tidak Berbaju Dan Hanya Dibaluti Dengan Daun Pisang – Majalah Ilmu


Kesimpulan Cara Merangsang Percakapan Bayi

Cara Merangsang Percakapan Bayi bukan soal cepat atau lambat, tetapi ikut tahap dan konsisten. Kurangkan gangguan, banyakkan interaksi bersemuka, dan jadikan komunikasi sebagai aktiviti harian yang menyeronokkan.

Semoga perkongsian ini membantu ibu bapa memahami bahawa percakapan bermula sejak lahir, bukan bila anak mula menyebut perkataan pertama.

Sumber: Maryam Jamadi
Occupational Therapist / Terapis Carakerja

Continue Reading

Keluarga

“Dah la Pandai Hafal Quran, Fasih Cakap Jepun Pula” Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM

Published

on

Dah la Pandai Hafal Quran Fasih Cakap Jepun Pula Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM

“Dah la Pandai Hafal Quran, Fasih Cakap Jepun Pula” Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM

Nama seorang pelajar bernama Aina Afiqah binti Sahipol Nizam tiba-tiba jadi perhatian ramai sejak beberapa hari lalu. Bukan setakat kerana dia meraih keputusan 10A dalam SPM 2024, tapi kisah latar belakangnya yang cukup luar biasa buat ramai rasa kagum dan tersentuh.

Di sebalik wajah manis Aina, tersimpan kisah disiplin dan perjuangan yang tidak ramai tahu. Aina bukan saja cemerlang dalam akademik, malah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran, selain dinobatkan sebagai Tokoh Sahsiah Terpuji Banat 2024 di institusi pengajiannya, MATIS Madinatul Huffaz.

Namun apa yang lebih mengejutkan, Aina juga mampu bertutur fasih dalam bahasa Jepun.

 Aina Afiqah

Kacukan Malaysia-Jepun, tapi dididik dengan nilai Islam sejak kecil

Aina merupakan anak kacukan Malaysia dan Jepun. Ibunya berasal dari Jepun manakala ayahnya rakyat Malaysia. Sejak kecil, dia dibesarkan dalam suasana yang penuh disiplin dan nilai agama. Bahasa Jepun menjadi bahasa harian di rumah, membuatkan Aina membesar dengan tiga bahasa — Melayu, Inggeris dan Jepun.

Di sebalik latar belakang antarabangsa itu, kedua ibu bapa Aina tetap menitikberatkan pendidikan agama dan akhlak. Maka tak hairanlah bila Aina berjaya menjadi hafizah dalam usia muda.

komen ffgg

@tahfizmadinatulhuffaz 10A ✅ Hafizah ✅ Tokoh Sahsiah ✅ Cakap Jepun ✅ Macam checklist superhero 🤭 Siapa kata pelajar tahfiz tak boleh all-rounder? #MadinatulHuffaz #maahadtahfizgombak #maahadtahfizkl #fasttrackspm #spm2024 ♬ original sound – MATIS Madinatul Huffaz

Bapa gembira ketika dapat tahu keputusan SPM

Sebuah video yang dimuat naik oleh pihak sekolah menampakkan detik penuh emosi apabila bapa Aina dilihat memberi ucapan dalam bahasa jepun  tanda syukur sambil tersenyum bergurau dgn anaknya. Ramai yang menyifatkan momen itu sebagai detik paling menyentuh hati sepanjang video tular berkenaan.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan kata-kata semangat buat Aina dan keluarganya.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah apabila ramai mengakui tidak menyangka seorang pelajar tahfiz mampu mendapat keputusan akademik secemerlang itu.

Netizen teruja Aina boleh bercakap Jepun

Dalam satu lagi video lain yang turut tular, Aina dilihat bercakap dalam bahasa Jepun dengan lancar dan yakin. Ramai yang terkejut dan menyangka dia merupakan pelajar dari Jepun.

Namun apabila didengar betul-betul, ada yang berseloroh mengatakan sebutan Jepun Aina ada sedikit loghat Kelantan. Lucu tetapi mencairkan hati netizen yang terus menyokong gadis ini untuk terus ke hadapan.

 Aina Afiqah

Bukan biasa-biasa, tapi inspirasi generasi muda

Dalam dunia yang penuh cabaran hari ini, kisah seperti Aina Afiqah membawa sinar harapan buat ibu bapa, guru-guru dan masyarakat. Dia membuktikan bahawa pelajar tahfiz bukan hanya hebat dalam agama, tetapi juga mampu mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik dan bahasa.

Ramai yang berharap Aina terus menggunakan kelebihan yang ada untuk berdakwah di peringkat antarabangsa, terutamanya kepada masyarakat Jepun yang semakin terbuka terhadap Islam.

@yayasanannabawi Replying to @AsyrafPais ini kisah dia. Patut lancar je bahasa jepun dia kan 😂. Semoga kisah adik afiqah boleh beri inspirasi kepada semua. #yayasanannabawi #matanshahalam #japanesegirl #inspirasiramadan ♬ Aesthetic – Tollan Kim

Siapa sebenarnya Aina Afiqah?

  • Pelajar lepasan SPM 2024 dengan keputusan 10A

  • Hafizah 30 juzuk al-Quran

  • Tokoh Sahsiah Terpuji Banat 2024

  • Fasih dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun

  • Berasal dari keluarga kacukan Malaysia-Jepun

Kejayaan Aina Afiqah bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi simbol bahawa gabungan ilmu dunia dan akhirat boleh melahirkan generasi muda luar biasa. Ia juga menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain bahawa segala impian boleh dicapai dengan disiplin, usaha dan doa yang berterusan.

Semoga kisah ini membuka mata lebih ramai pihak tentang potensi anak-anak Malaysia hari ini. Tak mustahil satu hari nanti Aina akan jadi suara penting yang membawa nama Islam dan negara ke persada dunia.

Sumber: MATIS Madinatul HuffazSumber:  

Continue Reading

Keluarga

Anak Rita Rudaini mencapai keputusan cemerlang dengan straight A sebagai hadiah ulang tahun untuk ibunya.

Published

on

rita rudaini anak sulung al quran 750x441 1

Anak Rita Rudaini mencapai keputusan cemerlang dengan straight A sebagai hadiah ulang tahun untuk ibunya.

rita rudaini

Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Dalam entri Instagram, Rita berterima kasih kepada Allah kerana Ryan berjaya kekal dalam Top 10 batch student, kali ini di MRSM Sungai Besar.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 batch student lagi, tapi kali ni dekat MRSM Sungai Besar pula. Tahniah, ibu akan pastikan anak-anak ibu cemerlang dalam akhlak dan pendidikan. Doa ibu selalu bersama anak-anak,” tulisnya.

rita rudaini

Pencapaian Ryan turut mendapat perhatian rakan-rakan artis yang mengucapkan tahniah kepada Rita dan Ryan. Rita, yang sebelum ini berkahwin dengan bintang bola kebangsaan, Aidil Zafuan pada 2008, kini fokus untuk memastikan anak-anaknya cemerlang dalam segala aspek kehidupan.

Continue Reading

Trending