Connect with us

SEMASA

Lompat Naik Depan Kereta, Pura-Pura Dilanggar ~ Hati-Hati Taktik Baru Ini!

Published

on

Lompat Naik Depan Kereta, Pura-Pura Dilanggar ~ Hati-Hati Taktik Baru Ini!

Lompat Naik Depan Kereta, Pura-Pura Dilanggar ~ Hati-Hati Taktik Baru Ini!

Kepada para pemandu terutamanya wanita, pastikan anda baca sampai habis artikel ini bagi mengelakkan anda tertipu dengan taktik yang boleh membahayakan keselamatan anda ini. 

Baru-baru ini viral kisah seorang wanita yang ‘diserang’ oleh seorang lelaki warga asing atau turut dikenali dengan gelaran “awang hitam”. 

Wanita tersebut telah merakam kejadian yang mendebarkan tersebut dan memuat naik di media sosial (Instagram) beliau pada 17 Julai yang lalu. 

Kronologi Lelaki Warga Asing Lompat Naik Depan Kereta

Nur Tazliana Musa, 29, tidak menyangka dan panik apabila seorang lelaki warga asing tiba-tiba lompat naik di hadapan depan kereta yang sedang dipandunya. 

Kejadian yang berlaku di Bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada pukul 6.45 petang itu membuatkan mangsa trauma. 

Dalam keadaan panik, mangsa sempat mengeluarkan telefon pintar miliknya untuk merakam kejadian itu sebagai bukti memandangkan kenderaannya tidak mempunyai dashcam.

2_ Lompat Naik Depan Kereta, Pura-Pura Dilanggar ~ Hati-Hati Taktik Baru Ini!

Menurut video yang dikongsikan, mangsa sedang memandu secara perlahan kerana sedang melihat aplikasi arah jalan (waze) dan berada di bulatan. 

Lelaki warga asing tersebut sempat menahan kereta mangsa dalam masa seminit dan cuba membuatkan mangsa melanggarnya. 

Mangsa sempat mengundurkan kenderaannya tetapi lelaki tersebut terus memanjat bahagian depan kenderaan mangsa. 

Lelaki warga asing itu dilihat cuba meninjau ke dalam kenderaan mangsa melalui cermin hadapan  tanpa berasa gentar sedikitpun walaupun sudah dibunyikan hon berkali-kali oleh mangsa. 

Ini membuatkan mangsa berasa sangat takut sehingga menangis sambil berteriak dan cuba meminta tolong dengan memberi signal kepada kereta yang lalu lalang daripada dalam kereta mangsa. Tetapi, malangnya tidak ada yang membantunya. 

“Masa kejadian saya memang panik apatah lagi tindakan saya membunyikan hon bagi meminta bantuan tidak diendahkan pengguna jalan raya yang lain”, ujarnya dalam satu temubual bersama media tempatan. 

2_ Lompat Naik Depan Kereta, Pura-Pura Dilanggar ~ Hati-Hati Taktik Baru Ini!

2_ Lompat Naik Depan Kereta, Pura-Pura Dilanggar ~ Hati-Hati Taktik Baru Ini!
2_ Lompat Naik Depan Kereta, Pura-Pura Dilanggar ~ Hati-Hati Taktik Baru Ini!

Hero Berbaju Merah Dicari

Dalam keadaan panik dan ketakutan, mangsa terus membunyikan hon. Nasib baik menyebelahinya apabila datang seorang lelaki berbaju merah yang datang ke arah kereta mangsa dan cuba menghalau lelaki warga asing tersebut. 

Lelaki berbaju merah itu membantu menarik warga asing itu turun daripada kenderaannya dan memberi isyarat kepada mangsa untuk segera beredar. 

kereta
kereta 1

“Selepas dia tarik lelaki itu, dia terus beri isyarat supaya saya segera beredar dan tak sempat nak bertemu bagi mengucapkan terima kasih kepadanya. Insya Allah selepas saya pulang dari kampung bertemu ibu bapa, saya mahu mencarinya,” katanya.

Mangsa juga sempat membuat laporan polis di balai berdekatan bagi mengelakkan sebarang isu kelak.

Kesimpulan

Kejadian ini adalah merupakan taktik yang banyak berlaku di beberapa negara luar. Pemangsa akan cuba membuatkan mangsa ‘melanggarnya’ untuk mendapatkan duit. 

Oleh itu, pastikan anda sentiasa memastikan kenderaan anda dikunci sebaik sahaja memasukinya. Jangan sesekali keluar daripada kenderaan anda sekiranya berada dalam situasi tersebut. Sekiranya perlu, sila hubungi polis untuk dapatkan bantuan segera. 

kereta 2

Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 5 tahun yang lalu. Menulis pelbagai jenis artikel terkini untuk panduan rakyat Malaysia.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Published

on

remaja pecah tabung masjid

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.

Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.

remaja pecah tabung masjid

Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.

Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.

“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.

Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal

Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.

Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.

 

Video penuh remaja pecah tabung masjid :

 

Sumber

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Published

on

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.

Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.

Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.

“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.

“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.

Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.

Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.

Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.

Sumber

 

 

 

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Published

on

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.

Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.

Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.

Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.

Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.

Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.

“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”

“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”

okomenaa

Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.

Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.

Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.

sfasfasfasf

Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.

670554546 18580053295022083 5156897384375136243 n

Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Video :

@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬

Continue Reading

Trending