Connect with us

Kisah

Warga Bangladesh Yang Merantau Di Malaysia Jana Pendapatan Bersih RM100,000 Sebulan Dengan Menjadi Pemborong Pakaian Ciplak Jenama Terkemuka

Avatar of kidin

Published

on

tducbv

Warga Bangladesh Yang Merantau Di Malaysia Jana Pendapatan Bersih RM100,000 Sebulan Dengan Menjadi Pemborong Pakaian Ciplak Jenama Terkemuka

Siapa sangka warga Bangladesh yang merantau di Malaysia boleh hidup mewah dengan berpendapatan bersih RM100,000 sebulan dengan menjadi pemborong baju dan seluar ciplak jenama terkemuka.

Lebih mengejutkan apabila kualiti barangan ciplak yang dijual hampir 90 peratus menyamai produk tulen hingga menyukarkan pihak berkuasa membezakannya.

Itu antara taktik licik warga Bangladesh yang mulanya hanya berhijrah ke negara ini dan bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan kurang dari RM1,000 sebulan.

Kebanyakan mereka kini bertukar profesion menjadi tauke dan ada di antara mereka bergelar jutawan menjual barang cetak rompak di ibu negara.

Perkara itu terbongkar setelah sepasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya dan Selangor menyerbu empat premis perniagaan di Kenanga Wholesale City, di sini hari ini.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Cawangan Operasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Rosli Ahmad, berkata, operasi membabitkan 28 pegawai KPDNHEP yang bertindak membuat penyamaran sebelum serbuan dilakukan.

Katanya, hasil dari pemeriksaan dilakukan, pihaknya mendapati beberapa premis perniagaan di kawasan itu dimiliki warga asing Bangladesh.

“Mereka dikesan berniaga pakaian jenama terkemuka tiruan yang dipercayai diseludup dari luar negara dalam kuantiti yang besar.

“Kami berjaya merampas pakaian jenama Levi’s membabitkan pelbagai saiz, bentuk dan warna. Kebanyakannya meniru rekaan dan potongan produk tulen menggunakan fabrik berkualiti,” ujarnya.

Katanya, semua 2,980 pakaian dirampas dan disita itu dianggarkan bernilai lebih RM104,000.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 kerana disyaki mendedah, membekal dan menyimpan barangan yang memakai cap dagang palsu,” katanya.

Antara pakaian ciplak yang dirampas selepas dikesan dijual pemborong warga Bangladesh (gambar bawah)

pa 1

Sumber: sinarharian,  Harian Metro

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.