Connect with us

SEMASA

Baru Tahun 1 Tapi Soalan Matematik Dah Susah Sangat, Cikgu Bela Pelajar Patutlah Ibu Bapa Pun Ramai Pening Kepala

Published

on

cikgu bela pelajar

Cikgu bela pelajar , itulah kata-kata yang keluar dari ibubapa murid-murid setelah melihat tindakan guru yang membela pelajarnya.Tidak dinafikan perbezaan silibus pembelajaran yang dibuat bagi setiap pelajar berbeza bagi dari peringkat umurnya, dan tahunnya. Malah ia juga amat berbeza dengan beberapa tahun yang lalu. Jika ada 5 orang anak dalam keluarga yang berbeza 4 tahun umur setiap orang. Boleh dikatakan mereka juga mengalami perubahan yang sedemikian. Skema jawapan subjek yang diajar di sekolah khususnya sekolah rendah dirasakan amat sukar berbanding zaman persekolahan yang lalu. Malah ada juga segelintir cikgu bela pelajar mengenai isu dan permasalahan ini berkenaan dengan skema jawapan untuk subjek berkenaan yang dikatakan terlalu tinggi aras soalannya.

Berani! Cikgu bela pelajar suarakan pendapatnya tentang skema jawapan

Cikgu bela pelajar, itulah dia Cikgu Mohd Fadli Salleh yang lantang bersuara untuk menyuarakan tentang kesukaran tahap pembelajaran soalan Matematik tahun satu sekarang. Menerusi perkongsiannya di Facebook, Cikgu Fadli yang juga merupakan guru Matematik memberitahu bahawa ramai sekali para ibu bapa meminta kepadanya untuk tunjuk ajar bagi menyelesaikan soalan Matematik berkenaan.

“Fuh, memang susah betul soalan tahun 1!” serunya.

Wajarlah jika selama ini cikgu bela pelajar memperjuangkan silibus yang didakwa tinggi dan padat bagi murid sekolah rendah.

cikgu bela pelajar

“Ini adalah lathan dalam buku Matematik Tahun 1. Ramai ibu bapa mesej dan beritahu aku bagaimana nak ajar anak soalan ni.”

“Susahkan? Lagi susah nak fahamkan budak usia 7 tahun. Tak hairan, ramai ibu bapa bagi tahu cikgu-cikgu Matematik anak mereka skip soalan ini.”

“Nak ajar tahap pemikiran budak usia 7 tahun nak bagi faham tu payah. Ajar senang. Memberi faham tu susah.”

“Tapi sejujurnya, jika anak-anak kuasai teknik ini, mereka dapat mengira dengan lebih pantas dan laju. Cuma masa mencemburui. Silibus banyak dan padat, masa mengajar sikit yakmat,” keluhnya mengenangkan nasib murid-murid sekolah rendah hari ini.

Cikgu bela pelajar seminggu 5 waktu untuk bagi murid faham

Untuk mengajar dan memberi kefaham yang betul kepada murid-murid Tahun 1, rata-rata cikgu memerlukan seminggu (5 waktu) untuk mengajarkan teknik pengiraan seperti ini sahaja. Jika difikirkan semula, ada berbelas lagi silibus yang perlu diajar dan dihabiskan. Sudahlah cikgu seperti perlu mengajar budak-budak secara “fast track” untuk mendalami ilmu pengiraan ini.

Mengulas lagi tentang permasalahan tersebut, bagi Cikgu Fadli sebagai cikgu mereka hanya mempunyai dua pilihan sahaja iaitu:

  • Silibus dapat dihabiskan, namun tidak memberi faham yang elok kepada murid setiap subtopik yang diajar.
  • Silibus tidak dapat dihabiskan sebab guru tumpu nak bagi faham setiap topik yang ada dalam buku teks.

Lantaran itu,  cikgu bela pelajar dengan cara memilih pilihan pertama dengan menghabiskan silibus secara laju. Silibus jika tidak habis itu juga akan memberi masalah kepada murid dan cikgu. Hal ini disebabkan setiap subtopik adalah sambungan kepada topik bagi tahun akan datang yang belum diajarkan. Dilemalah seorang guru antara kesungguhannya ikhlas mengajar anak bangsa dan desakan dari sistem pembelajaran itu sendiri.

Sebaiknya tambah masa mengajar Matematik untuk lebih faham

cikgu bela pelajar

Subjek Matematik bukanlah subjek pilihan tetapi subjek teras yang sangat penting dalam kehidupan seharian dan masa depan pelajar itu sendiri. Silibus Matematik sekolah rendah yang ada sekarang walaupun ramai yang merungut susah, tinggi, KBAT dan seumpamanya tetapi bagi Cikgu Fadli ini adalah silibus yang baik.

Dia sendiri tidak mahu silibus ini diundur semula kerana memandangkan silibus tersebut mengikut kepada keperluan zaman sekarang. Namun yang demikian, cadangan yang terbaik adalah untuk menambahkan masa mengajar subjek Matematik dari 5 waktu kepada 10 waktu seminggu.

10 waktu bersamaan dengan 5 jam waktu belajar. Sekiranya waktu ini ditambah, ramai cikgu Matametik mampu menghabiskan silibus dengan memberi kefahaman yang terbaik buat para pelajarnya.

Dalam sisi lain, untuk menambah masa mengajar subjek Matametik, subjek lain perlu dikurangkan masanya atau dimansuhkan terus. Cikgu Fadli berpendapat bagi murid Tahap 1, cukuplah sekadar 4 hingga 6 subjek teras dan tidak perlu sampai 10 hingga 13 subjek seperti sekarang ini.

cikgu bela pelajar

Pastikan murid tahun 1 ini betul-betul mahir dengan pengiraan, membaca, menulis, dan bahasa kedua (English). Apabila murid-murid ini sudah berganjak ke Tahun 2 atau berikutnya, barulah dibebankan mereka dengan tambahan subjek lain.

Dua pilihan atau cadangan yang ada:

  • Nak kekalkan silibus, boleh. Kurangkan subjek.
  • Nak kekalkan subjek, boleh. Rendahkan silibus.

Cikgu bela pelajar

Pilih salah satu darinya sahaja. Sekiranya tidak kita mungkin akan mengalami kegagalan dalam pendidikan anak bangsa ini sekali lagi. Suara ini adalah suara dari seorang guru yang ingin melihat anak-anak bangsa berjaya sebagai seorang manusia yang berpendidikan. Ibu bapa di rumah juga sangat menantikan kejayaan mereka. Lakukanlah perubahan ini dengan hati yang terbuka dengarkan suara mereka.

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

“8 Hari Selepas Pemergiannya, Suami Baru Tahu Arwah Rupanya Ada Anak Angkat” – Kisah Alang Eppy Buat Ramai Sebak

Published

on

Kisah Alang Eppy

“8 Hari Selepas Pemergiannya, Suami Baru Tahu Arwah Rupanya Ada Anak Angkat Dan Banyak Bersedekah Dalam Diam”

Ada waktu, Allah memperlihatkan kepada kita betapa luasnya kebaikan seseorang hanya selepas dia pergi.

Begitulah kisah menyentuh hati seorang wanita bernama Afenorain, atau lebih dikenali sebagai Alang Eppy, yang menghembuskan nafas terakhir pada 5 April 2026 selepas bertarung dengan kanser usus tahap empat.

Penyakit yang dihidapinya dikesan kira-kira seminggu sebelum cuti sekolah tahun lalu di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Ketika itu, sel kanser sudah sangat agresif dan telah merebak ke paru-paru serta hati.

Namun di sebalik kesakitan yang ditanggung, Alang tetap dikenali sebagai seorang wanita yang lembut hati, suka membantu, suka memberi dan tidak pernah berkira dengan sesiapa.

Malah, suaminya sendiri, Muhamad Naim, mengakui masih banyak kebaikan isterinya yang hanya diketahui selepas pemergiannya.

ummi

“Sepanjang saya mengenalinya, saya tahu dia seorang yang sangat lembut hati. Dia suka memberi, suka membantu dan suka menggembirakan orang lain.

“Tetapi banyak kebaikannya tidak pernah dia ceritakan. Dia tidak menjadikan amalnya sebagai cerita. Dia hanya melakukannya dengan diam, dengan ikhlas dan dengan hati yang penuh kasih,” tulisnya.

Lebih menyentuh hati, lapan hari selepas pemergian isterinya, Naim menerima mesej menerusi nombor telefon arwah daripada pihak Baitus Solehah.

Ketika itulah beliau mengetahui bahawa arwah isterinya selama ini banyak menyumbang kepada rumah kebajikan tersebut.

naim md

Bukan itu sahaja, Alang juga rupanya mempunyai seorang anak angkat bernama Saad yang kini sudah berusia tujuh tahun.

Menurut Naim, isterinya sentiasa mengikuti perkembangan Saad sejak kecil. Malah setiap kali Saad menyambut hari lahir, arwah pasti akan menghantar hadiah dan tidak pernah lupa bertanya khabar.

“Alang follower page Baitus Solehah dan selalu ikuti perkembangan Saad. Alang ikuti perkembangan Saad dari Saad bayi,” kongsi pihak Baitus Solehah.

Lebih membuatkan ramai sebak apabila pihak Baitus Solehah sendiri memaklumkan bahawa segala sedekah jariah yang dilakukan Alang akan terus menjadi teman buatnya di alam barzakh.

“Sedekah dalam senyap. Alhamdulillah, itulah amalan yang orang tak tahu,” tulis mereka.

 Kisah Alang Eppy

Dalam satu lagi perkongsian yang sangat menyentuh hati, Naim berkata dia kini sedar ada manusia yang hidupnya tidak pernah riuh. Tetapi apabila dia pergi, barulah orang nampak betapa banyak kebaikan yang telah ditinggalkan.

“Arwah isteri saya sudah tiada di sisi saya. Tetapi hari ini, saya melihat sendiri bahawa kasihnya masih hidup. Kebaikannya masih berjalan. Dan jejak amalnya masih menyentuh hati orang lain.”

Menurutnya lagi, kehilangan paling berat ialah apabila seseorang yang terlalu baik dipanggil pulang, lalu yang tinggal hanyalah rindu, kenangan dan doa yang tidak pernah putus.

Pemergian Alang bukan sahaja meninggalkan luka buat suami dan keluarga, malah membuatkan ramai tersentuh dengan kisah hidupnya yang penuh kasih sayang.

Naim sendiri memaklumkan bahawa pada hari terakhir isterinya, dia menjadi imam solat jenazah, mengusung sendiri keranda arwah ke kubur dan turun sendiri ke liang lahad untuk menyempurnakan persemadian wanita yang paling dicintainya itu.

“Setiap satunya terlalu berat untuk abang lalui. Tetapi sebagai suami, itulah tanggungjawab terakhir yang abang mampu lakukan untuk sayang.”

Di antara sijil nikah dan sijil kematian, tersimpan seluruh kisah cinta mereka.

 Kisah Alang Eppy

Ada kasih, ada pengorbanan, ada sabar, ada air mata dan terlalu banyak kenangan yang belum sempat dihabiskan bersama.

Namun di sebalik semua kesedihan itu, Alang meninggalkan sesuatu yang jauh lebih besar daripada harta dan kemewahan.

Dia meninggalkan nama yang baik.

Dia meninggalkan doa.

Dia meninggalkan sedekah jariah.

Dan dia meninggalkan bukti bahawa kebaikan yang dibuat dalam diam, akhirnya akan tetap dikenang walaupun tuannya sudah tiada.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa Alang Eppy, menerima segala amal baiknya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Continue Reading

SEMASA

“Ramai Terkejut Nampak Kereta Remuk Di Tepi Highway, Rupanya Siti Nurhaliza Ada Dalam Kereta Itu”

Published

on

“Ramai Terkejut Nampak Kereta Remuk Di Tepi Highway, Rupanya Siti Nurhaliza Ada Dalam Kereta Itu”

Biduanita Negara Siti Nurhaliza dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan empat buah kenderaan di Lebuh Raya MEX pada Khamis.

Menurut pengurusnya, Rozi Sangdewi, kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas selesai membuat persembahan di RedQ AirAsia Sepang.

670920490 1505986411085204 441749758406472620 n

Katanya, dua kereta mereka baru sahaja meninggalkan lokasi sebelum berlaku kemalangan di KM14.2 Lebuh Raya MEX. Empat buah kenderaan dilaporkan terlibat termasuk kereta yang dinaiki Siti.

Menerusi perkongsian di media sosial, ramai netizen mengakui mereka terkejut apabila melihat keadaan kereta yang remuk di tepi lebuh raya.

Bagaimanapun, ramai turut bersyukur apabila difahamkan keadaan Siti tidak serius.

671729047 1505986441085201 6968649937477257151 n

Menurut Rozi, Siti telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan mengalami kecederaan ringan termasuk lebam serta bengkak pada bahagian kaki.

Dalam masa sama, Siti sempat memuat naik perkongsian di Instagram Stories dengan meluahkan rasa syukur selepas kejadian tersebut.

Ramai netizen turut menitipkan doa agar Siti Nurhaliza cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Continue Reading

SEMASA

Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit

Published

on

Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit

Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit

Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim kini menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Ipoh selepas mengalami masalah saluran jantung sempit.

Perkembangan tersebut dikongsikan oleh abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Menurut beliau, Ustaz Kazim, 54, dimasukkan ke hospital selepas mengalami kesakitan yang teramat sangat sebelum doktor mengesahkan terdapat saluran jantung yang sempit dan memerlukan prosedur khas bagi melancarkan aliran darah.

Untitled design 64

“Ya betul, sekarang di ICU selepas dimasukkan belon bagi melancarkan dan meluaskan saluran jantung yang sempit.

“Selepas satu belon dimasukkan, doktor mendapati terdapat satu lagi saluran sempit yang memerlukan tambahan satu belon lagi,” katanya.

Difahamkan, prosedur memasukkan belon dilakukan bagi membantu membuka saluran darah yang tersumbat atau sempit supaya aliran darah ke jantung kembali lancar.

Untitled design 65

Berita mengenai keadaan Ustaz Kazim itu nyata mengundang rasa sedih dan bimbang dalam kalangan masyarakat, khususnya para pengikut ceramah beliau yang sentiasa mengikuti perkongsian ilmu dan dakwah disampaikan.

Sejak sekian lama, Ustaz Kazim dikenali sebagai antara tokoh dakwah yang aktif menyampaikan ceramah agama di seluruh negara. Selain itu, beliau juga merupakan Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah yang banyak melahirkan pelajar dan menjadi pusat penyebaran ilmu.

Menurut Mohd Najmuddin, buat masa ini pihak hospital tidak membenarkan lawatan daripada orang ramai kecuali isteri beliau.

“Buat masa ini pihak hospital tidak membenarkan lawatan kecuali isteri beliau,” katanya.

Beliau turut merayu kepada seluruh peminat, pencinta ilmu dan masyarakat agar bersama-sama mendoakan kesembuhan Ustaz Kazim.

“Saya merayu kepada semua peminat dan pencinta ilmu supaya solat hajat dan berdoa agar beliau kembali sembuh demi meneruskan usaha dakwah dan menguruskan Pusat Al Barakah yang diterajuinya,” katanya.

Orang ramai kini terus menanti perkembangan terkini mengenai keadaan Ustaz Kazim dan berharap beliau segera pulih seperti sediakala.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat Ustaz Kazim dan mempermudahkan segala urusannya.

Video Penuh :

Continue Reading

Trending