AGAMA
10 Basic Kesalahan Time Solat Yang Mungkin Kita Semua Tak Sedar. Sama-sama Perbaiki.

10 Basic Kesalahan Time Solat Yang Mungkin Kita Semua Tak Sedar. Sama-sama Perbaiki.
Solat fardu ialah solat yang diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak lima kali sehari pada waktu-waktu tertentu menurut rukun solat yang ditentukan.
Tahu tak apa yang paling takut sekali? Bila kita solat 5 waktu sehari semalam tak pernah tinggal tapi sebenarnya solat kita tu tak sah pun. Allahu.
Majalah Ilmu nak share 10 basic kesalahan time solat yg mungkin kita semua tak sedar. Sama-sama perbaiki : Tweet by AinulNunanaa.
1. Tidak berdiri Lurus.
Punya la basic sekali. Bab berdiri, berdiri lurus bagi yang berkeampuan merupakan rukun solat.
bagi yang sakit pula, sepatutnya sebelum terus duduk nak bersolat, kena berdiri lurus dulu atas sejadah, kemudian baru duduk, tak sedar kan ?
2. Takbiratul ihram.
Lafaz takbiratul ihlam adalah RUKUN QAULI, Ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah الله أكبر.
Takbiratul ihram dengan suara angin (seperti orang berbisik) juga boleh membatalkan solat. Ini kena belajar lagi ni.
3. Bacaan Al-Fatihah tidak betul.
saya rasa saya pun selalu buat salah ni, ada dengar UAI ulas pasal isu ni. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yangwajib di lafaz 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
Baca Al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, boleh membatalkan solat.
4. Tidak thomakninah ( berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud.
Kadar minimum rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subahanallah”.
Bila nak rukuk, sujud, jeda antara perbuatan tu kena jaga dalam kadar lafaz subahanallah. Buka terus sujud kasi hantam itu dahi atas sejadah..
5. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai.
Tahu tak itu anggota sujud ? 7 Anggota sujud: Muka ( termasuk dahi dan hidung), Kedua tapak tangan, Kedua lutut dan penghjung dua tapak kaki (ibu jari).
Kena tepat atas sejadah. Sujud bukan sekadar dahi.
6. Tangan berayun-ayun semasa i’tidal.
Kalian mesti tahu kan ? pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat.
Nak i’tidal, angkatlah tangan tu penuh bersopan. Ni angkat tangan berkepak macam nak terbang terus naik ke langit. tak boleh ya.
7. Dada berpaling dari kiblat.
Semasa nak solat, berdiri atas sejadah tu, kita memang tahu position kiblat dekat mana, tu wajib. Tapi sedar tak ke kadang kita tak halakan dada tepat pada kiblat ?
Kalau kiblat menyerong, dada pun ikut menyerong. kalau tegak, maka tegaklah Ia.
8. Mengenakan Pakaian Nipis.
Perempuan memang paling kena peka bab ini. jangan atas tutup habis dengan telekung, tapi kain pula singkat atau jarang. nampak kaki.
Kadang kala pakai baju terlalu nipis dan ternampak jelas warna kulit pun tak boleh. saya pun terkadang terlepas bab ini.
9. Memejamkan mata ketika solat.
(Dulu saya pernah buat ne) Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.
Tetapi jika memejamkan mata diperlukan, contohnya jika ada ganguan di sekita Seperti gambar dan menutup mata boleh menambahkan kekhusyukan maka ianya di bolehkan.
10. Salam.
Tak perlu ditundukan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri.
Kena belajar lagi bab beri salam..
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Selamat Beramal.
Jangan lupa Follow first dan Subscribe Saluran Media sosial Majalah Ilmu.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.