Jadual Kehidupan Harian Yang Disusun Oleh Ustaz Ismail Kamus

Jadual Kehidupan Harian Yang Disusun Oleh Ustaz Ismail Kamus

Sebelum kita mengetahui Jadual Kehidupan Harian Yang Disusun Oleh Ustaz Ismail Kamus, Jom kita kenali serba ringkas biodata Dato’ Ustaz Ismail Kamus.

Dato’ Ustaz Ismail Kamus adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Beliau merupakan Pengasas dan Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.

Dato’ Ismail Kamus mendapat pendidikan awal di Sek. Arab Batang Kali selama enam tahun sebelum ke Maahad Hisyamuddin, Kelang. Disana beliau sempat berguru dengan seorang ulama yang tersohor al-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhari. Selepas menamatkan pengajian di sana, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beliau memdapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada tahun 1976.

Dato’ Ismail Kamus pernah menimba pengalaman sebagai guru, pegawai penyelidik dan pegawai dakwah selain bertugas selama 15 tahun di Jabatan Islam Wilayah Persekutuan(JAWI), INTAN dan Pusat Islam. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai pakar rujuk Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan.

Beliau juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan N17 Gombak Setia atas tiket PAS. Di dalam parti, beliau pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Kini beliau berkhidmat sebagai perunding motivasi dan pendakwah bebas.

Jadual Kehidupan Harian Yang Disusun Oleh Ustaz Ismail Kamus

  1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg) – Mandi dan ambil wuduk
  2. Solat Sunat Wuduk.
  3. Solat Sunat Taubat.
  4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
  5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).
  6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.
  7. Istighfr ( xأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100
  8. Tahlil ( xلاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300
  9. Baca Doa Nabi Yunus ( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40
  10. Tasbih 40x ( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40
  11. Solat Sunat Fajar.
  12. Solat Subuh.
  13. Baca Yaassin lepas subuh.
  14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.
  15. Solat Zohor.-Solat sunat sebelum – Solat sunat selepas.
  16. Solat Asar. -Solat sunat sebelum
  17. Solat Maghrib.- Solat sunat selepas
  18. Solat Isya’ – Solat sunat sebelum – Solat sunat selepas.
  19. Sebelum tidur baca : Al-Quran, surah Al-Mulk, surah Sajjadah, surah Al-Waqiah.
  20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat.”

Ustaz Ismail Kamus 

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
  • Allah akan sibukkan kita dengan harta.
  • Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
  • Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
  • Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
  • Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
  • Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
  • Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
  • Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
  • Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
  • Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
  • Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

tazkirah hati

#Share ilmu ini utk peringatan semua.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Selamat Beramal.

Jangan lupa Follow first dan Subscribe Saluran Media sosial Majalah Ilmu.

 

Artikal Popular

About majalahilmu 551 Articles
Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*