Dahsyatnya Jika Anda Amalkan Surah Al-Ikhlas Dalam Kehidupan Seharian.

Dahsyatnya Jika Anda Amalkan Surah Al-Ikhlas Dalam Kehidupan Seharian.

Lazimnya kita sebagai umat islam pasti tahu surah al-ikhlas yang sering kali di ajar dan menjadi hafalan sewaktu kita kanak-kanak lagi.

Tetapi tahukah anda ? Dahsyatnya Jika Anda Amalkan Surah Al-Ikhlas Dalam Kehidupan Seharian. kali ini majalah ilmu ingin terangkan serba sedikit ringkasan tafsiran surah al-ikhlas dan kelebihan mengamalkan surah al- ikhlas. Insyallah.

Surah Al-Ikhlas ini merupakan surah Makkiyah dan mengandungi empat ayat. Ia adalah surah ke-112 dalam Al-Quran.

Dinamakan Al-Ikhlas kerana surah ini menegakkan kemurniaan tauhid kepada Allah Subhanahuwata’ala.

Isi pokok surah ini ialah menegaskan kemurnian tauhid kepada Allah Subhanahuwata’ala, menolak segala bentuk syirik kepada-Nya dan menjelaskan bahawa tidak ada sesuatu yang menyamai-Nya.

Bismillahirrahmanirrahim

  1. Qulhu wallahu ahad
  2. Allahussomad
  3. Lamyalid walamyulad
  4. Walam yakullahu kuffuan ahad

Terjemahannya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa,
  2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat,
  3. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan,
  4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Kelebihan Surah Al-Ikhlas:

1. Tercapai Setiap Hajat

Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib. Berdoalah dan minta apa yang dihajati. Allah akan mengabulkan semua yang diminta.

2. Penawar Penyakit

Dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali selepas setiap solat fardu, ia menjadi pelindung dan penawar kepada penyakit yang ada pada diri sendiri. Daripada Abu Hurairah – Rasululllah s.a.w. bersabda:

“Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit rohani dan jasmani.”

3. Menghindari Kesukaran

Jika di baca 3 surah ini, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas, pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 kali sebelum terbit matahari dan 3 kali selepas terbenam matahari. Allah akan selamatkan diri dari segala kejahatan.

4. Menundukkan Orang Zalim

Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian berdoalah pada Allah supaya ditundukkan orang yang zalim itu.

5. Diselamatkan Dari Di Zalimi Makhluk Lain

Lafazlah ‘Ya Somad’ 133 kali setiap hari dengan istiqamah. InsyaAllah, akan selamatlah kita dari maksud jahat orang-orang yang jahat dan zalim.

Amalkanlah ‘Ya Somad’ 40 kali setiap hari. InsyaAllah selagi hayat dikandung badan kita selalu selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.

6. Mengurangkan Rasa Lapar Dan Dahaga

Andai sedang di dalam musafir dan terasa haus serta lapar, cubalah amalan ini.

Bacalah Surah Al-Ikhlas dan lafazlah ‘Ya Somad’ sebanyak-banyaknya. InsyaAllah rasa letih, dahaga dan lapar akan hilang dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.

7. Menghindarkan Diri Dari Segala Bencana

Baca Surah Al-Ikhlas ini 1,000 kali pada waktu antara solat Maghrib dan Isyak. InsyaAllah anda akan dilindung dan terhindar dari semua bala bencana dan mara bahaya.

Bertapa besarnya manfaat membaca dan mengamalkan Surah Al-Ikhlas ini.

Ia cukup berguna untuk bekalan hidup. Baik untuk memohon hajat mahupun sebagai pelindung diri.

Hadiah yang indah dan pahala yang besar diberi Allah untuk hambaNya yang istiqomah mengamalkan surah ini.

Surah Al-Ikhlas disebut surah keselamatan kerana surah ini menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan-kesulitan dunia juga sakratulmaut, menyelamatkannya dari gelap gelita kubur dan tragedi-tragedi hari kiamat.

Ikhlas hanya kepada Allah merupakan tunjang yang kukuh dalam menjalankan kehidupan dan ibadah.

Syarat utama ibadah perlu dilandasi dengan niat utama kerana Allah.

Membaca Surah Al-Ikhlas melambangkan kecintaan seorang hamba kepada PenciptaNya Ya Kholiq.

Meskipun hanya 4 ayat, inilah satu-satunya surah yang apabila dibaca sebanyak 3 kali, pahalanya menyamai seperti membaca seluruh Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW:

  • Sesiapa yangmembaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy).
  • Penawar Penyakit : Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3x selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.).
  • Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.).

Insyallah Jika Anda kongsikan Artikal ini kepada 1 orang Ertinya Anda sudah menyebarkan  kebaikan.

Ya Allah, jadikanlah kami ringan dalam membaca Surah Al Ikhlas dan ringan mengucapkan ” *SUBHANALLAH* ” menjadi manusia sesuai yang disabdakan Nabi SAW, sihat, bermanfaat dan wafat dalam keadaan *HUSNUL KHATIMAH*

*Aamiin ya Rabbal ‘Aalamiin*

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Selamat Beramal.

Jangan lupa Follow first dan Subscribe Saluran Media sosial Majalah Ilmu.

Artikal Popular

About majalahilmu 551 Articles
Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*