Connect with us

SEMASA

Ziyad Zolkefli Cipta Sejarah Baharu di Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia 2024

Published

on

Add a heading 71

Ziyad Zolkefli Cipta Sejarah Baharu di Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia 2024

Ziyad Zolkefli

Jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, telah menghantar amaran awal kepada para pencabarnya di Sukan Paralimpik 2024 di Paris dengan menjadi juara dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun hari ini. Kejayaan ini lebih mengembirakan apabila Ziyad mencatatkan lontaran sejauh 17.43 meter di Kobe Universiade Memorial Stadium, sekali gus memperbaharui rekod Asia miliknya sendiri yang sebelum ini adalah 17.29 meter, dicatatkan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

 

Prestasi gemilang Ziyad Zolkefli bukan sahaja menegaskan statusnya sebagai juara, tetapi juga memberi inspirasi kepada atlet lain. Beliau berjaya mengenepikan cabaran sengit dari atlet Perancis, Soane Luka, yang meraih perak dengan lontaran sejauh 15.29 meter dan Jordi Patricio dari Ecuador yang membawa pulang gangsa dengan catatan 15.80 meter. Seorang lagi wakil negara, Mohamad Aliff Mohamad Awi, menamatkan permainannya di kedudukan ketujuh dengan catatan 13.48 meter.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di laman Instagramnya, Ziyad meluahkan rasa syukur dan gembira dengan pencapaiannya. “Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tiga kali pingat emas di Kejohanan Olahraga Para Dunia,” tulisnya sambil memuat naik video kemenangannya, menunjukkan betapa bermaknanya kejayaan ini buat dirinya.

Ziyad Zolkefli

Kejohanan ini yang bermula pada 17 Mei lepas akan berakhir pada Sabtu ini. Prestasi luar biasa Ziyad di Kobe pastinya memberi suntikan semangat dan motivasi kepada atlet-atlet para negara lain yang turut bertanding dalam kejohanan ini, serta mengharapkan kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan.

Ziyad Zolkefli

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

Suami Naik Angin Lepas Pengawal Masjid Tegur Isteri Tak Tutup Aurat Di Masjid Selat Melaka

Published

on

Pengawal Masjid Tegur Isteri Tak Tutup Aurat Di Masjid

MELAKA – Tular di media sosial video menunjukkan seorang lelaki bertindak memarahi pengawal keselamatan di kawasan Masjid Selat Melaka selepas isterinya ditegur kerana tidak berpakaian sopan ketika memasuki kawasan masjid.

Menurut perkongsian pengguna Instagram @zairulgriezmann, pengawal berkenaan menegur wanita itu secara baik dengan meminta dia memakai pakaian lebih labuh kerana dilihat mengenakan seluar tiga suku, yang dianggap tidak sesuai dan tidak menepati etika berpakaian di rumah ibadah.

Suami Bertindak Agresif

Namun, teguran itu tidak diterima baik oleh suaminya yang kemudian meninggikan suara dan memarahi pengawal keselamatan tersebut.

Rakaman berdurasi sekitar 30 saat itu menunjukkan suasana tegang di kawasan tempat letak kereta, dengan jeritan jelas kedengaran. Beberapa pengunjung lain dilihat cuba menenangkan keadaan bagi mengelakkan pertengkaran fizikal.

Pengawal Masjid Tegur Isteri Tak Tutup Aurat Di Masjid

Netizen Puji Tindakan Pengawal, Kecam Sikap Suami

Insiden tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, namun majoritinya menyokong tindakan pengawal keselamatan berkenaan yang dianggap menjalankan tanggungjawab dengan betul dan berhemah.

“Kalau pelancong asing pun tahu hormat masjid dan pakai sopan, kenapa orang kita sendiri tak boleh?” tulis seorang pengguna.

“Teguran pengawal tu bukan nak malukan sesiapa. Dia cuma jaga adab di rumah Allah. Tapi sayang, masih ada yang mudah melenting,” tambah yang lain.

Ada juga netizen mencadangkan agar laporan polis dibuat bagi mengelakkan insiden seumpama itu berulang dan bagi melindungi pengawal keselamatan daripada ancaman pengunjung yang beremosi.

Hormati Adab Di Rumah Allah

Kejadian ini sekali lagi mencetuskan perbincangan tentang sikap segelintir masyarakat tempatan yang masih mengambil mudah soal aurat dan etika berpakaian di tempat ibadah, terutama di masjid-masjid pelancongan seperti Masjid Selat Melaka, yang sering dikunjungi pelawat dari dalam dan luar negara.

Ramai berpendapat bahawa menegur dengan sopan adalah tanggungjawab, dan pengunjung seharusnya menerima nasihat dengan hati terbuka demi menghormati kesucian rumah Allah.

Sumber: Instagram @zairulgriezmann, laporan tempatan

Continue Reading

SEMASA

“Sampai Bila Nyawa Manusia Dipandang Ringan?” – Bonda Rozita Desak Siasatan Insiden Pokok Tumbang Hempap Pekerjanya

Published

on

“Sampai Bila Nyawa Manusia Dipandang Ringan?” – Bonda Rozita Desak Siasatan Insiden Pokok Tumbang Hempap Pekerjanya

Usahawan dan pengasas Jamu Ratu Malaya, Bonda Rozita Ibrahim, menzahirkan rasa kesal dan kecewa selepas seorang pekerjanya maut akibat dihempap pokok tumbang di Batang Kali, semalam.

Dalam satu kenyataan di media sosial, beliau mendakwa insiden tragis itu berlaku berdekatan sebuah resort yang dikatakan beroperasi tanpa lesen, dan menggesa pihak berkuasa agar segera menjalankan siasatan menyeluruh.

fsdfsdfsdfgsdfgdsgdsgds

“Pokok Reput Dibiarkan Berdiri, Tunggu Masa Timpa Mangsa Seterusnya”

“Sampai bila nyawa manusia mahu dipandang ringan?

Mana pihak yang sepatutnya memantau keselamatan jalan utama pengunjung?

Pokok-pokok reput dibiarkan berdiri — menunggu masa menimpa mangsa seterusnya,” katanya.

Bonda Rozita turut mendakwa kawasan resort berkenaan sering dipenuhi pengunjung setiap hujung minggu, namun isu keselamatan tidak pernah diambil serius.

“Pelbagai isu keselamatan di kawasan chalet ini sering diabaikan.
Orang awam bebas berkelah tanpa pengawasan, kawasan parkir pula terlalu sesak setiap hujung minggu,” jelasnya lagi.

aruwah

Pekerja Maut Dikenal Pasti Sebagai Ahmad Al Faruq

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki dipercayai maut selepas kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dipandunya dihempap pokok besar dalam kejadian di Jalan Batang Kali.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar jam 2.14 petang.

Mangsa dikenal pasti sebagai Ahmad Al Faruq Mohamad Fatihur Rahman, dipercayai dalam lingkungan usia 20-an.

Menurut Bonda Rozita, arwah merupakan anak bongsu dalam keluarganya serta pekerja yang rajin dan bersemangat tinggi.

“Allahyarham Ahmad Al Faruq adalah seorang pekerja yang sangat baik dan berdisiplin.
Dia pergi ketika sedang menjalankan tugas mencari rezeki,” katanya sebak.

“Kenapa Resort Tak Berlesen Masih Bebas Beroperasi?”

Dalam nada tegas, Bonda Rozita mempersoalkan bagaimana resort tanpa lesen masih boleh beroperasi tanpa tindakan daripada pihak berkuasa tempatan.

“Sebagai pengusaha berlesen, saya terikat pelbagai syarat dan pemantauan ketat oleh kerajaan negeri.
Tapi yang tak berlesen ini terus beroperasi tanpa kawalan dan tanpa tanggungjawab?

Bila berlaku kejadian begini depan mata, yang tidak berlesen ini hanya diam — tidak menghulurkan pertolongan walaupun diminta oleh pihak berkuasa. Pentingkan diri!” katanya.

Beliau turut menyeru agar pihak kerajaan negeri dan agensi terlibat memantau semula kawasan pelancongan sekitar Batang Kali, supaya tragedi sebegini tidak berulang.

“Nyawa manusia bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh. Jangan tunggu ada korban baru mahu bertindak,” tegasnya.

Continue Reading

SEMASA

Remaja Perempuan 15 Tahun Hilang Lepas Naik E-Hailing Ke Pasar Mini Di Bentong

Published

on

Untitled design 62
Remaja Perempuan 15 Tahun Hilang Lepas Naik E-Hailing Ke Pasar Mini Di Bentong

BENTONG – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas menaiki perkhidmatan e-hailing menuju ke sebuah pasar mini di Taman Gemilang, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar, berkata remaja tersebut dikenali sebagai Putri Ariyana Fariesya Ariffadilah, yang alamat terakhirnya di Apartment Taman Gemilang.

566214201 1316850773816358 129037372615054715 n

Puteri Ariyana Fariesya Ariffadilah

Kali Terakhir Dilihat Di Kampung Chamang

Menurut beliau, kali terakhir Putri Ariyana dilihat berada di Kampung Chamang, berhampiran sebuah kedai runcit, sebelum menaiki kenderaan e-hailing berkenaan.

“Remaja itu berkulit sawo matang, bertubuh sederhana, mempunyai ketinggian kira-kira 154 sentimeter dan berat badan sekitar 46 kilogram.

Ketika kejadian, dia memakai baju berwarna biru dan seluar bercorak petak-petak,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Polis Giat Mengesan Mangsa

Zaiham berkata, pihak polis kini sedang giat menjalankan usaha mengesan remaja berkenaan, termasuk menyemak laluan dan pemandu e-hailing yang dipercayai mengambil mangsa.

Beliau turut memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.

“Orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2231999 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

Kehilangan Putri Ariyana kini tular di media sosial, dengan ramai warganet berkongsi gambar dan maklumat mangsa sebagai usaha membantu pihak berkuasa menjejakinya.

Sumber: IPD Bentong / Sinar Harian

Continue Reading

Trending