Connect with us

Kisah

Wanita Kenit Tidak Percaya Mampu Mengandung Dan Melahirkan Zuriat Sendiri Kerana Fizikal Yang Tidak Sama Seperti Individu Lain Yang Normal

Avatar of kidin

Published

on

xgn zh

Wanita Kenit Tidak Percaya Mampu Mengandung Dan Melahirkan Zuriat Sendiri Kerana Fizikal Yang Tidak Sama Seperti Individu Lain Yang Normal

Wanita kenit yang dikenali sebagai Yaya atau nama sebenarnya Syakila Norazma Amira Zuharsema terus menjadi perhatian warganet. Yaya sudah seminggu melahirkan cahaya mata lelaki sulung seberat 2.35kg.

buyah44

Pasangan itu memberi nama Muhammad Ayden Adrian kepada putera sulung mereka. Bayi yang dilahirkan sebulan awal sebelum due itu selamat dilahirkan secara ceaser.

“Saya sendiri tidak percaya mampu mengandung dan melahirkan bayi kerana fizikal yang tidak sama seperti individu lain yang normal.

“Saya bersyukur sangat sebab sepanjang proses kehamilan dan melahirkan bayi, saya tiada mengalami sebarang masalah, cuma memerlukan pemantauan lebih rapi,” katanya.

buyah3
Wanita berusia 28 tahun itu berkata, dia bersyukur dikelilingi insan tersayang dimana kini sedang melalui proses berpantang dan dijaga ibu mentuanya Rohaya Megat Hamid di Hulu Terengganu.

buyah33

Tambah Yaya, dia percaya dengan perancangan Allah SWT walaupun terdapat segelintir individu mempersoalkan jika dirinya mampu melahirkan zuriat,

Terdahulu, kisah Yaya yang merupakan seorang gadis yang berketinggian 118 sentimeter (cm) dan suaminya Muhammad Azri Zaidi menjadi tular di media sosial selepas mendirikan rumah tangga pada 18 Mac tahun lalu.

Yaya kini berpantang dan dijaga ibu mentuanya, Rohaya Megat Hamid, 53.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim) , Instagram & TikTok Yaya

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.