Connect with us

Kisah

Anak IeIaki Tungg4l Yang Tak Pernah Pergi Sek0lah Diuji Bertimpa-Tlmpa, Kakak Kandungnya Terb4bit Dalam Kemal4ngan, Ibunya Disahkah Menghidapi Penyakit k4nser, Rumah Ditenggelami Air Banjir Dan Dah 3 Bulan Tak Ada Pendapatan

Published

on

safvedg

Anak IeIaki Tungg4l Yang Tak Pernah Pergi Sek0lah Diuji Bertimpa-Tlmpa, Kakak Kandungnya Terb4bit Dalam Kemal4ngan, Ibunya Disahkah Menghidapi Penyakit k4nser, Rumah Ditenggelami Air Banjir Dan Dah 3 Bulan Tak Ada Pendapatan

Jika kita r4sa kita svsah, pasti ada yang hidup lebih svsah daripada kita. Adika Iskandar M0hamad, 30, yang kini trpaksa mnanggung kesvsahan hidup dalam menjaga ibunya yang sak1t.

Menurut jej4ka yang tinggal di Kampung Gajah Mat1, Mentakab, Pahang ini, ibunya memerlukan penjagaan rapi dan pemantauan selepas disahkah oleh d0ktor memiliki pnyakit k4nser.

“M4k saya ditahan dekat wad sbab kena C.0vid-19 tahap lima selama 23 hari. Keadaan mak makin tervk masa kena tu jadi d0kt0r buat pemeriksaan lanjut.

“Bil4 check up lagi sekali rupanya mak saya dis4hkan ada ktumbuhan b4rah pula. Jadi lepas buat r4watan susulan, doktor sahkan mak saya ada ketumbuh4n pada p4yudara, hati dan rahim. Dah tiga bulan mak kena peny4kit ni.

t1

Ibu Ad1ka y4ng sak1t dan memerlukan bantu4n dana untuk pembed4han

“Sampai sekarang mak cuma bergantung dekat ubat dan minum susu khusus yang memerlukan jumlah perbelanjaan besar setiap bulan. Mak dah tak boleh nak bergerak macam orang lain jadi terpaksa pakai lampin dewasa,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Tidak terhenti di situ, Adika mener1ma satu l4gi berita pada 23 Januari b4hawa kakak kandungnya terb4bit dalam satu kemal4ngan jalan raya yang meragut nyawa wanita itu dan anak saudaranya.

Saya tak pernah pergi sek0lah dari kecil. Memb4ca dan mengeja pun saya tak tak pandai.
ADIKA
“Malam tu kakak d4lam perjalanan balik rumah dekat Kuantan sebab es0knya anak-anak dia dah masuk sek0lah.

“Tiba-tiba saya dapat satu panggilan dari hospital bagitahu kakak saya terlibat dalam kem4langan. Kakak dan anak saudara mningg4l di tempat kejadi4n. Abang ipar dan sorang lagi anak saudara yang pec4h kepala tu masih dalam keadaan krit1k4l di hospital,” jelasnya.

t2

Abang ipar Adika dan anak saudara yang terselamat dalam kemal4ngan tetapi mengalami kecederaan p4rah

Imbas anak ketiga daripada enam beradik ini, dia buntu dan tidak berdaya menghadapi keadaan suk4r yang sedang menghimpit dirinya ini.

Jelas Andika yang sudah hampir tiga bulan tidak bekerja, dia tidak memiliki sebarang kelulusan atau sijil untuk memohon pekerjaan yang bergaji tetap.

“Hari tu banjir teruk di kawasan sini sampai habis semua benda tenggelam. Beranda depan rumah pun runtuh dan masih tak ada lagi dapat bntuan atau pertolongan daripada mana-mana pihak.

t3

Keadaan rumah Adika yang turut terkesan dengan banjir

“Saya seorang je lelaki dalam adik beradik. Ayah pula dah lama mningg4l. Sekarang saya kerja buruh saja. Kalau ada orang nak buat rumah, adalah rezeki saya bila dapat bayaran upah buat kerja tu. Tapi dah dua tiga bulan juga saya tak ada kerja.

“Saya tak mampu nak kerja macam orang lain. Saya tak pernah pergi sekolah dari kecil. Membaca dan mengeja pun saya tak tak pandai. Nak minta kerja macam orang lain siapa nak ambil dengan tak ada sebarang kelayakan ni,” tambahnya.

t4

Arw4h kakak Adika bersama anak saudaranya yang meningg4l dalam kemalangan jalan raya

Tamb4h Adika lagi, dia berhasrat untuk menc4ri pekerjaan di Kuantan namun dia terpaksa menguruskan ibunya yang memerlukan penjagaan rapi bersama adik bongsunya.

“Adik saya nombor lima tu kerja di pasaraya di Starmall, Mentakab. Gaji dia lebih kurang RM1,200 saja setiap bulan nak tampung keluarga kami.

“Kakak saya yang di Johor pun sudah berkeluarga jadi dia pun ada tanggungan sendiri. Nak tak nak saya kena juga usaha cari duit demi nak tanggung kos perub4tan mak saya,” kata Adika.

t5

Adika bersama ibu dan dua adiknya

Menerusi satu perkongsian cerita oleh sahabatnya di TikTok dalam usaha membantu Adika, ramai netizen yang berbesar hati ingin menghulurkan bantuan kepada jejaka tersebut.

Posting tersebut turut mendapat perhatian usahawan kosmetik seperti Anas Zahrin yang bercadang untuk membuat lawatan ke rumah Adika dan memberi bantuan.

Sumber : mStar

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending