Kisah
Pengorbanan Seorang Menantu Sanggup Tinggalkan Jawatan Besar, Wanita Jual Ayam Di Pasar Bantu Mak Mertua
Diberikan pangkat, jawatan dan gaji besar itu bukanlah mudah bagi seorang pekerja mendapatkannya. Lantas apabila diberikan peluang sedemikian rupa, kita pasti akan menjaga tanggungjawab dan rezeki itu sebaik yang mungkin. Hendak ambil cuti pun rasanya sayang sekali. Barangkali tidak terdetik sedikit pun untuk melepaskan jawatan tersebut. Namun berbeza bagi wanita cekal ini bila mana dia sanggup untuk tinggalkan jawatan besar sebagai seorang pegawai pemasaran lalu akhirnya menjadi wanita jual ayam di pasar bersama mak mertua. Mengapa keputusan ini diambil? Ikuti perkongsian artikel ini sehingga ke penghujung.
Bye dunia glamour, wanita jual ayam di pasar tolong mak mertua
Satu perkongsian di akaun Tik Tok @makhayam atau nama sebenarnya Arina Zakaria ini boleh dijadikan inspirasi buat semua wanita di luar sana dalam membuat pilihan yang tepat menguruskan kehidupan dan kerjaya serentak. Wanita jual ayam di pasar itulah kerjayanya sekarang.
Lima tahun dahulunya dirinya adalah seorang pegawai pemasaran di sebuah hotel terkemuka di Kota Bahru, Kelantan. Kerjaya yang pernah diceburinya dulu membuatkan dia tergolong antara orang yang hebat juga kerana perlu berhadapan dan bekerjasama dengan ramai selebriti, VVIP, para Menteri, dan syarikat produksi televisyen. Pakai baju formal, cantik, dan kasut heels sentiasa memaparkan sisi karisma yang tinggi dari peribadinya. Lagi tinggi kedudukan seseorang dalam kerjaya, maka lagi tinggilah juga komitmen yang perlu dipikul. Bagi seorang wanita dan isteri, ini adalah suatu cabaran yang sangat menguji diri.
Menjadi satu titik berbeza apabila dia mengambil keputusan paling besar dalam hidup untuk meletakkan jawatan dan memilih jadi wanita jual ayam di pasar bagi membantu ibu mertuanya. Keputusan ini mungkin diluar kotak apatah lagi cara kerja dan keselesaan juga jauh sangat berbeza.
Dari heel ke boot phua chu kang. Dari sut blazer ke apron plastik. Dari aircond pejabat ke panas pasar. Satu perubahan dan suasana kerja yang tidak sama perlu dilalui oleh Arina.
Terkesan dengar nasihat mak cik pasar, lebih tenang walau gaji “kecil”
Apa yang pasti rutin hidup Arina Zakaria berubah 100% dari yang lalu dimana terpaksa berkejar-kejar masa untuk ke pejabat dan menguruskan rumah tangga. Dulu dia bergaul dengan rakan sepejabat yang rata-rata masih muda dan mempunyai sikap berbeza-beza. Tetapi bergaul dengan makcik dan pakcik yang sama berjualan di pasar Berek 12 sambil mendengar nasihat mereka membuatkan Arina lebih tenang.
Apa yang menjadi fikiranya setiap hari hanyalah untuk memastikan ayam habis dijual maka kerjanya juga habis untuk hari itu. Tidak perlu membawa kusutnya masalah kerja sehingga di rumah.
Membalas pertanyaan dari orang yang bertanya tentang keputusan dibuatnya kerana mereka pernah melalui hal yang sama di mana gaji cecah sehingga RM4K tetapi masa tiada dengan keluarga, Arina beranggapan apa yang dilaluinya juga sama iaitu ketiadaan masa.
“Kadang tak terurus keluarga,” katanya.
Keluarga adalah yang paling penting dari segalanya
Hakikat pada kehidupan ini hanyalah bersifat sementara. Selama itu juga kita tidak akan pernah berasa cukup dengan apa yang dimiliki. Biarpun diberikan kemewahan, kekayaan, dan kebahagiaan, yakinlah manusia tidak akan pernah sesekali berasa cukup kerana itu sudah menjadi fitrah bagi kita.
Namun halnya yang demikian, sekiranya kita hanya sekadar mencari kesenangan di dunia semata-mata kelak yang kita dapatkan hanyalah wang ringgit bukan sebuah keluarga yang harmoni. Kita mendapatkan kegembiraan di satu sisi sedangkan banyak perkara yang terpaksa dikorbankan tanpa sedar termasuklah sebuah keluarga.
Memang setiap dari kita mempunyai hak untuk memilih kebahagian buat diri sendiri, tetapi percayalah Allah SWT Maha Kaya dan mendatangkan rezeki dari segenap tempat. Keluarga juga adalah rezeki yang sangat istimewa dikurniakan kepada orang-orang terpilih.
Buat mereka yang masih takut membuat pilihan, jangan takut untuk berubah kerana rezeki datangnya dari Allah SWT bukan makhluk. Kita hanya perlu berusaha, doa, dan terus tawakal atas setiap keputusan yang dilakukan.
Sumber: Tik Tok @makhayam_
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.