Connect with us

Kisah

Wanita Kudung Berniaga Donut Bantu Keluarga, Tak Mampu Masuk Kelas Memasak Gigih 8 Bulan Berguru Dari Youtube

Published

on

wanita kudung berniaga

Wanita Kudung Berniaga Donut Bantu Keluarga, Tak Mampu Masuk Kelas Memasak Gigih 8 Bulan Berguru Dari YouTube

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Begitulah pepatah yang sangat dekat bagi kisah seorang wanita kudung berniaga donut semata-mata untuk membantu keluarganya ini. Setiap orang pasti mempunyai masam manis kehidupan dalam mencari sesuap nasi. Jika kita yang sempurna fizikal ini pun merasa lelahnya mencari duit apatah lagi mereka yang kekurangan fizikal tetapi terpaksa untuk berjuang sama seperti kudrat kita.

Dalami ilmu cara buat donut di YouTube, akhirnya wanita kudung berniaga donut

wanita kudung berniaga

Seorang wanita kudung berniaga donut selepas menghabiskan masa kira-kira lebih 8 bulan di YouTube untuk memastikan dia mampu menghasilkan adunan kuih donut yang gebu dan lembut. Wanita cekal ini, Zaitun Ibrahim, 35 tahun dilahirkan kudung kedua-dua belah kaki dan tangan kiri sejak lahir akibat demam panas.

Dia yang gigih membantu keluarga sering menjaja kuihnya di kawasan rekreasi Padang Polo, Ipoh, Perak dengan meraih pendapatan RM100 sehari dari jualan donut tersebut. Bukan tidak mahu mendapatkan kelas memasak secara formal seperti usahawan lain, namun dia sedar kewanganya memang tidak cukup lantaran kelas yang ditawarkan sangat tinggi kosnya.

wanita kudung berniaga

“Wang yang ada cukup-cukup makan sahaja bagi saya, suami, dan anak perempuan berusia 17 tahun untuk meneruskan kehidupan. Dan disebabkan itu, saya hanya rujuk YouTube untuk belajar memasak,” ujarnya.

8 bulan masa yang diambil agar benar-benar mahir dalam membuat donut yang sedap bukannya jangka waktu yang singkat.  Menurutnya, berdasarkan rakaman video yang dimuat naik di YouTube, dia cuba untuk memperbaiki resepi yang ada dan seterusnya menjaga kualiti jualannya.

Setiap petang suami sorong kerusi roda Zaitun untuk meniaga

wanita kudung berniaga

Seawal pukul 5 petang, pastinya mereka yang ternanti-nanti dengan air tangan Zaitun akan menunggunya di Padang Polo. Kelibat Zaitun juga bersama suami, Haizul Yit, 45 tahun, yang setia menolaknya menggunakan kerusi roda.

Mereka menjaja kuih donut dengan harga RM5 setiap set 3 biji donut yang mempunyai pelbagai perisa unik seperti strawberi, coklat, dan pisang.

Kemiskinan hidup, tiada kad pengenalan diri

Bukan sahaja terhimpit dengan kemiskinan hidup. Bahkan Zaitun sehingga kini tidak mempunyai kad pengenalan diri oleh kerana kelahirannya tidak didaftarkan ketika dilahirkan. Tambahan pula, ibu bapanya merupakan warga Thailand.

“Saya dilahirkan di rumah oleh bidan tanpa ada kelengkapan bersalin yang mencukupi. Diuji pula dengan masalah keluarga ketika itu apabila bapa meninggalkannya anak-beranak,” luahnya.

wanita kudung berniaga

Oleh kerana itu juga, Zaitun tidak layak untuk memohon bantuan atau insentif OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Apa yang sangat menyedihkan adalah untuk menerima perkhidmatan rawatan dari hospital kerajaan pun dia tidak boleh.

Setakat ini dia hanya mampu bergantung kepada kedai ubat yang lebih murah untuk mendapatkan ubat berbanding klinik swasta yang mahal.

Jual juga hasil tangan yang kreatif

wanita kudung berniaga

Mungkin Allah menarik satu kesempurnaan fizikalnya. Namun dengan tangan yang satu lagi dia mampu mengubah sesuatu menjadi cantik dan indah sekali. Dengan YouTube juga, Zaitun belajar untuk menganyam bakul, menggubah jambangan bunga (bouquet) dan mempelajari resepi hidangan enak untuk di jual.

“Sekarang saya aktif menjual kuih donut di Padang Polo, saya adun sendiri tepungnya menggunakan tangan saya yang satu ini. Saya nak buktikan saya juga boleh berdikari dan hidup tak meminta-minta.”

Masih menaruh keinginanan untuk memiliki kad pengelan sendiri suatu hari nanti. Zaitun juga berharap ada mana-mana pihak yang sudi untuk memberikannya mesin pengadun tepung dan peti sejuk untuk memulakan perniagaan donut sejuk bekunya.

Kisah Zaitun ini membuktikan kepada kita bahawa tiada jalan yang mudah untuk mencapai kejayaan. Keperitan di awal perjuangan adalah pengajaran yang cukup berharga untuk mematangkan kita dalam kehidupan. Kita tidak akan merasakan nikmatnya kesusahan apabila kita tidak ikhlas dalam segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah. Dengan ikhlas, sabar, dan teruskan berusaha, pasti apa sahaja yang kita buat selama ini akan membuahkan hasil yang terbaik menurut Allah dan kehidupan kita di dunia ini.

Sumber: Bernama

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending