Kisah
Seorang Wanita Ini Rajin Baca Surah Yusuf Semasa Hamil, Bersyukur Dikurniakan Seorang Bayi Sulung ‘Hensem’

Seorang Wanita Ini Rajin Baca Surah Yusuf Semasa Hamil, Bersyukur Dikurniakan Seorang Bayi Sulung ‘Hensem’
Ibu yang mengandung Banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan keadaan badan yang sihat supaya bayi didalam kandungan juga turut sihat. Kehamilan ialah satu fasa yang ditunggu-tunggu bagi semua pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga. Selain itu juga, si ibu juga pasti melakukan penjagaan dengan lebih rapi untuk memastikan semua dalam keadaan sihat, baik dan juga selamat.
Selain itu juga, menjaga makan minum dan melakukan senaman, ada juga para ibu melakukan aktiviti kerohanian dengan mendengar bacaan ayat suci al-Quran seperti dilakukan oleh seorang wanita dari Indonesia ini.
Menerusi perkongsian sebuah video di TikTok, Hajah Sutiah memberitahu bahawa dirinya sering membacakan Surah Yusuf ketika hamil untuk diperdengarkan kepada bayi sulungnya dalam kandungan.
Video: https://www.tiktok.com/@hajahhhh123/video/6978263976777960706
Selepas melahirkan Hujjatul Haq AL Karimiy pada Februari lalu, wanita berusia 21 tahun itu meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila anaknya itu dikurniakan wajah yang disifatkan ‘tampan’.
“Rajin baca surah Yusuf pas lagi hamil. Subhanallah kekuatan al-Quran,” tulisnya ringkas.
Video pendek berdurasi 20 saat itu memaparkan wajah anaknya yang ‘kacak’, putih mulus serta pipi kemerahan sehingga menarik perhatian warganet untuk ditonton lebih 9.3 juta kali.
Di ruangan komen, rata-rata memuji kebesaran Allah SWT selain mengakui tidak jemu mata memandang kecomelan Hujjatul Haq yang dipanggil sebagai Dede AL itu.
‘Good looking’ sejak embrio!
Kecik2 dah hensem, lagi la bila besar…
Saya tengah hamil, harap2 ‘terkenan’
Bagaimanapun, lain pula komen diterima di posting Instagram @insta_julid dimana segelintir individu menegaskan bahawa niat membaca al-Quran hanya untuk Allah SWT dan bukannya demi mendapatkan cahaya mata yang comel.
View this post on Instagram
Wajah terkini Dede AL, berusia 5 bulan
Video: https://www.tiktok.com/@hajahhhh123/video/6980118880752536834
Majalah ilmu: Alquran adalah kitab yang paling suci di dunia. Sesiapa sahaja yang membacanya pasti akan ada kebaikan yang Allah akan beri. Selain itu, Alquran juga adalah penyelamat kita di dunia dan diakhirat. Ia akan menjadi peneman kita bila di kubur nanti bagi sesiapa sahaja yang membacanya.
Sumber: TikTok @hajahhhh123 , Instagram @insta_julid / Ohmymedia
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.