Kisah
Pulih Dari Sakit Kritikal Covid Di Tahap 5, Ayah Ini Berkongsi Pengalamannya Dan Tarik Perhatian Netizen

Pulih Dari Sakit Kritikal Covid Di Tahap 5, Ayah Ini Berkongsi Pengalamannya Dan Tarik Perhatian Netizen
Pada masa pandemik kini, Ramai yang telah dijangkiti covid dan ramai juga yang telah pergi meninggalkan kita akibat daripada penyakit ini. Namun, ada juga yang pulih dari peny;akit covid ini seperti kisah seorang lelaki ini. Menderita sebagai seorang pesakit covid-19 selama 21 hari, bukanlah suatu pengalaman yang senang untuk dilupakan begitu sahaja. ini diibaratkan satu detik hitam didalam hidup, apatah lagi bila mana seisi keluarga juga turut sama dijangkiti. Memang terasa begitu sangat berat sekali untuk ditanggung.
Begitulah yang berlaku dalam hidup lelaki ini yang telah berkongsi cerita mengenai detik memilukan dan menyedihkan yang dilalui oleh dirinya dan keluarga di laman Tik Tok. Bila mana memandangkan dua orang anaknya yang masih kecil turut disahkan positif Covid-19, ramai tersentuh hati.
Walau begitu, syukur Alhamdulillah selepas anak-anak dan isterinya menjalani kuarantin dan raatan di hospital, akhirnya dibenarkan pulang.
Namun keadaan kesihatan pemilik akaun Tiktok @Ubaidullahjaafar ada menceritakan tentang paru-parunya hampir tersumbat dan hampir untuk ditidurkan di Unit Rawatan Rapi kesan daripada Covid-19.
“Hari hari saya nangis mintak tolong dengan Allah, perbaiki paru paru, jangan tidurkan saya Ya Allah. Allah dengar doa saya yang banyak dosa ni.”
Berkongsi perasaannya ketika itu, dia menangis memohon dengan Allah agar diberi kesembuhan dan terus berdoa dengan penih pengharapan.
Akhirnya selepas 21 hari terlantar di hospital, dia dibenarkan keluar wad. Pun begitu masih perlu membuat rawatan susulan di hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Walaupun demikian, dia tetap bersyukur kerana Allah beri peluang untuk terus hidup dan menyifatkan ia seperti ‘keajaiban’ selepas melalui fasa kritikal sewaktu berada di wad.
Video: https://www.tiktok.com/@ubaidullahjaafar/video/6981740550059855130
Selain tu, dia turut berkongsi beberapa simptom yang dialaminya sebelum disahkan positif Covid-19.
Video: https://www.tiktok.com/@ubaidullahjaafar/video/6982046347398483226
Dalam pada masa yang sama, dia menyeru kepada orang ramai untuk membuat pemeriksaan dengan melakukan ujian swab sekiranya mengalami simptom seperti demam yang tidak kebah hampir seminggu, batuk yang teruk dan kesukaran untuk bernafas.
Katanya lagi, Covid-19 ini memberi kesan kepada setiap individu tidak sama dan tidak boleh dijangka. Dia juga menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga diri, lagi-lagi individu yang berisiko seperti pesakit kronik, warga emas dan ibu mengandung.
Majalah ilmu: Sungguh berat untuk kita tanggung dalam kehidupan kini yang kian banyak masalah untuk kita hadapi. Marilah sama-sama kita mendoakan semoga kepada semua pesakit covid ini diberikan kesihatan seperti sediakala dan semoga dipermudahkan Allah segalah urusan mereka. Kita perlu bersabar dengan apa yang berlaku sekarang ini. Suatu hari nanti pasti ada hikmahnya.
Sumber : Tiktok @Ubaidullahjaafar / Keluarga
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah