Kisah
Sebuah Keluarga Dari Sabah. Ibu’Non Muslim’ Anak Muslim, Walau Beza Agama Ibu Tetap Hadiahkan Tanah Kepada 2 Orang Anaknya Yang Memeluk Islam Untuk Membina Surau
Sebuah Keluarga Dari Sabah. Ibu’Non Muslim’ Anak Muslim, Walau Beza Agama Ibu Tetap Hadiahkan Tanah Kepada 2 Orang Anaknya Yang Memeluk Islam Untuk Membina Surau
Sesungguhnya Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia melalui pelbagai cara. Dengan itu setiap insan perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya. Begitu kisah sebuah keluarga ini, perbedaan agama adalah bukan penghalang buat keluarga ini untuk saling hormat-menghormati, tetapi mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama yang lain.
Insan bergelar ibu, Juslian Ungkim telah menghadiahkan sebidang tanah berdekatan rumahnya di Kampung Gorowot, Kuala Penyu, Sabah untuk dua anak lelakinya yang sudah memeluk Islam.
Satu tindakan murni itu dibuat supaya anak-anaknya dapat mengusahakan tanah tersebut bagi membangunkan sebuah surau sekali gus penduduk setempat dapat melakukan amal ibadat.
Sebuah kisah keluarga berkenaan dikongsi pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Samin Ongki di laman Facebook dengan memuat naik tiga keping gambar.
“Kasih ibu tiada tandingan. Perbezaan agama tidak menghalang seorang ibu Juslian Ungkim menghadiahkan sebidang tanah dekat rumahnya…
“…untuk dijadikan tapak surau Saad Abi Waqas yang diusahakan dua orang anak lelakinya yang telah memeluk Islam,” tulisnya.
Tambah Samin, suami Juslian iaitu Chong Kun Wah tidak ‘menentang’ hasrat tersebut sebaliknya turut membantu membersihkan dan meratakan tapak surau tersebut.
“Chong Kun Wah cedera, patah kaki ketika membuat kerja menebang pokok untuk tapak surau ini. Tahniah! Kepada keluarga ini. Saya dan YADIM bertekad untuk membantu yang termampu agar pembangunan ini dapat direalisasikan,” ujarnya.
Rata-rata warganet meluahkan rasa syukur selain mendoakan mereka semua diberkati serta dipermudahkan urusan dalam merealisasikan hasrat tersebut.
Majalah ilmu: Orang yang mendapat hidayah Allah, akan menikmati kemanisan iman. Mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. Pegangan akidah dan hidupnya menepati syariat Ini dapat dilihat dalam kehidupan dan tingkah lakunya, contohnya mereka kuat bekerja, rajin berusaha,patuh kepada suruhan Allah, dan meninggalkan larangannya.
Namun begitu, kita hendaklah berusaha utk mndpatkan hidayah Allah kerana manusia tidak berkuasa memberikannya.
Sumber : Samin Ongki
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah