Connect with us

Kisah

Ustaz Ebit Lew Membantu Keluarga Ini Untuk Tunaikan Hasrat Mereka Memeluk Agama Islam

Avatar of majalahilmu

Published

on

Ustaz Ebit Lew Membantu Keluarga Ini Untuk Tunaikan Hasrat Mereka Memeluk Agama Islam

Ustaz Ebit Lew Membantu Keluarga Ini Untuk Tunaikan Hasrat Mereka Memeluk Agama Islam

Sesungguhnya Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia melalui pelbagai cara. Dengan itu setiap insan perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya. Begitu kisah seorang pendakwah terkenal Ebit Lew yang tidak asing lagi dengan sifatnya yang gemar memudahkan urusan orang sekeliling kini tampil sekali lagi dengan membantu satu keluarga ini untuk mengucapkan dua kalimah syahadah di Medan Gopeng, Perak semalam.

Mahu jadi hero seperti ustaz

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Facebooknya, beliau memaklumkan setiap hari ibu dan anak keluarga itu pasti menonton koleksi videonya ketika menjaya pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Tambah pendakwah berusia 36 tahun itu, keluarga tersebut teringin untuk memeluk Islam dan mahu menjadi jutawan bagi membantu golongan asnaf.

“Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di Facebook. Selalu menangis tengok orang susah. Hati mereka teringin sangat nak masuk Islam. Anaknya semua ingin jadi jutawan boleh bantu ramai orang,” tulisnya di kapsyen.

Selain itu, salah seorang anak kecil yang berumur 11 tahun berkata dia mahu menjadi seperti Ustaz Ebit kerana sering menolong orang yang berada dalam kesusahan.

Bukan itu sahaja, kerajinan dan kegigihan tujuh beranak ini meniaga dengan menjual buah-buahan di pinggir jalan membuat beliau kagum dengan kehebatan keluarga ini.

Hadiah basikal

Ebit juga tidak melepaskan peluang membantu lima beradik itu memberi basikal kerana mereka sudah lama mengumpul duit untuk membeli basikal.

“Anak ini rajin tengah kumpul duit beli basikal. Saya hadiahkan semuanya basikal. Gembira jumpa keluarga yang sangat baik ini. Doakan perniagaan buah abang dengan kakak ini maju dan berkat,” katanya.

Menerusi perkongsian itu dapat dilihat riak wajah yang gembira Ebit dan ahli keluarga itu kerana bertemu antara satu sama lain.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam membantu keluarga terbabit.

Majalah ilmu: Orang yang mendapat hidayah Allah, akan menikmati kemanisan iman. Mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. Pegangan akidah dan hidupnya menepati syariat Ini dapat dilihat dalam kehidupan dan tingkah lakunya, contohnya mereka kuat bekerja, rajin berusaha,patuh kepada suruhan Allah, dan meninggalkan larangannya.

Namun begitu, kita hendaklah berusaha utk mndpatkan hidayah Allah kerana manusia tidak berkuasa memberikannya.

Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew / Ohmymedia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU