Connect with us

Kisah

Youtuber Mat Salleh Selalu Kunjungi Masjid2, Terbuka Hati Untuk Peluk Islam

Avatar of majalahilmu

Published

on

Youtuber Mat Salleh Selalu Kunjungi Masjid2 Terbuka Hati Untuk Peluk Islam

Youtuber Mat Salleh Selalu Kunjungi Masjid2, Terbuka Hati Untuk Peluk Islam

Sesungguhnya Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia melalui pelbagai cara. Dengan itu setiap insan perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya. Begitu kisah Seorang YouTuber muda, Jay Palfrey telah mengumumkan dirinya sudah memeluk agama Islam⁣⁣⁣ selepas mengucap dua kalimah syahadah di sebuah masjid di Turki pada tarikh 17 Ogos 2020 lalu.

Menerusi perkongsian di saluran Youtube miliknya, jejaka Inggeris berusia 24 tahun itu mengakui sebelum ini dirinya merupakan seorang ateis iaitu menjalani kehidupan tanpa mempercayai kewujudan Tuhan.

Menurut wartawan budaya dunia itu, dia sering menjelajahi negara Islam sejak tiga tahun lalu dengan mempelajari pelbagai amalan dan budaya termasuk bahasa Arab.

Sepanjang berada di pelbagai negara tersebut, wujud perasaan ingin tahu mengenai Islam yang disifatkan sebuah agama yang damai serta memberikan ketenangan jiwa⁣⁣⁣.

“Semakin banyak pengalaman diperoleh dan bertemu individu luar biasa di seluruh dunia, semakin saya memahami jiwa spiritual yang diperlukan,” kata Jay⁣⁣⁣.

Pernah berkolaborasi bersama Youtuber mualaf Daud Kim, dia juga memberitahu ramai yang salah faham mengenai ajaran Islam terutama perkara ditunjukkan oleh media barat.

“Ramai orang di seluruh dunia yang masih mengkritik dan salah faham tentang dasar Islam yang sebenarnya adalah pendamaian, bersatu dan kasih sayang,” ujarnya.

Kini, dia telah menemui jalan kebenaran dan berterima kasih kepada orang di sekeliling yang banyak memberi sokongan termasuk ahli keluarganya.⁣⁣⁣

Tonton video penuh :

Majalah ilmu: Orang yang mendapat hidayah Allah, akan menikmati kemanisan iman. Mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. Pegangan akidah dan hidupnya menepati syariat Ini dapat dilihat dalam kehidupan dan tingkah lakunya, contohnya mereka kuat bekerja, rajin berusaha,patuh kepada suruhan Allah, dan meninggalkan larangannya.

Namun begitu, kita hendaklah berusaha utk mndpatkan hidayah Allah kerana manusia tidak berkuasa memberikannya.

Sumber : Youtube , Instagram / Ohmymedia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU