Connect with us

Kisah

Berkat Sentiasa Melakukan Solat Tahajud, Seorang Pendakwah Ini Meninggal Selepas Memberi Sedekah

Avatar of majalahilmu

Published

on

Berkat Sentiasa Melakukan Solat Tahajud Seorang Pendakwah Ini Meninggal Selepas Memberi Sedekah

Berkat Sentiasa Melakukan Solat Tahajud, Seorang Pendakwah Ini Meninggal Selepas Memberi Sedekah

Mati itu pasti. Semua manusia tidak akan pernah tahu kapan bila masa ia akan dijemput ilahi. Namun usaha untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah adalah harapan setiap manusia. Setiap insan sudah pasti mahu mengimpikan kematian yang penuh husnul khotimah atau meninggal dunia semasa melakukan perkara yang baik dan diredhai Allah.

Perkara itu tersebut samalah seperti satu perkongsian yang menceritakan kisah seorang pendakwah dari Indonesia yang meninggal dunia sejurus selepas melakukan amal kebaikkan.

Pemergian yang sangat dicemburui ramai

Subkhan Abdul Rosyid merupakan salah seorang yang selalu melakukan amal kebaikan iaitu dengan menyertai NGO bernama arsyada al-Fattah telah dilanggar lari semasa sedang menunggang motosikal sehingga mengakibatkan dia meninggal dunia.

Screenshot 2020 01 07 at 5.54.21 PM

81570472 2809635935791499 4426624514821980160 n

Mengedar makanan untuk sebagai sedekah

Sebelum meninggal dunia, Subkhan sempat pergi ke daerah Bayumas dengan mengagihkan makanan kepada penduduk disana sambil cuba mendekatkan diri dengan golongan masyarakat bagi menyebarkan dakwah.

81481035 2809642125790880 5761424445461757952 n

Menghembuskan nafas terakhir selepas memberi sedekah

Tetapi, siapa sangka bakti yang dilakukan rupanya petanda bahawa dia akan dijemput Ilahi tidak lama selepas itu. Subkhan Abdul Rosyid telah meninggal dunia serta merta selepas dilanggar di Bayumas iaitu tempat dia mengedarkan makanan kepada golongan jalanan.

81309399 2809635962458163 1183374192830054400 n

81365967 2809636105791482 869758932166377472 n

Berkat tak pernah tinggal Tahajud

Sehubungan dengan itu, pemergiannya telah ditangisi oleh para sukarelawan yang sama-sama berbakti dalam NGO yang disertainya itu.

Berkat tidak pernah meninggalkan Solat Tahajud walaupun dalam keadaan penat selepas seharian berdakwah, pemergiannya diangkat begitu tinggi apabila meninggal dunia selepas mengedarkan makanan sebagai sedekah kepada orang ramai.

66387221 166718101033002 5731031882485727232 o

Majalah ilmu: Kematian dalam khusnul khotimah adalah impian bagi semua umat islam. Semoga kita semua dalam keredhaan Allah SWT dan semoga kita semua diampunkan dosa oleh Allah SWT.

Sumber : Muhammad Faizar / Ohmymedia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.