Connect with us

AGAMA

Ustaz Ini Mengajar Cara bagaimana Nak Tahu Jika Dalam Rumah Kita Ada Gangguan Dari Makhluk Yang Kita Tidak Ketahui Dan 3 Cara Pagar Rumah Dari Gangguan

Published

on

ydoulfyi

Ustaz Ini Mengajar Cara bagaimana Nak Tahu Jika Dalam Rumah Kita Ada Gangguan Dari Makhluk Yang Kita Tidak Ketahui Dan 3 Cara Pagar Rumah Dari Gangguan

Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam-Mujahidin mendapat banyak pertanyaan dari orang ramai tentang bagaimana cara mengetahui rumah yang ada ‘gangguan’ dari makhluk yang kita tidak ketahui. ustaz terangkan dengan selengkapnya.

Ustaz bagaimana nak tahu jika dalam rumah kita ada gangguan ya? Saya pernah buat pagar rumah dengan garam dan lada hitam ada cara lain lagi nak pagar rumah macam mana?

Ok bab gangguan dalam rumah ini sebenarnya banyak orang yang mengalaminya. Cuma ramai yang tak perasan je di dalam rumah mereka mengalami gangguan. Di bawah saya share kan tanda-tanda di dalam rumah kita ada gangguan :

  1. Kerap ternampak seperti bayangan hitam berdiri, kerap ternampak bayangan hitam atau putih melintas laju,kerap ternampak seolah anak kecil berlari.

2.  Kerap terdengar seperti suara memanggil nama kita. Kebiasaannya suara yang             kita kenali.

3. Kerap terdengar bunyi guli di atas rumah, bunyi tarik kerusi meja atas rumah, bunyi lesung batu. Terutama rumah flat, kondo, apartment. Bunyi ketuk pintu, bunyi pasir atau batu dibaling atas bumbung rumah.

4. Masuk rumah jadi sakiit badan, sakiit kepala, sakiit belakang, sesaak nafas bila keluar rumah jadi ok. Masuk rumah sakiit balik.

5. Kerap berbahang panas dalam rumah, pasang Air-cond malam rasa panas. Bila siang tengahari jadi rasa sejuk menggigil tak tahan pula dengan sejuk.

6. Di dalam rumah kerap panas berg4duh perkara kecil jadi besar sekeluarga. Ada sahaja tak kena. Anak jadi tak dengar cakap mel4wan apa kita cakap. Suami isteri jadi serba tak kena, ada je masalah.

7. Masak nasi dan lauk cepat basi. Baru masak pagi tengahari dah basi. Kadang-kadang tak sampai tengahari dah basi.

8. Kerap terbau bau busuk dalam rumah seperti bau sampah sedangkan rumah dah bersih sapu, kerap ada ulat di dalam rumah seperti ulat sampah. Tak tahu keluar dari mana punca. Kadangkala bau kemenyan, colok, bau setanggi dan bau wangi.

Tiga Cara Pagar Rumah Dari Gangguan

Di atas adalah tanda-tanda gangguan di dalam rumah yang kerap dikongsi oleh pesakit pada saya. Sebelum ini saya ada ajar pagar rumah melalui garam dan lada hitam kali ini saya ajar ada tiga cara mudah untuk elakkan gangguan di dalam rumah kita oleh makhluk halus.

Cara pertama:

Masuk je ke dalam rumah atau ke mana sahaja yang kita pergi. Nak masuk jangan lupa memberi salam “Assalamualaikum” ada orang ke tak mesti kena bagi salam. Selesai bagi salam baca Surah Al-Ikhlas (3x) kemudian masuk dalam rumah di mulakan dengan kaki kanan.

InshaAllah jika buat dengan yakin, jika ada makhluk halus yang ada ikut kita dari luar tak akan dapat ikut kita masuk di dalam rumah sekali. Jika kita amalkan cara begitu. Paling mudah la tu.

Nabi SAW bersabda: “Jika seseorang memasuki rumahnya lantas ia menyebut nama Allah saat memasukinya (dengan memberi salam) Maka syaitan memberi tahu pada teman-temannya malam ini kalian semua tiada tempat untuk bermalam.

Ketika seseorang memasuki rumah tanpa menyebut nama Allah, syaitan pun mengatakan (pada teman-temannya), “Saat ini kalian mendapat kan tempat untuk bermalam”,

217215118 502663634351869 7941544333912044171 n 1

209762150 502663694351863 7170618694267363277 n

Cara kedua:

Jika kita nak tinggalkan rumah. Sebagai contoh kita nak keluar rumah. Bagus juga dibuat selalu sebenarnya. Caranya letakkan tapak tangan kita di pintu utama rumah kita seperti di dalam gambar kemudian baca :

Al Fatihah – 1x
Al ikhlas – 3x
Selawat – 3x dan sambung ayat di bawah
Baca Ayat 9 dari Surah Yasiin – 1x

وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُون

Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wa“
min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun

Maksud ayat:

“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan kami tutup(mata), mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”

Buatlah dengan penuh yakin. InshaAllah rumah kita akan terhindar dari segala bahaya manusia dan gangguan makhluk halus. Sebagai contoh dielakkan dari pencuri hendak memasuki rumah kediaman kita dan dielakkan dari gangguan makhluk halus.

Cara ketiga yang terakhir sekali:

Amalkan solat berjemaah di dalam rumah bersama sekeluarga. Kerapkan mengaji Al-Quran, solat tahajjud bersama-sama sekeluarga. Cara begini lagi bagus untuk elakkan dari sebarang gangguan makhluk halus. Sentiasa hidupkan suasana di dalam rumah dengan ayat suci Al-Quran. InshaaAllah jin, iblis tidak akan mudah memasuki rumah kita.

Bila makan di dalam rumah bersama-sama, jangan lupa baca doa makan. Jika terlupa baca sekali pun jangan lupa baca bismillah ketika hendak makan..

“Nabi SAW Bersabda:

Di saat ia makan (dengan membaca doa makan), maka syaitan pun berkata (pada teman-temannya): “Kalian semua tidak ada bahagian makan”

Jadi sebaiknya jangan lupa doa makan ketika hendak makan. Itu adalah rezeki kita semua. Rezeki datang dari Allah. Lepas makan pastikan tudung tutup makanan terutama sebelum tidur. Takut ada lalat hinggap pada makanan akan jadi kotor. Bila kotor, makanan yang terdedah makhluk halus amat suka.

212488541 502663951018504 6877054088619551414 n

Bersihkan sinki sebelum tidur

Sebelum tidur pastikan jangan lah berlonggok pinggan dalam sinki penuh dengan sisa makan lagi tak di buang akan nampak kotor dan bau yang busuk. Makhluk halus memang suka benda yang kotor dan busuk. Jika ada sampah ikat sebaiknya agar tidak berbau busuk dan ulat.

Masuk, keluar tandas baca doa

Bila masuk tandas jangan lupa baca doa. Masuk dan keluar tandas. Bila dah keluar tandas pastikan pintu tandas sentiasa tutup jangan di buka.
Doa Hendak Masuk Tandas dan Doa Hendak Keluar Tandas

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Doa Hendak Masuk Tandas

بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

Allahumma inni a’udzu bika minal khubutshi wal khabaa’its.

Dengan Nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.

Doa hendak keluar tandas

غُفْرَا نَكَ الله الَّذِى اَذْهَبَ عَنّى الأذَى وَعَا فَانِى

Ghufraanaka Alhamdulillaahil ladzii adzhaba ‘annjil adzaa wa’aafaanii.

“Aku memohon ampun daripada Engkau Ya Allah,Allah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkanku dan menyihatkanku”

Al-khubth (syaitan jantan) dan Al-khabaith (syaitan betina) adalah bakteria atau bibit penyakit yang banyak terdapat di tempat-tempat kotor seperti tandas. Di dalam tandas bila lepas di gunakan pastikan di cuci dengan bersih sebelum keluar meninggalkan tandas.Pastikan memakai selipar bila memasuki ke dalam tandas.

Jangan keluar senja

Anak-anak juga tidak di galakkan bermain di luar rumah terutama waktu senja maghrib. Ketika ini banyak makhluk halus yang berkeliaran di luar rumah terutama ketika masuk waktu azan berkumandang. Pastikan anak-anak tidak bermain di luar rumah ketika itu.

Angkat baju di ampaian sebelum malam

Jika sidai baju juga jangan sidai baju sampai di tengah maghrib dan malam baru nak angkat walaupun ada bumbung di luar rumah. Tak elok. Jika ada baju pastikan angkat baju di ampaian sebelum masuk senja.

Semoga perkongsian ini bermanafaat buat anda semua yang memerlukan. Saya sekadar hanya kongsikan. Semua sebagai ikhtiar sahaja. Selainnya hanya mengharapkan perlindungan dari Allah SWT. Moga kita semua di lindungi dari segala musibah.

Sumber/Foto : Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin / Mingguanwamita

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.