Keluarga
Untuk Masa Depan Anak, Suami Buatlah Simpan Rm 30 Dalam Rabung Haji, Tunggu Sampai 17 Tahun Boleh Cecah 10k.

Untuk Masa Depan Anak, Suami Buatlah Simpan Rm 30 Dalam Rabung Haji, Tunggu Sampai 17 Tahun Boleh Cecah 10k.
Ibu bapa haruslah mempunyai tabungan pendidikan buat anak-anak sejak kelahiran awal lagi memandangkan kos yuran pengajian tinggi melambung mahal pada masa hadapan. Pelbagai kaedah simpanan yang boleh di peraktiskan oleh ibubapa seperti kaedah simpan Rm 30 setiap bulan ke tabung haji.
Aku pernah terbaca perkongsian di beberapa blog tentang cara seorang ibu menyimpan serendah RM30 sebulan dan berjaya mengumpul lebih kurang RM10,000 pada usia anaknya mencecah 17 tahun. Apabila diamati perkiraan atau strategi menyimpan, memang tidak mustahil seorang anak mempunyai simpan melebihi lima angka sewaktu mereka meningkat remaja. Paling penting, ibu bapa perlulah konsisten atau istiqamah membantu anak mereka mengamalkan tabiat menabung sejak kecil.
Perkongsian asal daripada Nursha Salleh ini membuktikan sesiapa sahaja mampu mengumpul sebanyak itu. Jom aku kongsikan tips menabung beliau di Tabung Haji sehingga berjaya mengumpul lebih RM10
Ada 7 tips menyimpan untuk memastikan anak mempunyai simpanan sebanyak RM10 ribu atau lebih. Jika ditolak bahagi, aku boleh simpulkan, hanya RM1 sehari perlu disimpan untuk mempunyai tabungan sebanyak ini.
Ini Tips Simpanan Dalam Tabung Haji Anak.
- Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan. Lagi awal buka akaun, lagi cepat mencapai matlamat kewangan.
- Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak i.e RM30 sebulan (RM1 sehari).
- Buat direct debit lebih mudahkan urusan. Apa itu direct debit? Direct Debit ini adalah transaksi yang anda telah benarkan untuk ditolak terus dari akaun anda untuk amaun yang tertentu.
Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10k:
- Nilai prinsipal: RM6220
- Nilai dividen: RM4706
- Jumlah simpanan: RM10926
Ini tidak masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.
Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati.
Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari. Kiraan ini belum masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.
-
AGAMA1 year ago
Ilmu Pagar Rumah Dengan Surah Yassin Ayat 9
-
Petua1 year ago
Air Nanas Panas boleh menyelamatkan Anda seumur hidup
-
Resepi Viral10 months ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
-
Keluarga1 year ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
-
AGAMA2 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
-
Keluarga1 year ago
Bahagiakan isteri adalah sedekah terbaik seorang suami, Rugi Tak Amalkan.
-
AGAMA2 years ago
Jgn lupa amalkan Doa Nabi Yunus, Semoga dipermudahkan keluar dari kesul1 tan hidup.
-
Keluarga3 months ago
Caranya ‘Packing’ Duit Baki Beli Lauk Ikut Tarikh, Elak Boros Berbelanja.