Connect with us

AGAMA

Tubuh Orang Yang Beriman Yang Masuk Ke Dalam Neraka Perlu Dimandikan Terlebih Dahulu Di Sebuah Sungai Sebelum Masuk Ke Dalam Syurga

Published

on

Tubuh Orang Yang Beriman Yang Masuk Ke Dalam Neraka Perlu Dimandikan Terlebih Dahulu Di Sebuah Sungai Sebelum Masuk Ke Dalam Syurga

Syurga dan neraka adalah termasuk dalam hal-hal ghaib yang diciptakan oleh Allah SWT. Imam Abi al-‘Izz al-Hanafi ketika mensyarahkan matan aqidah Imam al-Tohawi menjelaskan bahawa para ulama Ahlussunnah wal Jama’ah telah bersepakat bahawa syurga dan neraka merupakan dua makhluk Allah SWT yang telah diciptakan sebelum Allah SWT menciptakan manusia dan kedua tempat itu telah lama wujud sehingga kini.

Bila bercerita perihal syurga dan neraka, sudah tentu kita menginginkan syurga kerana neraka itu sering digambarkan sebagai tempat yang tidak diinginkan oleh mana-mana manusia.

Dalam kita mendambakan syurga, ramai yang ingin tahu bagaimana keadaan orang beriman yang dimasukkan ke dalam neraka atas dosa yang mereka lakukan di dunia ini? Kashoorga kongsikan soal jawap mengenai keadaan orang beriman di neraka seperti dikisahkan oleh Ustaz Azhar Idrus.

Soalan : Penghuni neraka itu kekal di dalamnya. Bagaimana nasib orang beriman yang kena masuk neraka? Benarkah seorang penceramah yang ada sebut orang beriman yang keluar dari neraka akan mandi dulu dalam satu sungai sebelum masuk syugra?

Jawapan :-

Orang-orang yang kekal di dalam neraka selama-lamanya ialah orang kafir yang mati ia dalam kafirnya ketika di dunia.

Firman Allah Taala :

وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Artinya : “Dan orang-orang yang kafir dan tidak percaya kepada segala ayat-ayat Kami maka mereka itulah penghuni neraka mereka kekal berada di dalam neraka selama-lamanya.” (Al-Baqarah : 39)

Berkata ulamak Ahlu Sunnah adalah orang beriman yang masuk neraka itu ialah mereka yang melakukan dosa dan tidak bertaubat kepada Allah sebelum mati dan apabila ditimbang pada mizan adalah dosanya lebih berat dari pahalanya dan tidak mendapat keampunan dari Allah dan tidak pula mendapat syafaat dari yang memberikan syafaat maka dimasukkan mereka ke neraka untuk menerima hukuman tetapi orang beriman yang masuk neraka ini tidak kekal di dalamnya dengan ijmak ulamak.

ORANG YANG BERIMAN TIDAK AKAN KEKAL JIKA MASUK KE DALAM NERAKA

Berkata Imam Nawawi :

قال العلماء: المراد بأهلها الذين هم أهلها الكفار، فلا يخرجون منها أبدًا، ولا يموتون فيها أصلًا.
قال الله تعالى: {وَالَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ نَارُ جَهَنَّمَ لَا يُقْضَى عَلَيْهِمْ فَيَمُوتُوا وَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمْ مِنْ عَذَابِهَا كَذَلِكَ نَجْزِي كُلَّ كَفُورٍ} [2] وأما من عصاة الموحدين [3]: أصحاب الكبائر، فيعذبون علىِ قدْر ذنوبهم المدةَ التي قدَّرها الله تعالى عليهم،

Artinya : “Berkata ulamak yang dikehendaki dengan ahli neraka sebenar itu ialah ahli neraka yang kafir. Maka mereka itu tidak akan keluar dari neraka selama-lamanya dan mereka tidak akan mati di dalam neraka sampai bila-bila. Allah telah berfirman : Dan orang-orang yang kafir bagi mereka itu neraka Jahannam yang tidak dihukumkan ke atas mereka dengan kematian dan tidak akan diringankan dari mereka itu azabnya. Dan seperti itulah Kami membalas akan sekelian orang-orang yang kafir. Dan adapun orang-orang yang yang derhaka dari kalangan yang mempunyai iman yaitu yang melakukan dosa-dosa besar maka akan diazabkan atas kadar dosa-dosa mereka selama masa yang ditentukan oleh Allah Taala atas mereka itu.” (Kitab Fatawa An-Nawawi)

Jadi adalah orang yang beriman itu sama ada mereka melakukan amal soleh atau tidak pasti mereka akan dimasukkan ke dalam syurga sama ada masuk syurga terus atau dimasukkan ke neraka dulu sebab dosa mereka itu.

Diriwayatkan daripada Ubadah bin As-Somit r.a. Nabi saw bersabda :

من شهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمدا عبده ورسوله، وأن عيسى عبد الله ورسوله، وكلمته ألقاها إلى مريم وروح منه والجنة حق والنار حق أدخله الله الجنة على ما كان من العمل

Artinya : “Barangsiapa yang bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah yang tiada sekutu bagi-Nya dan sungguhnya Muhammad itu hamba-Nya dan Rasul-Nya dan sungguhnya Isa itu hamba Allah dan Rasul-Nya dan kalimah-Nya yang ditiupkan kepada Maryam serta ruh daripada-Nya dan syurga itu benar dan neraka itu benar nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga betapa pun amal yang telah dia lakukan.” (Hadith As-Syeikhain)

Maksud hadith ini ialah orang yang beriman dengan Allah dan sekelian rukun-rukun iman akan dimasukkan ke dalam syurga dan sekalipun dia masuk neraka dahulu sebab amal jahatnya namun akhirnya akan masuk ke dalam syurga.

ORANG BERIMAN YANG BERDOSA MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH SWT

Dan banyak hadith-hadith yang datang menyebut bahawa orang yang beriman yang mati dalam iman dan datang bertemu dengan Allah pada hari kiamat dalam keadaan iman akan mendapat keampunan dari Allah.

Telah diriwayatkan sebuah hadith Qudsi daripada Anas bin Malik r.a. Nabi saw bersabda :
” قال الله تعالى : يا ابن آدم، لو أتيتني بقراب الأرض خطايا، ثم لقيتني لا تشرك بي شيئا، لأتيتك بقرابها مغفرة ”

Artinya : “Telah berfirman Allah Taala : Wahai anak cucu Adam! Jika kamu datang kepada-Ku dengan membawa dosa sepenuh bumi dan mati kamu dalam keadaan tidak melakukan syirik suatu pun terhadap-Ku nescaya Aku akan memberikan kamu keampunan sepenuh bumi juga.” (Hadith riwayat Tirmizi)

ORANG MUKMIN AKAN DIKELUARKAN DARI NERAKA

Telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. daripada Nabi saw bersabda :
يخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن شعيرة من خير, و يخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن برة من خير, و يخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن ذرة من خير

Artinya : “Akan keluar dari neraka orang yang telah menyebut لا إله إلا الله dan di dalam hatinya ada iman seberat biji gandum dan akan keluar dari neraka orang yang telah menyebut لا إله إلا الله dan di dalam hatinya ada iman seberat biji jagung dan akan keluar dari neraka orang yang telah menyebut لا إله إلا الله dan di dalam hatinya ada iman seberat zarrah.” (Hadith riwayat Bukhari)

TUBUH ORANG YANG BERIMAN AKAN DIBERSIHKAN DI SEBUAH SUNGAI SEBELUM MASUK KE SYURGA

Telah diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. sungguhnya Rasulullah saw bersabda :
يُدْخِلُ اللَّهُ أَهْلَ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ يُدْخِلُ مَنْ يَشَاءُ بِرَحْمَتِهِ وَيُدْخِلُ أَهْلَ النَّارِ النَّارَ ثُمَّ يَقُولُ انْظُرُوا مَنْ وَجَدْتُمْ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ فَأَخْرِجُوهُ فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا حُمَمًا قَدْ امْتَحَشُوا فَيُلْقَوْنَ فِي نَهَرِ الْحَيَاةِ أَوْ الْحَيَا فَيَنْبُتُونَ فِيهِ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّةُ إِلَى جَانِبِ السَّيْلِ أَلَمْ تَرَوْهَا كَيْفَ تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةً

Artinya : “Allah akan memasukkan ahli syurga ke dalam syurga siapa yang Dia kehendaki dengan rahmat-Nya dan memasukkan ahli neraka ke dalam neraka kemudian berkata : Lihatlah kamu sekelian siapa yang kamu dapati di dalam hatinya ada iman seberat biji sawi maka keluarkanlah dia. Lalu dikeluarkanlah maka keluarlah dari neraka dalam keadaan gelap kehangusan lalu dimasukkan mereka itu ke dalam sungai Al-Hayah atau Al-Haya kemudian mereka tumbuh didalamnya seperti tumbuhnya bijian selepas banjir. Tidakkah kamu lihat ia bagaimana ia keluar dalam keadaan sangat elok dilihat lagi berbau harum?” (Riwayat Imam Muslim)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!