Connect with us

AGAMA

Jin Ummu Sibyan, Sejenis Jin Yang Lazimnya Suka Mengganggu Anak Kecil, Serba Sedikit Tentang Tanda-tanda, Akibat Terkena Gangguan Dan Cara Mengelak Daripada Gangguan Jin Ummu Sibyan

Avatar of kidin

Published

on

majalah ilmu 3

Jin Ummu Sibyan, Sejenis Jin Yang Lazimnya Suka Mengganggu Anak Kecil, Serba Sedikit Tentang Tanda-tanda, Akibat Terkena Gangguan Dan Cara Mengelak Daripada Gangguan Jin Ummu Sibyan

Keadaan anak kecil yang menangis tanpa sebab atau tanpa henti sering terjadi. Ada yang percaya mereka diganggu sejenis jin yang bernama Ummu Sibyan. Jin ini lazimnya mendekati dan mengganggu anak kecil seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis riwayat dari Abu Ya’la,

“Barang siapa yang dikurniai seorang anak, lalu ia mengazani pada telinga kanannya dan iqomah di telinga kiri, nescaya anak itu tidak akan diganggu oleh Ummu Sibyan”

UMMU 8 1

Tanda-tanda bayi di ganggu Jin Ummu Sibyan

1. Bayi menangis melalak dan mata terbeliak memandang ke atas
2. Anak-anak jatuh seakan-akan didorong
3. Mengigau sambil menggemerutukkan gigi berulang kali
4. Demam panas waktu malam sehingga subuh sahaja

Akibat terkena gangguan Jin Ummu Sibyan:

1. Sawan tangis
2. Autisme (over hiperaktif)
3. Nakal dan keras kepala
4. Malas

Tanda-tanda wanita hamil terkena gangguan Jin Ummu Sibyan

1) Rasa sesak dada terutama setelah waktu asar dan berlarut sampai tengah malam
2) Kusut fikiran
3) Sakit pada bahagian tulang-tulang belakang
4) Mengigau ketika tidur
5) Mimpi-mimpi yang menakutkan

Cara mengelak daripada gangguan Jin Ummu Sibyan

1) Tutup pintu dan jendela rumah waktu maghrib
2) Jangan angkat baju yang masih berjemur di luar rumah pada waktu maghrib

Cara mengatasi gangguan pada bayi/anak

Meniarapkan bayi kemudian baca ayat Qursi dan surah Tiga Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai bayi berhenti menangis. Satu lagi cara dengan halaunya sahaja seperti “Wahai Ummu Sibyan, keluarlah dari rumahku dan jangan ganggu anak-anakku.” InsyaAllah, Ummu Sibyan akan pergi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU